Bab 2

9 0 0
                                    

Bahagia.

Dapat berbual-bual balik dengan 'sahabat' yang aku dah hampir 30 tahun tak jumpa.

Sahabat. Yang pernah menjadi orang istimewa dalam hidup aku. Yang kenal aku tanpa aku berkata apa pun. Bukan telepati. Tapi entah. Nak kata kembar, aku pernah tanya mak,

"Mak cuba ingat balik kot-kot mak ada beranak kembaq pastu anak mak yang sorang tu mak bagi kat orang lain. Pastu rupanya anak mak tu orang Siam jaga,"

"Hang ingat ni cerita filem? Amar Akbar Anthony? Kalau bab mengarut memang boleh kat hang,"

Lamunan aku terhenti bila aku dengar pagar rumah di buka. Dah balik.

Aku siap-siapkan makan malam di atas meja dan aku masuk ke bilik. Malas nak bergaduh.

"Ibu, ayah dah balik kan?" tanya Noah, anak teruna aku yang sulung sambil dia menjenguk di depan pintu bilik.

"Hmm. Dah siap kerja sekolah ka?"

"Siap lama dah," Noah naik ke atas katil dan memicit kaki aku.

"Ada benda la tu nak mintak, tak dan ibu suruh picit, dah picit dulu,"

"Tak dak nak mintak apa-apa la. Saja picit. Noah tau ibu penat kan la ni?"

Aku pandang Noah. Mungkin Noah dah tahu.

"Mana ada ibu penat. Pandai la dia main teka,"

"Tak pa, ibu. Noah nak ibu tau, apa pun jadi, Noah dengan adik-adik tetap dengan ibu,"

Pintu bilik di buka. Razlan di depan pintu.

"Dah pukul berapa yang tak reti nak tidur lagi??? Keluar! Aku penat!"

Noah terus keluar dari bilik, meninggalkan aku dengan Razlan.

"Cakap tu kalau tak menengking tak boleh ke?"

"Tak payah nak membebel boleh tak? Aku penat ni,"

"Penat sudah,"

Menghadap handphone lagi bagus dari aku menghadap manusia panas baran ni.

Betul kata orang, anak-anak akan ikut acuan yang dibentuk dari ibu bapa. Perangai Razlan memang tak saling tumpah dari ibu bapa dia. Angkuh, baran, penting diri.

Masa awal perkahwinan aku dengan Razlan, awal-awal lagi ibu dia berpesan,

"Kalau boleh you guys tangguhkan dulu nak ada anak tu. Plan. Go for your honeymoon, kumpul duit,"

Alaa. Manusia, merancang boleh la. Yang tentukan, Allah Maha Besar. Tak lama lepas dapat titah 'Seri Paduka Ibu Mertua', aku mengandung. Seronok, Tuhan saja yang tahu. Tapi, ada pihak yang tak suka.

Selama ni aku ingat watak Nyonya Mansur tu cuma khayalan P.Ramlee, rupa-rupanya memang wujud. Lepas ibu mertua aku dapat tahu yang aku mengandung, mengamuklah dia bak Hang Jebat mengamuk di istana.Tapi tak adalah sampai berkeris bersilat bagai. Senjata dia, mulut.

"Mama dah pesan awal-awal. PLANNING! But see! Dah cukup duit ke nak besarkan budak tu?! Bebal kampung jangan bawak sini boleh tak?!"

Ya. Aku budak kampung. Budak kampung yang buta dengan 'cinta'. Konon sanggup sehidup semati, apa pun halangan meskipun lautan api sanggup ku renangi untuk hidup bersama.

Pfftttt!

Aku tahu, mama sanggup setuju dengan pernikahan kami sebab pada waktu itu, mereka tengah dalam perbincangan untuk tubuhkan satu agensi pelancongan. Sijil-sijil kemahiran yang aku ada, memang sangat-sangat diperlukan untuk tubuhkan agensi tersebut.

