7 | T r u t h

15.9K 449 17
                                    

Cahaya mentari yang terik menyedarkanku dari tidur yang lena. Perlahan lahan kubuka mataku yang berat ini. Cahaya matahari yang menerobos melalui celah langsir kian menyilaukan mataku. Aku menggosok gosok mataku yang pedih dek silau.

Aku menjatuhkan pandangan ke badanku yang dibaluti selimut Hermes ini. Terus membulat mataku apabila melihat pakaianku sudah bertukar. Malam kejadian itu aku mengenakan dress Givenchy tetapi kini sudah bertukar dengan baju tidur satin.

Siapa yang tukar bajuku ini? Dan macam mana aku boleh berada di dalam bilik ini?

Terkebil kebil mataku memerhati sekeliling. Wait! Ini bukan bilik aku!

Bilik ini tampak mewah dihiasi chandelier besar dan perhiasannya kuanggarkan berharga jutaan ringgit.  Aku sedikit jakun memerhatikan bilik ini.  Design bilik ini juga ala ala modern english.

Luxury and classy.

Seumur hidupku tidak pernah aku lihat dan duduki bilik secantik ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seumur hidupku tidak pernah aku lihat dan duduki bilik secantik ini. Ini bilik siapa?

Baru sahaja aku hendak melangkah turun dari katil, tidak semena semena kedengaran  bunyi pintu cuba dibuka dari luar.  Kelam kabut aku mengambil selimut dan menyelimuti diriku dan berpura pura tidur.

Derap tapak kaki kian jelas ditelingaku. Aku memejamkan mata dan membelakanginya. Aku bendebar debar apabila dia mula  melabuhkan punggungnya di atas katil dekat denganku.

"Buenos días, kitten" Bisik suara garau itu ditelingaku secara tiba tiba.

Aku yang terkejut akibat bisikan manjanya terus dengan tidak sengaja tertampar wajahnya. Aku tergamam dan tercengang cengang melihat wajah yang tidak sengaja kutampar itu.

Aiden.

" I guess this is my morning kiss." Dia kulihat sedikitpun tidak marah malah tersenyum seksi merenungku.

Pipiku mulai merah menahan malu apabila direnung sedemikian rupa.

"Do you hurt somewhere?"  Aiden mulai membuka bicara selepas melihatku yang membisu.

Bagaikan tersedar dari lamunan yang panjang, ingatanku kembali mengenangkan hal semalam yang mencemaskan jiwa.

Aku menggeleng kerana aku tidak mengalami apa apa kecederaan melainkan kakiku yang terseliuh akibat terjatuh saat ingin berlari keluar dari ballroom.

Dia yang merenungku bagaikan tidak berpuas hati dengan jawapanku  mendekatiku lalu membelek tubuhku untuk mencari kalau kalau ada luka di tubuh langsingku.

"Thank God, you're not hurt." Bibir merah itu menggumam seraya melepaskan tubuhku.

"no puedo perdonarme si tienen la oportunidad de lastimarte". Matanya tidak lepas dari merenungku.

My Saviour, AidenWhere stories live. Discover now