Aku mencelikkan mataku apabila terdengar bunyi hingar- bingar di bawah. Aik, siapa yang datang pagi pagi buta macamni? Wait, pagi? Aku segera menoleh ke arah jam digitalku yang terletak cantik di atas nightstand.
9:15 pagi.
Alamak, aku sudah terbangun lambat pula harini. Ini semua gara gara aku menyiapkan tugasan kuliah Prof Irsyad hingga pukul 4 pagi. Habislah, ayahku pasti membebel tak ingat dunia apabila menyedari anak gadis tunggalnya ini bangun lewat.
Terusku mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
Selesai menyiapkan diri, aku membuka pintu untuk turun ke bawah. Tapi, mengapa aku berasa berdebar semacam ni? Aku cuba menenangkan hatiku dengan menarik nafas dengan dalam.
Aku menuruni tangga dengan perasaan yang libang libu. Sesampainya aku di ruang tamu, kelihatan ayahku sedang membaca suratkhabar. Tapi tadi aku terdengar bukan main bising bising lagi kat ruang tamu ini.
Aku segera menoleh ke arah dapur apabila terdengar bunyi bising seperti orang sedang memasak.
Figura lelaki yang berbadan tegap itu menarik perhatian aku untuk melangkah kearahnya.
Semakin dekat aku melangkah kearahnya, semakin berdebar jantung ni secara tiba- tiba.
Dia yang sedang meletakkan pancake di atas piring terus sahaja menoleh kearahku.
"Hi Rose" Suara garau itu menyapa.
"Aiden!"
"What are you doing here?"
Tanpa sempat Aiden menjawab pertanyaanku, terus sahaja telingaku menangkap ayahku menegur kami.
"Rose apa cakap macamtu dengan tetamu kita"
Aku terdiam. Malu ditegur dihadapan Aiden begitu.
Untuk membuang perasaan maluku itu, aku mengambil sarapan yang telah disediakan oleh Aiden ketika aku sedang enak tidur di atas tadi.
Thanks Aiden!
Seminggu sudah berlalu sejak kejadian dia mengajakku untuk lari bersamanya. Aku meneruskan pengajian aku seperti biasa.
Cuma, aku sudah jarang melihat dia di kampus. Dengar cerita, yang Aiden sudah berhenti belajar. Itu pun aku dengar dari Yasmin, si mulut kepoh itu.
Melihatkan penampilan dia, aku dapat mengagak yang dia pasti datang dari golongan anak orang berada.
Lihat sahaja jacket hitam yang dia pakai dari Allsaints Hawley Leather Biker Jacket yang mencecah ribuan ringgit.
Aku melabuhkan punggungku di sebelah ayah di ruang makan ini. Nasib baik ayahku tidak memarahi aku kerana terbangun lewat hari ini.
Fuh
Sedang kami leka menikmati sarapan, secara tiba tiba telefon ayahku berdering dengan kuat.
"Sekejap, daddy nak angkat call"
Aku mengangguk memahami lalu ayahku beredar ke luar rumah untuk menjawab panggilannya.
Canggung pula aku rasa bila ditinggal berduaan begini bersama Aiden. Dia kulihat asyik menikmati pancake yang dituang bersama madu sebagai penambah rasa.
Juntaian rambut yang mengenai dahinya menarik minatku untuk memerhatinya lebih dalam. Nak sahaja aku larikan tanganku di rambutnya. Bibir merah yang sedang mengunyah pancake itu aku perhati dengan penuh minat.
He's not smoking right
"You know, it's rude to staring at someone like that"
Tersentak aku seketika. Bagaimana dia tahu aku leka memerhati dia tadi? Oh mama, malunya!
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romansa[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...