BAB 21

204 20 0
                                    



" Ajay, bangunlah!" Fed up Jija dibuatnya. Sudah masuk kali ke-5 dia cuba untuk mengejutkan Ajay namun tidak berjaya. Jija kemudiannya sedar bahawa dia perlu mengambil langkah proaktif untuk mengejutkan Nunun daripada tidur.

Splash!

    " Hoi, mak cik!" Latah Ajay spontan. Pandangannya diputarkan 360 darjah. Siapakah gerangan yang berani menyimbah air ke mukanya?

    " Hoi, kau pahal!" Ajay membaling bantal tidurnya tepat ke muka Jija. Jija tergelak kuat.

    " Bangunlah mak cik. Bila kau nak cari baju? Sekarang dah pukul 9:30."

    " Lek, sis. Malam masih muda. After lights off nanti pun boleh. Form 2 pun bersepah dekat blok ni. Apa guna ada hamba kalau tak gunakan sebaik mungkin. " Balas Ajay bersahaja sebelum mencapai bantal katil sebelah dan berura-ura untuk sambung tidur. Suka-suka hati dia saja ambil bantal di katil orang lain.

Jija menarik bantal di tangan Nunun. " Jay, jika anda masih belum sedar biar saya sedarkan. After lights off kita kena siapkan folio kumpulan yang entah sampai pukul berapa kena stay up. Lagi satu, form 2 bukan boleh harap pun. Mengada je lebih. Nak tunggu dia orang carikan baju? Entah baju dari pasar mana yang dia orang bawak balik nanti. Ngerti?"

Tiada respon.

    " Bangunlah, mak cik!" Boleh dia sambung tidur?

Ajay bangun perlahan-lahan daripada pembaringan. Seram pula melihatnya. Gaya seperti zombie baru bangun daripada tidur.

     " Baaa!"

     " Zombie bangun! Bangun!" Latah Jija. Jija menutup mukanya dengan tangan. Beberapa saat kemudian dia tersedar sendiri. " Hoi! Kau fikir lawak ke? Kurang ajar!" Terus tergolek kedua-dua manusia itu di atas lantai.

     " Stop it! Stop it! Fine, sorry." Kata Ajay keletihan. Baru dia tahu betapa seksanya penangan geletek Jija.

Jija menarik Ajay bangun dari lantai. " Mak cik, jom. Lambat nanti tak ada saiz. Aku malas nak pergi main block pinjam dengan form 1 or form 5. Buat semak otak je. Malas aku jumpa batch tak betul kepala dekat main block sana." Kutuk Jija. Siapa sahaja di SPC yang tidak tahu akan perang panas antara VASTAR 1519 dengan ARGEON 1418? Jika berselisihan sebelah menyebelah pun rasa seperti puting beliung lalu inikan pula saling bertentangan mata.

Lambat-lambat Ajay bangun dan mengekori langkah Jija. Tudung haji dan selipar jepun disarung kemudian mereka memulakan misi menjelajah blok asrama untuk mencari baju.


     " Ajay, cepatlah!" Laung Jija dari jauh. Hesy perempuan ini, lembab betullah!

Ajay mempercepatkan langkahnya. Kini, Nunun sudah berjalan beriringan bersama Jija.

" Kau suka Dzar?" Soal Ajay tiba-tiba.

Jija menoleh ke arah Ajay sepantas kilat.

" Gila, eh?" Balas Jija. " Pelik gila kalau aku suka dia." Tambah Jija.

" Kalau orang tu Jija, mana pernah pelik." Balas Ajay.

     " Whatever. Kalau kau suka Dzar pun mesti tak pelik, kan?" Perli Jija kembali. " Sebenarnya aku tanya sebab malam ni aku ada date dengan mamat tu deka..." Jija terhenti daripada bercakap.

     " Damn! Aku lupa aku kena jumpa dia malam ni!" Jija menutup mulutnya dengan tangan. Terkejut punya pasal.

    " Apa? Date dengan dia? Malam-malam buta macam ni? Jija?"

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now