My new semester is starting. Aku bangun lalu melangkah ke bilik air dan menyiapkan diriku. Oh by the way aku Helena Rose bt Darman. 20, young and still dangerous. ( Haha. I'm just kidding!)
Setelah mengenakan bedak kompak ala kadar dan mengoleskan Tarte lipgloss di bibir merahku, aku hanya membiarkan rambut perang gelapku terurai melepasi bahuku. Aku lebih selesa begini.
"Rose!"
Alamak! Daddy dah panggil. Sebelum ayahku memulakan sesi leterannya, lebih baik aku segera turun. Sempat ku capai wangian Versace dan laju ku sembur ke badanku lalu mencapai fail fail serta Typo notebooks dan turun.
Aku kini hanya hidup berdua sahaja dengan ayahku setelah ibu pergi meninggalkan kami ketika umurku 17 tahun akibat barah paru paru yang dihidapinya semenjak aku masih kecil.
"Kenapa lambat sangat ni Rose?" tanya daddy.
"Er hehe" hanya itu yang ku mampu ucapkan kepada ayahku.
"Meh la breakfast sekali." Kata ayahku.
"I already late daddy, it's okay. Rose boleh makan kat kafeteria aja."
Aku segera menyalami dan mencium tangannya sebelum aku mencapai kunci kereta Suzuki Swift biruku yang tersangkut di tepi pintu.
"Shit!"
Aku mencarut ke arah motosikal Ducati Diavel 1260 yang tiba - tiba sahaja memotong keretaku lalu meluncur laju membelah jalan raya. Huh nasib aja aku tidak langgar kalau tidak sudah tentu haru biru jadinya!
Aku tiba di universitiku agak lewat daripada yang aku jangkakan. Mataku melilau segera mencari cari parking. I can't be late for my first day okay! Gotcha! Aku melihat ada satu parking kosong.
Sedang aku membelok ingin memarkir My Baby Swift secara tiba- tiba muncul motosikal berkuasa besar lalu masuk ke petak parking ku.
Aku seperti kenal akan motosikal kuasa besar itu. Ya! Itu motosikal Ducati Diavel 1260 yang memotong kereta Swift aku tadi. Aku mencebik geram kearahnya.
Pemilik motosikal itu segera membuka helmetnya selepas memarkir Ducatinya. A pair of Hazel eyes, kulit yang putih kemerah- merahan, midnight black hair, muscular jawline, wajahnya seperti kacukan inggeris and those sexy lips.
What's wrong with you Rose? Gross!
Aku menjeling tajam kearahnya yang kelihatan selamba berjalan ke fakulti selepas memarkir motosikal besarnya. Terasa diperhatikan, dia segera memalingkan wajahnya ke arah aku. Aku terkedu seketika. Mata Hazel itu kelihatan tajam merenungku.
Aku segera memandu kereta beredar dari kawasan itu. Huh, pandang aku macam nak makan orang! Terpaksa la aku mencari parking baru. Heh menyusahkan orang!
Aku melilau ke arah kafeteria untuk mencari rakan baikku, Yasmin.
"Woi bunga Rose!" sergah Yasmin daripada belakang.
Aku terkejut dan termelatah sehingga menjadi perhatian pelajar pelajar di situ. Aku hanya tersengih malu. Haha.
"Ee Min kau ni suka la buat aku terkejut huh."
"Ala sekali sekala apa salah nya bunga Rose? Rindu pulak nak sakat kau. Ye la time cuti sem aku mana jumpa kau. Alang alang ni-"
"Ok dah dah, I'm fucking starving right now. So girl teman aku makan. " Aku memotong kata - katanya dan segera menarik tangannya untuk membeli makanan.
Aku dan Yasmin melabuhkan punggung atas kerusi dan makan. Sedang ralit menjamu selera, Yasmin terus membuka cerita.
"Kau tau tak our class ada new student. His name is Aiden Arjuna Xaivier. Pergh! nama pun class kau and definitely drop dead handsome but you know, dia macam pelik tau sebab orang cakap dia tu tak bergaul sangat dengan orang and dia tu macam suka duduk sorang sorang macam orang putih kata lonely."
Aku mencebik. Tak- tak habis dengan gosip Yasmin ni. Aku hanya iyakan sahaja apa yang Yasmin katakan tadi. Aku tidak lah berminat sangat untuk bergosip ni. Entah betul entah tidak apa yang si Yasmin ni katakan.
Aku meliarkan mataku memandang kafeteria ni sehinggalah pandangan mataku bertemu dengan lelaki yang menunggang motosikal kuasa besar yang sedang duduk di hujung meja kafeteria itu.
Dia merenungku dengan tajam seperti ingin memakanku sahaja. Aku segera mengalihkan pandanganku kearah Yasmin yang berceloteh bercerita itu ini.
Tetapi bukan itu yang aku fokuskan tapi pandangan lelaki tadi. Bikin aku gerun. Tidak semena- mena jantungku berdetak hebat seperti baru lepas marathon 10 km!
Setelah merasakan dia tidak lagi memandangku aku segera menoleh kembali ke arah nya. Ternyata tekaanku salah. Dia masih ralit merenungku. Aku seperti terbuai dengan pandangannya sehinggalah
Pap!
" Woi, Rose! Kau kenapa ni?" Yasmin menepuk meja dengan kuat.
Aku tersentak lantas kupandang wajah Yasmin yang kelihatan berkerut seribu itu.
" Er tiada apa apa."
"Are you sure Rose? punya la aku banyak bebel tadi kau tak fokus langsung heh." Bebel Yasmin seolah - olah berjauh hati.
"Alah sorry la Min." pujukku.
" Heh yela yela. Dah jom pergi class".
Aku mengalihkan pandanganku kearah lelaki tadi tetapi dia sudah tiada di tempat duduknya.
Weird!
Aku membontoti Yasmin ke dewan kuliah kami.
Aku masuk ke dewan kuliah dan terus mencari tempat duduk yang ingin aku dan Yasmin duduki. Selalunya mesti di belakang. Nice spot gitu!
"Bunga Rose! Tengok tu, lelaki tu la yang aku cakap budak baru tu, handsome beb!" bisik Yasmin kepadaku.
Aku segera mengalihkan pandanganku kearah "budak baru" yang dikatakan oleh Yasmin tadi.
That's him!
●●●
With Love,
Rosé
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romance[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...