BAB 2

407 46 4
                                    







Ding! Ding! Ding! Ding! Ding!
Ding! Ding! Ding, din..

" Tidak!!!" Jeritan Tqot mengejutkan beberapa orang dormmates yang lain

" Weh! Dah 6 a.m!"

Serentak dengan itu, 'berjemaahlah' satu dormnya bangun. Kesemuanya terus melompat turun dari atas katil. Mahu tak terkejut. Lagi 15 minit nak latecomer!

Latecomer- Orang yang lewat melebihi masa yang ditetapkan

Masing-masing cepat-cepat mencapai tuala dan berlari menuju ke tandas. Jijalah yang paling gelabah, seperti selalu.

" Weyhh, towel aku dekat mana? Someone help me!" Jija berlari ke hulu ke hilir mencari tuala yang satu. Dalam masa yang sama, mulutnya tak habis-habis membebel. Macam bunyi popcorn.

Jija ternampak tualanya tersangkut disebalik pintu loker. Cepat-cepat dia berlari ke situ dan mencapai tualanya. Tanpa disangka-sangka..

Gedebuk!

Jija jatuh tergolek macam buah nangka. Sakit weh! Tak apa, demi elak latecomer, akan kurenangi lautan api. Setelah tualanya dijumpai cepat-cepat Jija berlari ke tandas

Gedebang!

Pintu tandas dihempas oleh Jija. Jija kalau dah gelabah, kabut inilah jadinya. Habis semua benda nak dihempas. Jija mandi ala kadar sahaja. Apa orang kata, mandi budak hostel. Jangan bimbing, bersih tau. Tapi dalam masa 5 minit sahaja. Hebat tak? Nak tahu caranya? Masuklah hostel.

Selesai mandi, Jija cepat-cepat keluar dari tandas. Jija menolak pintu dorm. " Dah pukul berapa?" Mengah gila suara dia.

" 6:13 a.m"

" Hah!?"

Jija buka semula pintu dorm dan berlari menuju ke dorm sebelah.

Tok!Tok! Tok!

Maira, pelajar form 2 membuka pintu dorm lalu terus diserang oleh Jija. " Minta extend latecomer?" Maira yang terkejut hanya mengangguk terpaksa. Yalah, tak akan nak kata tak boleh pulakkan? Jija ucapkan terima kasih kemudian terus pecut kembali ke dorm.

Extend latecomer - kebenaran untuk turun lambat disebabkan bangun lewat.

Jija kembali semula ke dorm dengan muka yang gembira dan bercahaya. Buka-buka sahaja pintu dorm, terus dia terbaring di muka pintu. " Aku dah mintakkan latecomer. Kenapa kita tak terfikir dari awal, ye?" Dormmates Jija yang tengah bersiap selaju roket pun terhenti seketika.

" Yelah! Asal kita tak perasan?" Serentak satu dorm mengiyakan. Kemudian semua sekali tergelak.

Satu dorm memggelabah tak tentu pasal sebab takut kena latecomer sampai terlupa yang kalau bangun lambat boleh minta extend latecomer. Alah, biasalah. Pagi-pagi, otak mereng sikit.

Jija berjalan menuju ke lokernya. Berjalan ya. Mood gelabah sudah berlari pergi. Dormmates yang lain juga bersiap dengan kelajuan standard. Pada jam 6:30 budak-budak Emerald 2 pun turn. Alhamdulillah, terlepas latecomer! Seriau gila kalau kena latecomer sebab perlu menghadap Ashraf si singa rimba. Ngeri. Tak terbayang mata.

*****

' Assalamualaikum, attention to all, please be in the dining hall in two minutes time. Thank you.'

Jija dan Ajay berjalan beriringan menuju ke table. Niat di hati malas hendak breakfast. Tapi hendak buat bagaimana. Breakfast diwajibkan untuk semua pelajar kecuali form 5.

OUR UNCONDITIONAL LOVEWhere stories live. Discover now