Nah, aku ditipu hidup-hidup satu keluarga. Satu tepukan gemuruh untuk hidup seorang Dian. Konon Razlan cintakan aku.Aku sanggup bertahan, sanggup pertahankan 'cinta' kami.

Sepanjang aku mengandung, segala kata caci makian aku terima dari mama. Aku telan walaupun pahit. Tapi pahit yang aku telan, telah binasakan anak di dalam perut. Anak syurga. Anak yang akan tunggu aku di syurga kelak.

"See? Anak tu pun tak mahu ber ibu kan orang bebal macam kau. Dia tahu kalau dia hidup, susah hidup dia,"

Pesan mak aku pegang erat-erat,

"Jahat macam mana pun mak mertua kita, ingat, dia tetap mak. Doa dia sama dengan doa mak kandung. Layan macam mana hang layan mak. Jangan melawan,"

Sebabkan aku pegang kata-kata tu, 'Nyonya Mansur' ni lagi mendera batin aku.

Tak lama lepas keguguran, aku mengandung lagi. Kali ni aku nekad, apa yang mama cakap, aku tak nak telan. Aku nak muntahkan balik. Allah ada dengan aku.

"Dian tak tidur lagi kan? Abang nak cakap something dengan Dian,"

"Ada apa?"

Hati aku berdebar. Kalau dia nak ceraikan aku, memang aku akan terima dengan hati terbuka. Tapi nada suara, aku tak rasa dah tiba masanya.

"Abang nak Dian sign surat ni,"

"Surat apa?"

"Sign saja lah!"

"Saya nak tau jugak ni surat apa,"

"Abang nak beli kereta. Jangan banyak tanya boleh tak?"

"Kita mana ada duit nak beli kereta!"

"Alaaa. Yang tu abang dah settlekan,"

"Apa yang abang dah settlekan?"

"Kenapa saya pulak yang kena sign?"

"Sebab nama Dian la Dian kena sign!"

"Kejap. Saya tak kerja. Saya tak ada slip gaji. Jangan cakap abang palsu.."

"KAU JANGAN BANYAK CAKAP BOLEH TAK?! SIGN JE LAH! KALAU TAK KARANG.."

"Karang apa? Abang nak ceraikan saya? Silakan. Itu yang saya nak,"

Kesabaran aku dah menipis. Kerja haram yamg dia buat! Menipu! Penipu!

"Cerai?!Hahahah!! Kau kena ingat satu, aku ceraikan kau, segala nafkah anak-anak memang aku takkan bagi. Aku akan buat kau buruk depan hakim mahkamah. Kau rasa hakim percaya siapa?"

Anak. Sebab anak-anak aku bertahan. Luluhnya hati aku, bukan retak menanti belah dah ni. Dah pecah berderai, dan kalau dicantum balik pun, memang tak sempurna.

Sebab aku tahu kalau di mahkamah, memang aku akan hilang anak-anak aku. Mama akan masuk campur. Dengan pengaruh yang mama dan Razlan ada, siapalah aku yang kerdil ni.

Aku tandatangan dokumen 'jahanam' tu dan aku tutup diri aku dengan selimut. Berfikir tentang masa depan aku yang makin kelam dengan suami 'durjana' macam ni.

Aku buka mesej yang di hantar Jay.

-Saya sihat. Awak sihat?

-Sihat. Tak sangka awak still ingat birthday saya after these years. Lama tu.

-Hahah. Mana saya pernah lupa birthday awak.

-Saya sendiri pun selalu sorok birthday Tak pernah harap pun orang wish. Awak pulak ingat lagi. Terharu.

-Moga tahun ni menjadi tahun yang paling indah untuk awak dan family

Agak-agak telepati kita kuat lagi tak macam dulu, Jay? Ka dah berkarat sebab dah 30 tahun tak guna?

-Dian okay? Bahagia?

Sumpah aku rasa nak menangis sekarang.

DIANWhere stories live. Discover now