Kaki mula mengorak langkah masuk ke dalam bilik rahsia itu dengan mata yang terbuntang dan mulut yang ternganga luas. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat depan mata aku sekarang ini.
Hiasan dalaman yang tampak eksklusif dengan lampu chandelier putih yang menyerlahkan lagi kemewahan bilik rahsia ini. Tetapi bukan itu yang menarik perhatianku sekarang ini. Yang lebih menarik perhatian aku sekarang ini adalah isi di dalam bilik ini!
Kelihatan banyak laras pistol yang bergantungan cantik di dalam almari kaca mewah dalam bilik ini. Aku juga dapat lihat M40A5 Sniper Rifles yang terletak elok di dalam almari kaca mewah itu. Dari handgun sehinggalah senapang pelbagai jenis turut terpamer di setiap sudut bilik ini.
Kecut perut jadinya aku. Siapa sebenarnya Aiden ini? Minda mula diasak berbagai bagai persoalan. Aku tahu aku tidak sepatutnya memasuki biliknya sesuka hati tetapi kalau aku tidak masuk mungkin sehingga sekarang aku tidak akan tahu siapa diri Aiden sebenarnya dan kewujudan bilik rahsia ini.
Aku meliarkan mata memerhati bilik ini dengan penuh rasa gerun. Bagaimana kalau Aiden sebenarnya seorang gengster? Ah. Semakin kusut fikiranku di saat ini.
"Rose!" Aku terus memusing tubuh ke arah pintu. Aiden sedang memeluk tubuh sambil merenungku tajam. Kali ini pandangannya bukan seperti selalu. Tetapi nampak lebih menggerunkan. Dia melangkah masuk perlahan lahan bersama wajah bengis.
Aku mengundur perlahan lahan. Entah mengapa aku jadi takut melihat Aiden sekarang ini. Minda mula memainkan adegan adegan yang tidak sepatutnya. Raut wajahnya yang tadi bengis serta merta beransur bertukar lembut.
Aku statik di tempatku berdiri.
"Are you afraid of me?" Tetapi aku memilih untuk diam. Aku tidak tahu hendak memberikan jawapan kepada pertanyaan Aiden itu. Ya, mungkin aku sedikit takut? cemas?
Dia mula menapak perlahan lahan ke arahku.
"Don't come closer." Automatik kakinya terpasak di tempatnya berdiri. Dada mula berentak laju.
"Hey Rose, I'm not gonna hurt you." Dia cuba memujukku. Ah! Aku sudah tidak mahu mendengar pujuk rayunya. Kepercayaanku terhadapnya mulai lebur. Wajahnya sedikit terkilan dengan perubahan sikapku. Mungkin terkejut aku sudah tahu rahsianya?
Aiden mula melajukan langkahan kakinya ke arahku tanpa mempedulikan jeritanku yang memintanya untuk berhenti. Dia segera memelukku dengan erat. Sangat erat. Automatik air mata yang sedari tadi aku tahan jatuh berderaian menuruni pipi. Dia menggosok gosok belakangku sambil mencium ubun ubunku.
"Shhh... shh.. No matter what happens, I'm not gonna hurt you." Aku mula menangis teresak esak sambil memeluk erat tubuh tegap Aiden. Dia meleraikan pelukan kami dan mengesat ngesat air mataku dengan ibu jarinya.
"Come." Dia menarik tanganku keluar dari bilik itu dan menguncinya. Dia kemudian mendudukkan ku di atas katilnya sambil berlutut di hadapanku. Aiden menggenggam erat jemariku. Aku mengumpul kekuatan.
"Siapa sebenarnya awak Aiden?" Dia mula merenungku tajam.
"I'm mafia." Seperti ada beban yang menghempap tubuhku, aku terpana. Aku hanya diam menunggunya menyambung bicara. Aku mahu tahu rahsia yang selama ini disembunyikan olehnya.
"That's who i am. Tiada sesiapa pun yang tahu tentang ini. Even my parents. But your father knew about this. You know what Rose? I love fighting. I love weapons. Benda yang kau nampak dalam bilik itu, itu adalah koleksi koleksi senjata aku." Ayah aku tahu tentang ini? Kenapa selama ini ayahku memilih untuk mendiamkan diri?
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romance[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...