Langsir diselak. Tiada kelibat pengawal pengawal peribadi yang lengkap bersenjata itu dimana mana. Pelik. Aku lihat lagi, memang kelibat mereka tidak kelihatan langsung pada pandanganku. Aku menjauhi tingkap dan melabuhkan punggung dikatil lalu merebahkan tubuh. Bosannya.
Sudahla telefon pun tiada. Nak keluar pun tidak boleh. Aku menyerabutkan rambutku sambil mengeluh. Seperti tahanan pula kurasakan diriku tika ini. Aku mengguling gulingkan tubuhku diatas katil. Siling putih dipandang dan serta merta mindaku menerawang memikirkan kehidupanku yang lalu yang penuh dengan gelak tawa.
Air mata yang berada di tubir mata menitis membasahi pipi mulus ini. Cepat cepat aku kesat sebelum memaniskan muka. Life must go on! Aku tersentak apabila pintu dikuak dari luar dan kelibat Aiden melangkah masuk sambil membawa sesuatu.
Aku mengecilkan mataku untuk melihat dengan jelas benda yang berada ditangannya itu.
Paperbag.
Dia melabuhkan punggungnya disebelahku sambil merenung dalam wajahku. Agak lama dia berkeadaan sebegitu sehinggalah dia memegang pipiku dan membelek belek wajahku.
Tangan kekar itu aku tepis dan memandang pelik kearahnya. Aiden ini dah kenapa? Buang tebiat ke apa?
"Are you okay?" Dia menyentuh pehaku. Prihatin.
"Ya, I'm fine." Alamak. Dia nampak ke aku menangis tadi?
"Mata kau sembab." Aku hanya menundukkan wajah.
Dia mencuit daguku dan serta merta aku menentang mata hazel itu.
"Hey Kitten. Don't worry. Aku akan jaga kau."
Aiden menarikku rapat ke tubuhnya. Dia lalu memelukku dan mencium cium rambutku. Aku membalas pelukannya dan menyebamkan wajahku didada bidangnya yang tidak berbaju itu. Haruman maskulinnya menyapa hidungku. Aku mengerling sekilas rantai silver yang berada di lehernya itu. Entah mengapa, aku berasa selamat dalam pelukannya.
Dia meleraikan pelukan kami lalu dia mengambil paperbag itu dan dihulurkan kepadaku. Aku menjungkit keningku.
"What is this?" Terkebil kebil aku menatap wajah kacukan Spain ini.
"Take it." Dia tersenyum sinis setelah aku membelek belek paperbag ini. Berat.
"Okaylah, aku ada kerja kena buat."
Aiden bangun dari katil sambil menyelukkan tangannya kedalam kocek seluarnya seraya itu dia menunduk mencium sekilas pipiku. Aku terperanjat tiba tiba dan hanya merenung batang tubuhnya yang melangkah keluar dari bilik.
Aku mengeluarkan benda yang berada didalam paperbag itu. iPhone 11! OMO! Aku membuka kotak telefon bimbit itu dengan perasaan teruja. Rezeki. Telefon itu aku hidupkan dan lambang Apple terpamer.
Tiba tiba aku tersentak dan menepuk dahi. Aku terlupa untuk berterima kasih kepada Aiden kerana menghadiahkanku telefon bimbit ini. Nombor telefon Yasmin didail. Tidak lama kemudian, panggilan kubersambut.
"Hello, Yasmin here." Sungguh aku rindukan Yasmin. Rindukan gelak dan gurau senda kami. Air mata yang bergenang di tubir mata kukesat.
"Yasmin, aku ni Rose." Kedengaran jeritan Yasmin di corong telefon. Membingitkan telinga.
"Rose! Kau dekat mana?! Kau okay tak? I miss you so so much bunga Rose! Aku cari kau haritu tapi tak jumpa. Rumah kau aku pergi pun dah terbakar. Kelibat ayah kau pun aku tak nampak."
Bagaikan peluru yang berdas das ditembak, Yasmin mengutarakan soalan. Aku menarik nafas perlahan lahan.
"Ya, aku okay. Aku pun rindukan kau jugak. Entahlah Min aku sendiri pun tak tahu apa dah jadi. Aku dekat rumah agam Aiden."
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Любовные романы[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...