Ketukan di pintu utama mengejutkanku yang leka menonton Netflix di televisyen ruang tamu. Aku menoleh ke arah Bianca yang terkocoh kocoh ke pintu utama untuk membuka pintu. Terbit rasa kesian kepadanya. Sudah pasti dia sedang sibuk di dapur tadi. Terpancar raut wajahnya yang nampak keletihan.
Aku ada menawarkan diri untuk membantunya di dapur bersama sama dengan pembantu rumah yang lain. Tetapi dia melarang sekeras kerasnya kerana takut dimarahi Aiden.
"Bianca." Dia menoleh sekejap kearahku.
"It's okay. Let me open the door." Bianca kelihatan terpinga pinga. Dia kelihatan serba salah.
"It's okay. Just let me open the door. Just go and continue your work." Aku menyakinkannya.
"Thank you, Miss Rose." Dia kembali ke dapur dan menyambung kerjanya yang tergendala.
Pintu utama dibuka dan figura lelaki bertubuh sasa dan berkulit sawo matang berdiri dihadapan pintu sambil berkerut melihatku.
Ace.
Kemudian, dia tersenyum melihatku. Wajahnya agak tampan tetapi tidak setampan Aiden. Eh?
"Tuan Xaivier ada?" Aku terkejut apabila dia berbahasa ibundaku. Tidak aku sangka yang Ace pintar berbicara dalam bahasa Melayu lebih lebih lagi wajahnya yang nampak seperti kacukan Inggeris.
"Hey. Are you alright?" Dia menggawang gawangkan tangannya dihadapan mukaku.
Aku tersentak dan terjaga dari lamunan. Teruk sangat aku mengelamun tadi.
"Oh. Ya, I'm- okay."
"Xaivier tiada. Dia keluar tadi."
"Pergi mana?" Aku menggeleng tanda tidak tahu kemana Aiden pergi. Dia pun tidak beritahu aku dia hendak kemana tadi.
"Boleh I masuk?"
"Masuklah." Aku memberikan ruang untuknya melangkah masuk ke dalam mansion mewah ini.
Kami bersama sama melabuhkan punggung diatas sofa di ruang tamu. Tidak lama kemudian, Bianca membawa dulang minuman dan meletakkannya diatas meja ruang tamu.
"I Ace Fernando." Dia tersenyum tampan.
"And you are?" Ace menanggalkan jaket kulit hitamnya.
"Helena Rose."
"What a beautiful name you have." Aku tersipu malu.
"Awak kawan Xaivier ye?" Aku mengajukan soalan kepada Ace.
"Kinda." Ace menyisip jus oren.
"Tapi kenapa awak panggil dia tuan?" Aku cuba mengorek rahsia.
Something fishy.
"There's something going on between me and him. But that's not my story to tell."
Sama sahaja perangai mereka berdua ini. Suka sangat berahsia. Tetapi aku tak sangka pula yang Ace seorang yang peramah. Berbanding ketika pertama kali aku melihat Ace di lapangan terbang kelmarin, raut wajahnya masam dan serius sahaja.
"You know what Helena, you're the first woman he brought into this house."
"Just Rose." Pelik pula bila ada yang memanggil aku dengan nama Helena. Janggal. Aku wanita pertama yang Aiden bawak masuk ke mansion ini? Wow.
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romance[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...