Bab 1

200 17 4
                                    


Seorang perempuan sedang menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik kebal.Dia meletakkan sebuah gadjet di sisi pintu kebal itu untuk mengakses kod masuk.Sambil dia menunggu untuk mengakses kod, dia mengeluarkan gula-gula getah daripada kocek seluarnya lalu memasukkan ke dalam mulutnya dan mengunyah gula getah itu.

"Bip!"dan pintu tersebut terbuka.

Dia memandang ke sekeliling bilik tersebut sebelum masuk ke dalam bilik itu.Dia membuka zip beg sandangnya dan mengeluarkan "Compact powder"lalu meniup serbuk bedak itu .Dan terpancarlah sinar laser yang memenuhi bilik terebut.Perempuan itu meregangkan badannya dan memulakan gerakan gimnastiknya melepasi kesemua sinaran laser tersebut.Dia berjalan kearah objek misinya dan tanpa sedar dia telah memijak sebuah butang perangkap yang telah menghidupkan sebuah robot.

Dia tersenyum sinis.Robot itu menyerangnya bertubi-tubi tetapi dia Berjaya mengelak kesemua serangannya.Dia melompat ke atas robot tersebut dan memuntahkan gula-gula getah yang dikunyahnya selama ini ke kepala robot tersebut dan melompat turun.Selang beberapa saat,robot itu direnjat elektrik.

'BZZT,BZZT,!!" dan robot itu rebah ke lantai.

Rupanya gula getah yang dikunyah oleh gadis tadi merupakan "ELECTRO GUMBALL"iaitu gula getah yang mengalirkan elektrik dan ianya harus dikunyah untuk mengaktifkannya.Selepas mengalahkan robot itu, dia kembali berjalan kearah objek misinya dengan berhati-hati kerana takut terpijak mana-mana butang perangkap lagi.Setibanya dia di hadapan objek misinya itu, dia mengeluarkan pula sebatang pen dari seluarnya dan menekan butang yang berada di belakang pen tersebut.Lalu terpancarlah sinaran laser yang di mata pen tersebut dan memotong kotak kaca yang melindungi objek misi tersebut.

Dia memakai sarung tangan sebelum mengambil objek itu,setelah dia telah mengambil objek tersebut, tiba-tiba siren kecemasan kedengaran.Dia menekan butang yang ada di pinggangnya untuk mengeluarkan tali dan disangkut ke atas lalu dia terangkat bersama-sama tali tersebut dan melarikan diri ke atas bersama dangan objek misinya itu.

"LATIHAN TAMAT"satu suara memenuhi ruang bilik dan bilik tersebut serta merta bertukar menjadi sebuah "Virtual Room" iaitu sebuah bilik yang dapat menghasilkan hologram.Gadis itu pun perlahan-lahan turun ke lantai dan melepaskan tali tersebut.Gadis itu mengelap peluh yang membasahi dahinya.

"WOAHHHH DAEBAK!!!!"seorang gadis yang berambut pendek menegur gadis tersebut.

"Thanks Eunha-ya, By the way, berapa markah aku?"tanya gadis itu.

Eunha memandang tablet yang dipegangnya untuk membaca keputusan latihan.

"98% Wah,rekod baru! Congrats Yuna-ya."Kata Eunha yang memandang kea rah Yuna dengan teruja.Yuna hanya menganggukkan kepalanya.

"Kau punya gadjet pun hebat apa? Lagi-lagi "ELECTRO GUMBALL" tu."Kata Yuna sambil berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Kan? Tengoklah siapa yang cipta"Kata Eunha bangga sambil terkembang kempis hidung kecilnya.

Yuna hanya mencebik sambil berkata dalam hati" Menyesal aku puji kau."

Eunha yang perasan akan hal itu tersengih lalu berkata"Hehehe,aku gurau jer.. jom, pergi makan?"

"OK" Balas Yuna dan mereka berjalan menuju ke cafeteria.Mereka berdua berkhidmat di bawah satu organisasi perisikan di Soul,Korea yang bernama 'Soul Spy Organisation atau dikenali sebagai S.S.O.

S.S.O. mempunyai empat cabang iaitu NEURO,TECHNO,INVISO dan COMBAT.

NEURO:

merupakan ahli yang bertanggungjawab dalam menyusun strategi misi dan mengarahkan tindakan ejen-ejen dalam setiap misi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SPIES (Yukook/Bangchin)Where stories live. Discover now