BAB 15

220 33 0
                                    


Seminggu kemudian.

Jija mengatur langkah menuju ke arah stadium mini SPC. Hari ini dia terasa hendak melakukan latihan tambahan untuk Kejohanan Balapan dan Padang MSSM yang akan datang. Sebagai seorang atlet, dia tahu latihan intensif perlu dilakukan jika dia berani bermimpi hendak gigit medal berkilau.

Jija melakukan regangan-regangan ringkas sebelum mula slow jog mengelilingi trek larian 400meter.

" Princess, turun tak roger. Kau nak menang seorang je, kan?" Tiba-tiba muncul satu suara yang sudah cukup dikenalinya. Jija menoleh ke belakang. Dzar pula sedang berlari-lari anak mengejar Jija. Jija hanya menggelengkan kepala sebelum kembali fokus dengan larian.

Beberapa saat kemudian Dzar berlari beriringan dengan Jija.

" Jija, will you run to my heart?" Soal Dzar secara tiba-tiba.

Jija kekal dengan reaksi selamba. " Run till your heart content." Balas Jija sepotong. Dzar buat simbol tangan tanda tidak faham. Jija menoleh ke arah Dzar. " Sebab aku tengok kau ni kekurangan kasih sayang sampai kena mengemis dengan aku. Minta aku masuk dalam hati kau bagai. Fikir aku ni surgeon?" Sambung Jija.

Dzar tergelak kecil. " Manalah tahu one day kau jadi surgeon. Nanti kau belahlah dada aku ni. Pergi dekat hati and baru kau tahu betapa berhati-hatinya hati aku memilih hati." Kata Dzar.

" Rhyme kau boleh gubah lagu terus." Balas Jija.

Sedar tidak sedar mereka telah melengkapkan 6 pusingan mengelilingi trek larian. Tiba ke 100 meter terakhir pusingan ke- 7 Jija terus berlari pecut diikuti oleh Dzar sehingga ke garisan penamat.

Selesai larian, Jija dan Dzar berjalan mengelilingi trek larian sebanyak satu pusingan untuk menstabilkan denyutan nadi dan jantung terlebih dahulu.

" Kau tak pernah takut injured ke?" Soal Jija.

" Injuries do not define you. Kau boleh injured sebanyak mana kau nak dan kau boleh main selama mana kau nak. Asal ada passion nak main baru boleh go." Balas Dzar. Jija pula terangguk-angguk mendengarnya

Dzar dan Jija menuju ke arah kawasan lompatan. 20 minit diperuntukkan untuk melakukan drilling sebelum mereka memulakan sesi latihan.

" Ngek, siapa ajar kau tendang macam tu? Kau nak tendang muka siapa?" Tegur Dzar apabila dia melihat Jija melakukan 'Air Kicking' dengan cara yang salah. " Meh sini, tengok pakar demo." Kata Dzar mendabik dada. Jija pula buat muka menyampah.

Dzar menolak kakinya keluar ke udara kemudian sepantas kilat dia menarik kakinya kebawah dan kembali semula ke tanah. Kemudian dia bertukar kaki dan mengulangi perbuatan yang sama.

Tiba-tiba pergerakan Dzar terhenti dan dia mengerutkan wajahnya seperti berada dalam kesakitan. Sudah kenapa? Namun, beberapa saat kemudian menyambung kembali sesi 'Air Kiciking' yang terbantut sebentar tadi.

Selesai demonstrasi Dzar kembali kepada Jija. " See, best man win." Kata Dzar.

" Kaki kau kenapa?" Soal Jija.

Dzar hanya mengukir satu senyuman kecil. " Nothing serious, my princess." Balas Dzar.

Jija sebenarnya tidak berpuas hati dengan jawapan Dzar. Tetapi dia pendamkan sahaja di dalam hati. Dia mula berlatih melakukan 'Air Kicking' dengan cara yang betul. Sekejap-sekejap nampak seperti sedang menendang bola. Beberapa saat kemudian nampak seperti anak kecil yang sedang kegeraman sedang menendang barang. Dzar tersenyum kecil. Botol air dicapai kemudian dia mengekori langkah Jija.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now