"Cik, makanlah sikit." Pinta Siti, pembantu rumah agam ini yang tidak henti henti memujukku untuk makan sambil menyuakan bubur ayam kearahku.
Aku menggeleng tanda tidak mahu. Sudah dua hari sejak jejaka sasa itu mengkabarkan berita sadis itu kepadaku. Dan semenjak itulah sehingga sekarang aku hanya berkurung didalam bilik ini sambil memerhatikan suasana luar.
Apabila aku tersedar dari pengsan kelmarin, aku cuba keluar dari bilik. Malangnya, berkunci. Aku bahkan menggeledah bilikku untuk mencari iPhoneku. Tetapi, tidak kujumpa sehingga kini. Bahkan, aku sendiri pun tidak tahu di mana aku berada sekarang ini.
Sampai sekarang aku tidak tahu niat Aiden mengurungku di dalam rumah agam ini. Akalku tidak dapat menghadam apa yang sudah terjadi. Lagi lagi apabila dia mengatakan bahawa ayahku sudah mati. Kegilaan apakah ini?
Hatiku kuat mengatakan bahawa kata kata Aiden itu semua hanyalah dusta semata mata. Bahkan sehingga ke hari ini, aku tidak nampak kelibat Aiden. Ah, aku pun malas mengambil tahu akan hal pemuda yang menyakitkan hatiku ini.
Siti mengeluh perlahan sambil berlalu keluar dari bilik mengalah dengan kedegilanku. Aku turun dari katil sambil terhincut hincut berjalan kearah tingkap bilik lalu menyelak langsir. Kakiku mulai sembuh setelah diurut oleh Siti setiap masa.
Dari tingkap bilikku, kelihatan dengan jelas bodyguard bodyguard yang ditugaskan oleh Aiden berkawal di setiap sudut rumah agam ini. Serta merta aku berdecit. Menyusahkan aku betul la Aiden ini. Akalku light berfikir untuk mencari cara untuk keluar dari rumah ini.
Punggung aku labuhkan di atas katil sambil mengerling ke arah tingkap. Kedengaran pintu dibuka dan Aiden melangkah masuk dengan wajah yang tidak berperasaan itu sambil memegang dulang makanan.
"Siti bagitau aku, kau taknak makan" Kata Aiden, dingin.
"So what? Awak nak paksa saya?"
"If you say so."
Aku mengerling lelaki itu dengan tajam. Dia melabuhkan punggung di atas katil dan terus aku mengesot menjauhinya. Benci.
"Makan." Dia menyuakan bubur ayam itu ke mulutku.
"Taknak!" Aku lantas menepis tangan sasa itu.
Dia kelihatan menahan sabar dengan kerenahku. Peduli apa aku.
"Rose, jangan degil."
"Not until you tell me the truth." Tegasku.
"Eat. Baru aku bagitau." Dia kelihatan tidak mahu mengalah dengan kedegilanku. Aku akur lantas merampas mangkuk kaca yang berisi bubur ayam itu lantas dengan rakus aku melahap bubur ayam itu.
Protes.
Dia tersenyum sinis. Aku menyerahkan kembali mangkuk kaca kepada Aiden setelah meneguk air suam.
"Now, bagitau saya is that true... my dad dah mati?" Bergetar suaraku saat aku melihat wajahnya.
"Yes. And I'm telling you the truth." Tegas Aiden tanpa mengalihkan matanya kearahku walau sesaat.
Air mataku yang kutahan sedari tadi jatuh jua menuruni pipi. Mengalir dengan deras. Aku yakin Aiden tidak membohongiku apabila melihatkan wajahnya yang serius.
Dia lantas mendekati lalu memelukku dengan erat sambil menggosok gosok belakangku. Aku menyebamkan muka di dada bidangnya sambil menghamburkan tangisan.
"Awak tipu kan." Aku memukul mukul dada bidang itu.
Dia membiarkan aku menangis menghamburkan rasa sedih yang bertamu di jiwa ini.
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romance[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...