Aku meletakkan panadol ayahku di atas meja selepas selesai menyangkut kardigan yang kupakai tadi ke dalam almari.
Aku segera menghulurkan panadol kepada ayahku. Ayahku menelannya dengan pantas dan diselangi dengan air suam.
Aku membantunya bangun dan memimpinnya ke dalam bilik tidurnya.
"Daddy rasa mungkin Daddy takkan hidup lama. Daddy harap sangat Daddy dapat tengok Rose kahwin sebelum Daddy takde " Kata Daddy kepadaku setelah ayahku baring di atas katil.
"Daddy cakap apa ni? Please Daddy jangan cakap benda bukan bukan malam buta ni. Rose tak suka. Daddy kena ada dengan Rose sampai Rose mati" Aku berkata kata nada yang sebak.
Aku tidak tau kenapa secara tiba tiba ayahku berkata soal mati kepadaku.
"Setiap yang hidup mesti mati. macam tu jugak la Daddy. There's gonna be someone that willingly to take care of you, love you like i did."
"No, Daddy. Takkan ada pun orang yang akan sayang Rose macam mana Daddy & Mama sayang Rose" Please stay with me.." Kataku dengan sayu.
"As you wish, My Princess" Ayahku menutup bicara sebelum memejamkan mata.
Aku menutup daun pintu dan melangkah perlahan ke bilikku sambil terfikirkan hal yang kubicarakan tadi bersama ayahku. Kenapa secara tiba tiba je Daddy berkata kata seperti itu?
●●●
Setelah memasuki bilikku, aku melangkah ke arah balkoni dan merenung kepekatan malam. Seraya aku teringat akan lelaki berhoodie hitam tadi.
Macam mana dia tau aku dekat situ?
Did he just followed me?
Pelbagai soalan menari nari dalam fikiranku tetapi tiada jawapan untuk itu.
Aku kena berterima kasih kepada Aiden! Esok aku mesti jumpa dia dan aku perlu tanya kenapa dia ada dekat kawasan rumah aku. Yes! It's a must!
●●●
Aku bangun harini dengan perasaan yang bercampur baur. Aku mimpikan Aiden semalam. Strange. Aku segera bersiap siap.
Aku turun dan segera melangkah keluar ke keretaku. Ayahku awal awal lagi sudah ke tempat kerja. Aku segera mencapai roti jagung Gardenia memandangkan aku tidak sempat membuat sarapan.
●●●
Aku mencari cari kelibat Aiden di sekitar kafeteria kampus tetapi tiada. Aku melilaukan mataku dengan lebih fokus lagi sehingga retina mataku menangkap kelibatnya yang sedang menyisip air tin.
Aku mengatur langkah dengan pantas kearahnya. Aku perlu bersemuka dengannya harini. Beberapa meter sebelum aku dapat mendekati Aiden, terus sahaja Yasmin menangkap pergelangan tanganku dari arah belakang.
"Rose, laju laju ni nak pergi mana?"
"Urm, a a aku nak gi kelas la" Jawabku dengan gagap.
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romance[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...