Prep malam." Siapa punya kerja ni?" Tanya Jija dengan nada marah yang cuba dikawal. Matanya tidak lari daripada mejanya yang sudah dilumur dengan telur tembelang, bedak dan sisa makanan. Sesiapa yang melakukan kerja ini sememangnya mencari nahas.
Satu kelas diam tidak terkutik. Jija apabila sudah marah sememangnya boleh terbalik satu dunia. Jija memerhatikan rakan sekelasnya satu persatu. Jangan main-main. Jija pandai baca riak muka.
Setelah beberapa minit berlalu Jija fed up. Daripada menunggu jawapan yang entah bila dia boleh dapat, lebih baik dia bersihkan mejanya terlebih dahulu. Jija mula mengangkat mejanya perlahan-lahan.
Pom!
Ruang udara kelas 4S kini dipenuhi dengan jalur-jalur kecil berwarna-warni.
' Happy birthday to you.
Happy birthday to you.
Happy birthday to Jija,
Jija!!!
Happy Birthday to you'Jija terkejut. Dia jatuh terduduk ke lantai. Sebiji kek yang dihiasi dengan beret dan tanda pangkat KRS disuakan ke mukanya.
" Weh, cepat, make a wish!" Suruh salah seorang rakan sekelasnya. Jija walaupun masih blur tetap memenuhi kehendak rakan-rakannya.
16 batang lilin yang disusun berbentuk perkataan KRS ditiup sehingga padam. Jija terharu. Bukannya dia tak pernah kena prank tetapi entahlah. Tahun ini dia rasa prank untuknya sangat istimewa. Bagaikan dirancang dengan teliti.
" 4S, 1,2,3!" Laung Tqot.
' For the sun and the sky,
We created the love,
Hand to hand,
Heart to heart,
Jija!!
We'll always love you!'Birthday song batch VASTAR 1519 bergema di segenap sudut. Birthday song itu agak girly untuk dinyanyikan oleh lelaki tetapi atas dasar bersatu padunya batch mereka, lagu itu diambil sebagai lagu rasmi hari jadi.
Kek KRS berperisa vanilla itu diletakkan di atas meja Dzar. Mestilah di atas meja Dzar, takkanlah meja Jija kot. Tidak lalu semua orang hendak makan nanti.
Ajay menepuk bahu Jija. " Happy birthday, my friend." Ucap Ajay.
" Thanks." Jija memeluk Ajay.
" Woops! Peluk-peluk ni bukan mainan aku." Jija tergelak. Yelah, Ajay kan 'lelaki'.
Jija melihat sekeliling kelas. Wait, someone is missing. Mana Dzar? Dia tak sudi tengok muka aku ke? Ah, lantaklah. Bukan dia ganggu hidup aku pun.
" Guys, satu soalan mudah. Siapa yang buat meja aku sampai jadi macam tu?" Soal Jija sambil menundingkan jari telunjuk ke arah mejanya.
Satu kelas terdiam.
" Errr...Yang tu.."
Jija mengangkat kening tanda minta pnjelasan lebih lanjut.
" Aku yang buat. Happy birthday, princess!" Celah Dzar tiba-tiba. Tergerak ke belakang Jija dibuatnya. Satu kelas riuh bersorak. Sekarang ini, satu kolej bagaikan sudah terbiasa mendengar Dzar memanggil Jija dengan panggilan 'princess'.
Jija menghantar satu jelingan tajam kepada Dzar. Mejanya diperhatikan semula. Patutlah teruk sangat! Sampai sudah tidak nampak rupa meja! Si malaun ni punya kerja rupanya!
Dzar menghampiri Jija. " Setakat telur tembelang, apalah sangat." Kata Dzar. Ayat itu betul-betul menaikkan darah Jija.
" Apalah sangat kau kata? Okay, apa kata kau cucikan untuk aku? Apalah sangat kalau setakat telur tembelang." Cabar Jija.
YOU ARE READING
OUR UNCONDITIONAL LOVE
Novela JuvenilKalau kata kisah kami bak drama korea, tidaklah seindah mana. Hidup kami sama seperti budak-budak normal yang lain cuma bezanya.... Kisah kita sweet sikit, kan? " Princess, tunggu apa? Nak your prince dukung ke?" - Dzar Raiqqi a.k.a Dzar " D...