Hujan.
Kalau aku berdiri di dalam lebatnya hujan yang turun ni, boleh tak dia alir keluarkan segala rasa yang aku pendam selama ini? Rasa yang pernah buatkan aku nekad untuk tinggalkan semua. Semua. Yang bila mana perkataan "Kalaulah" bermain di benak aku buat sekian juta kalinya.
Terasa sia-sia dengan rasa yang aku perjuangkan selama ni. Perjuangkan benda yang tak sepatutnya aku perjuang dari awal, namun dek kerana bebalnya, butanya aku, aku tetap bertahan.
Ping!
Notifikasi Facebook dari handphone aku berbunyi.
It's Jirakit Puttichai's birthday today. Wish him well.
...
"Dian! Hang la anak oiiii. Cuba gaya tu macam perempuan sikit. Hang dok main baseketbol tu dah serupa jantan hang tau?"
"Apa dia mak? Baseket apa dia?"
"Baseketbol. Yang hang dok main tu la. Macam bola jaring tapi dok mengangkang kiri kanan hentak bola masuk celah kangkang padiaa,"
"Mak, basketball. BASKETBALL. Padiaa dok baseketbol. Bola masuk celah kangkang ni skill mak tau,"
"Janji sama bunyi. Muka elok lembut dah, tapi nauzubillah main bola macam jantan. Dari hang dok bergentel dengan bola nuh, ni hang mai tolong mak gentel karipap ni. Mak nak pi letak kat kedai Cik Nab pagi besok,"
Aku nampak mak dah macam Kamen Rider bercekak pinggang depan pintu dapur. Sebelum mak 'Henshin'kan aku, baik aku cepat-cepat masuk. Sejak kematian ayah, mak lah yang carikan nafkah untuk bagi kami adik beradik makan dengan menghantar kuih-muih yang dia buat ke gerai-gerai nasi lemak di sekitar kampung. Mujur mak punya 'networking' dekat kampung ni boleh tahan. Kadang-kadang ada juga orang dari kampung sebelah memesan kuih dari mak untuk kenduri-kendara.
Di sekolah, aku tak ramai kawan. Bukan tak cari, tapi aku lagi suka menyendiri. Sendiri melayan rasa. Sejak ayah pergi, aku rasa hilang. Hilang punca, hilang sebab. Aku tak rasa dengan berkawan, dapat buatkan aku 'jumpa' apa yang aku sedang cari.
"Satgi tolong mak pi hantaq bihun goreng kat masjid sat na. Makcik Leha hang tempah untuk tahlil malam ni,"
"Ya, mak,"
"Lepaih tu, tu nyioq tiga bijik tu satgi kukuq. Mak nak buat kaswi,"
"Ya, mak,"
"Ni hang solat Asaq dak lagi?"
"Dah, mak. Eh! Belum!"
"Sebelum mak tibai hang dengan pelepah nyioq, hang pi solat dulu! Dok mengangkang dengan bola sampai dah nak Maghrib baru nak Asaq!"
Berdesup aku lari masuk ke bilik bila mak dah julang pelepah kelapa. Kalau tak, mahu berbirat, berbelang belakang aku disesah mak.
Di sekolah, tempat yang paling tenang untuk aku, di gelanggang basketball. Pelik, tapi tu hakikat. Hakikat yang boleh buat aku lupa, yang aku, seorang yatim. Sedang leka aku lontarkan bola ke dalam jaring, aku terdengar ada orang sedang bermain di gelanggang sebelah sana. Ikutlah. Janji tak kacau aku.
"Hi,"
Aku menoleh ke belakang. Ada apek sedang berdiri tegak dengan bola di tangan sambil tersenyum.
"Nak guna net ni ka?" Aku terus capai bola dan bergerak ke gelanggang di sebelah sana.
"Tak. Tak. Boleh tak saya nak main dengan Dian?"
Aku pandang dia pelik. Mana dia tahu nama aku?
"Oh. Jangan pelik. Saya dah lama tengok awak main kat sini. Saya tanya kawan-kawan apa nama awak,"
"Oh,"
"Dian dah lama ka main basketball?" Lama aku perhati muka apek ni, nak kata Cina, bukan Cina. Nak kata Melayu, bukan Melayu. Tapi cakap Melayu fasih bukan main.
"Takdak lah lama sangat. Awak orang apa? Nak kata Cina, tak nampak pun. Melayu?"
"Dak. Saya Siam,"
"Oh. Nama?"
"Jirakit. Panggil Jay ja,"
"Ooo,"
Aku sambung lontar bola ke dalam jaring. Tiba-tiba Jay melompat mendapatkan bola yang aku lontar. Mak! Dia bawa lari bola aku! Sambil menggelecek! Berkejar-kejar aku cuba merampas balik bola dari tangan dia. Ke kiri ke kanan, nah. Jay membuat lontaran dari jauh. Masuk weh!
Aku pandang Jay.
"Kita kawan dah kan sekarang?"
"Hmmm," jawab aku semacam nak tak nak.
Aku rampas bola dari tangan Jay dan berlalu pergi dari net.
"Dian! Besok kita main lagi naa!"
...
Birthday Jay hari ni. Aku buka profile Jay yang selama ni tak pernah aku buka. Aku tahu Jay ada dalam kalangan 'friends' aku yang beribu di Facebook.
Happy birthday, Jay.
Post.
Tak lama kemudian,
Ping!
New message
Jay.
Ada seribu rasa yang aku tengah rasa sekarang ini. Bercampur rasa. Aku tarik nafas dan aku buka mesej yang aku terima.
Awak apa khabaq? Sihat?
Jay, kalau saya tak balas, agak-agak awak dapat rasa tak apa yang saya tengah rasa sekarang?
YOU ARE READING
DIAN
RomanceKisah hidup yang tak sentiasa indah. Tapi selepas hujan, pelangi selalu ada. Sentiasa.