Fikiranku menerawang memikirkan hal tadi di mana Aiden telah menciumku dengan .... Ergh, stop it, Rose! memikirkan hal tadi sudah cukup buat aku seram sejuk.
●●●
Aku memarkir keretaku dia ruang parkir kampus dan seraya berjalan ke kafeteria mencari rakanku.
Aku tidak menceritakan hal semalam kepada Yasmin kerana aku pasti dia tidak akan mempercayai aku kerana aku dengan Aiden ibarat langit dengan bumi! Aku dengan mulut kepohnya dan Aiden yang pendiam and cold!
Aku dan Yasmin memasuki dewan kuliah dan melangkah ke tempat kami di belakang. Aku sempat melilau mencari kelibat Aiden. Aku sangat berharap agar dia tidak hadir harini kerana aku masih malu akan hal semalam grr.
Tepat jangkaanku. Aiden tidak menghadirkan diri. Aku pelik juga mengapa dia tidak hadir harini. Dia malu ke sebab kejadian semalam? Memikirkan itu sudah cukup buat pipiku merona merah.
Yasmin yang sedari tadi melihat aku asyik melilau mencari Aiden bertanya kepada ku
"Kau cari siapa Rose? Dari tadi tak fokus."
" Er, nothing"
Itu sahaja jawapan yang aku mampu berikan kepada Yasmin yang agak curious.
●●●
Aku makan malam dengan ayahku dengan tenang. Selepas selesai mencuci pinggan mangkuk, aku segera mendaki tangga menuju ke bilikku untuk menyiapkan tugasan kuliah.
Almost 12 am and im definitely done! Aku segera menutup Macbook dan melangkah ke katilku. Aku merebahkan diri dan cuba melelapkan mata...
Percubaan aku untuk melelapkan mata tidak berjaya. Haih, aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan aku harini. Takkan la aku rindu Aiden pula? Er, no way! Tapi tadi kau jugak yang tercari cari dia kan Rose? Jauh di sudut hatiku menyangkal.
Aku bangun lalu berjalan ke balkoni bilikku sambil melihat ke kawasan rumahku yang sunyi yang hanya ditemani lampu jalan.
Aku ternampak Aiden bersandar pada tepi motosikal kuasa besarnya sambil ralit bermain dengan iPhone X nya berdekatan dengan rumahku.
Again?
Aku terus berjalan dengan perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi bising, risau jika ayahku terjaga dari tidurnya.
Aku segera menuju ke luar rumah sambil melihat lihat sekeliling kawasan rumahku. Cuak juga aku kalau kalau jiran ternampak, pasti riuh nanti satu taman perumahan ni anak Darman berpeleseran dengan lelaki tah siapa siapa. Mulut jiran kawasan rumahku semua macam puaka.
Aiden yang ternampak aku munuju ke arahnya kelihatan merenung ke arahku lalu segera menyimpan iPhone nya ke dalam poket denim hitamnya.
"Kenapa awak tak datang tadi?"
Aku tidak tahu kenapa aku agak concern dengannya.
Dia agak terdiam. Lama.
"Kau rindukan aku?"
Erk?
"Eh manada!" sangkalku dengan pantas.
"Awak buat apa lagi kat rumah saya?" Semburku.
"Saje"
Tu je? Rasa nak tampar tampar muka dia sekarang juga. Aku terus pusing dan berjalan semula ke rumahku. Malas hendak layan orang tidak betul macam Aiden.
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romansa[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...