" Adam, kita dekat mana ni?" Soal Jija kepada Adam, Romeo Kota yang acah 'Romeo'. Tangan dia tidak henti-henti menggaru lengannya. Banyak betul nyamuk dalam hutan Pulau Tioman ini!" Hish, kau ikut jelah. Selagi Adam ada kita tak akan sesat punyalah." Adam menyentuh hidungnya tanda bangga. Jija mencebikkan bibir. Ada yang kena debik nanti.
Ahli kumpulan Durian bergilir-gilir menyeberangi anak sungai yang mengalir di sepanjang arah utara hutan. Eh, betul ke utara? Entahlah, Jija sendiri tidak pasti. Firasatnya cukup kuat mengatakan bahawa kumpulannya sudah sesat.
" Nah."
Sekuntum bunga berwarna kuning dan lembik disuakan ke muka Jija. Tergerak ke belakang Jija dibuatnya. Lipat maut dia menoleh ke arah Dzar.
" Are you trying to be sweet?" Dzar menganggukkan kepala. Jija mengukir senyuman semanis gula.
" Oh, so sweet but unfortunately not sweet enough. Bunga tahi ayam kau bagi pada aku? Kurang ajar betul." Jija menolak bunga itu ke dada Dzar dengan kuat.
" Aku bagi bunga kau bagi kau penumbuk? Kurang asam betul." Dzar mengusap-usap dadanya. " Mahal tau! Kesian bakal bini aku nanti." Tambah Dzar lagi. Jija buat gaya nak muntah.
" Mahal dada kau tu harga bunga tahi ayam tu je. Tak bidang mana pun. Perasan lebih." Dzar membulatkan mata.
" Semurah bunga ni akan jadi semahal cincin bila perempuan macam kau jadi pemiliknya. Tahi ayam memang tak berharga dan layak dibuang tapi bila hadirnya sekuntum bunga buat penyeri menjadikan tahi yang tak berharga tu dipandang tinggi."
Jija terkesima dan langkahnya terhenti. Jija melirik Dzar tanpa henti. Tubuh Dzar dan Jija bertentangan satu sama lain. Waktu bagaikan terhenti membiarkan Jija dan Dzar berdua di alam sendiri. Dzar merendahkan badannya supaya matanya bertemu dengan mata Jija. " Don't you think so, princess?" Soal Dzar dengan nada berbisik.
Jija tersenyum kecil kemudian cepat-cepat dia mengawal reaksi wajahnya. Dzar masih lagi tersenyum simpul manakala matanya masih melirik sepasang mata indah milik Jija.
Jija menghembuskan nafas kecil. " Semahal cincin yang kau cakap, mahal lagi aku. Huh, kalau kau nak flirt aku tengah-tengah hutan ini sila lupakan hasratmu. Bunga ni..." Jija menyentuh bunga yang berada di dada Dzar dengan jari telunjuknya. " Simpan untuk perempuan yang boleh jadi its owner one fine day, okay?" Jija terus berlalu.
" Oh, dia jual mahal. Tak apa, kejap lagi mesti diskaun punya." Kata Dzar sendirian. " Jija, tunggu!" Dzar mengejar Jija yang sudah jauh meninggalkan dia seorang diri di belakang. Laju betul dia jalan!
*****
" Adam, baik kau mengaku sekarang yang kita dah sesat sebelum aku lemaskan kau dalam sungai ni." Gertak Jija kegeraman. Sudah hampir setengah jam mereka berpusing-pusing di dalam hutan dan ditempat yang sama untuk lebih tepat namun Adam masih tidak mahu mengaku kalah.
Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah ahli kumpulannya. " Err, korang. Aku rasakan. Kita. Dah. Sesat!" Punyalah cemas cara dia menyampaikan berita tergempar yang semua orang sudah jelas sejak sejam yang lalu. Dia seorang sahaja yang baru sedar.
" You, I dah kata mamat Adam ni tak boleh percaya. Kita nak buat apa ni? I tak sanggup nak duduk dalam hutan ni sampai mati. Tak ada kelas you!" Man sudah mula bertukar kepada wanita jadian sepenuhnya. Ajay yang berada di sebelah Man pula buat tidak layan sahaja. Dalam keadaan begini, kalau Man ditumbuk oleh sesiapa pun Jija tidak terkejut. Lagi bagus adalah. Aman sedikit dunia.
Ajay sudah mula mengetap bibir.
" You, I nak hidup. Oh God, you kita tak ada bekalan. Siapa je pernah hidup dalam hutan ni? I tak sanggup you. You, please cakap ada jalan keluar. What is this, memang I ditakdirkan untuk mati dalam hutan ke? Terbiar tanpa orang tahu and mereput macam tu je? Oh, no! Oh, no! I tak nak.."
YOU ARE READING
OUR UNCONDITIONAL LOVE
Ficção AdolescenteKalau kata kisah kami bak drama korea, tidaklah seindah mana. Hidup kami sama seperti budak-budak normal yang lain cuma bezanya.... Kisah kita sweet sikit, kan? " Princess, tunggu apa? Nak your prince dukung ke?" - Dzar Raiqqi a.k.a Dzar " D...