Aku melangkah masuk ke dalam ballroom Primera Hotel bersama sama dengan Yasmin. Aku agak gugup kerana ramai mata mata yang memandangku dari atas hingga bawah memerhati penampilanku. Kaum wanita menjeling aku manakala kaum adam pula bersiul siul melihatkanku.
Aku berasa agak tidak selesa.
Kelihatan ramai pelajar yang mengenakan dress dan tuxedo. Ya, majlis ini diadakan untuk meraikan pelajar pelajar universitiku yang bakal graduate. Ia diadakan saban tahun oleh pihak universiti dan sudah menjadi tradisi.
Dress berona pastel rekaan Givenchy yang terletak elok di tubuhku yang langsing ini aku perhati.
" Yasmin, aku nampak hodoh ke?"
Yasmin hanya tertawa melihat raut wajahku yang cemas ini.
" No, you're not. They're jealous of you sebab kau cantik sangat malamni. You should thank me for that."
Aku hanya mencebik sahaja mendengarkan ayatnya yang masuk bakul angkat sendiri itu. Kami melangkah kearah meja yang telah ditetapkan dan melabuhkan punggung. Yasmin agak resah dan seakan akan tercari cari seseorang.
"Kau kenapa?"
"Aku cari Rayyan"
Oh, teman lelaki baru Yasmin. Yasmin baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Danial. Alasan clichenya,
"He's too nerd for me."
Tiba tiba Yasmin bangun dan berjalan ala ala catwalk kearah seorang jejaka kacak yang menunggunya di sudut ballroom itu.
"Eh, Yasmin wait-"
Tidak sempat untukku menahannya, dia sudah berlalu pergi.
Hish, kurang asam betul!
Aku meliarkan mataku dan terhenti pada sebuah meja panjang yang dipenuhi dengan aneka makanan.
Perlahan lahan aku bangun dan melangkah kearah meja panjang itu sambil tangan ini laju sahaja mencapai piring untuk mengambil custard pudding. Kecur liurku dibuatnya.
Setelah 20 minit menjamu selera, aku yang kebosanan ini berjalan jalan di ruang legar ballroom ini sambil memerhati hiasan mewah ballroom ini.
Dengan tidak semena mena, ruang dewan ini yang hingar bingar senyap. Aku agak pelik dengan mereka semua yang memerhati kearah pintu utama ballroom dengan mata yang membulat lebih lebih lagi kaum wanita yang sudah menjerit histeria.
Aku mengalihkan mataku kearah pintu utama ballroom itu dan tergamam.
Dia melangkah masuk ke dalam ballroom sambil membetul betulkan tuxedonya.
Aiden.
Dia yang sudah lama menghilang itu akhirnya muncul kembali. Aku juga sudah lama tidak melihat dia di universiti setelah ada ura ura mengatakan yang dia sudah berhenti belajar beberapa bulan yang lalu.
Dan mesej yang dihantar olehnya beberapa bulan lalu juga adalah mesejnya yang terakhir sebelum kami terputus hubungan.
Tidak menghiraukan mata mata yang memandang, dia meliarkan matanya ke seluruh ruang legar ballroom ini dan akhirnya terhenti kearahku.
Dia tersenyum sinis sambil perlahan lahan mengatur langkah kearahku.
Evil smirk.
Aiden memerhatikanku dari atas hingga bawah sambil menjilat bibir.
Aku sudah berdebar apabila dia kian menghampiriku.
"Hey, beautiful" Suara husky itu menegurku.
YOU ARE READING
My Saviour, Aiden
Romance[Matured content] "Turn around." "Why?" Aku pelik dengan perilakunya. Tapi aku tetap mengikuti arahannya dengan membelakanginya. Dia mula membelai dan menoncangkan rambutku dengan lembut. Aku menahan rasa gelora yang bertamu di jiwa. Dia mendekatka...