Bab 8

3 0 0
                                    

Dah kenapa tiba-tiba call aku ni? Mak mertua aku ni dah buang tebiat dah ke? Nak angkat ke tak. Nak angkat ke tak.

"Angkat ja, Dian. Mak nak dengaq jugak dia nak cakap apa,"

Aku mengangguk.

"Assalammualaikum mama,"

"Hmm. Bahagia kau dekat sana? Tempat kau kan,"

Aku bagi salam elok-elok, dia tak jawab. Ingat call nak mintak ampun sebab dah nak kiok ke apa ke. Call rindu nak maki dah ni aku rasa.

"Bahagia jugak la. Ada apa mama tiba-tiba call?"

Terdiam sekejap mak mertua aku bila dengar jawapan aku. Mak dekat sebelah dah tampar peha aku. Jangan kurang ajar.

"Aku nak kau balik sini. Kau sedap-sedap dekat sana, laki kau dekat sini dah macam orang mati bini. Kalau mati betul, boleh jugakla aku carikan yang baru untuk dia. Ini hidup lagi, menyusahkan dah pulak tu. Kau urus apa yang patut, minggu depan aku nak tengok kau dah ada dekat sini,"

Anak beranak sama gila! Suka hati halau aku, suka hati panggil aku!

"For your information, saya dah banyak kali mintak Razlan lepaskan saya. Ceraikan saya. Dia yang tak nak. It is your son, he's the one doesn't want to let me go. It is your son ,who decided to torture me living with him and with your damn family. I'm done here, mama. I'll go home when I want to go home. Assalammualaikum,"

Aku matikan panggilan terus.

Mak pandang aku sambil terlopong.

"Kamu mencarut apa dekat dia?"

Aku tergelak.

"Mak tau dak, Dian praktis dialog tu dah dekat 10 tahun lebih. Tunggu masa nak cakap depan-depan ja. Hahaha!"

Apa ayat yang aku cakap dengan mak mertua aku tu, dah lama aku karang dalam kepala otak. Bukannya aku tak tahu nak speaking-speaking ni. Aku pernah kerja dengan mat saleh. Aku tahu lah basic speaking ni. Family mertua aku je ingat aku ni kampung macam katak bawah tempurung.

Duh! See the leg la. Ini kalau mak mertua aku ada depan, memang aku blah dari situ sambil flip tudung. Aku geram lama sangat dah. Aku simpan dah nak bernanah hati aku ni.

"Tapi dia tetap mak mertua kamu macam mana pun. Mana boleh cakap macam tu. Cakap elok-elok. Mak taktau bahasa omputih ni, tapi bila mak dengaq lenggok kamu bercakap tu, mak tau kamu marah,"

"Dian tak larat dah mak. Tak larat nak kena maki dengan anak beranak tu. Razlan dengan cara dia. Mama dengan cara dia. Start dari dia jejak kaki dalam keluarga depa, takdak satu hari pun hati, telinga Dian aman,"

Aku tunduk sebu. Sikit-sikit pasal keluarga Razlan, aku cerita dekat mak. Aku dah tak nak tanggung sorang-sorang.

.....

- Dian, betul saya dah tak sabaq nak balik Malaysia ni. Saya nak jumpa awak.

- Hahaha. Rileks dulu. Jangan kelam-kabut sangat. Saya pun dah tak sabaq nak jumpa awak.

- Lepas saya setelkan semua hal dekat sini, saya balik naa. Awak tunggu saya okay?

- Awak pun tunggu saya naa.

Untuk dapat kebahagiaan yang susah untuk aku dapat, tak salah kan cara macam ni? Bahagia aku dah depan mata, tunggu nak digapai tapi rasa jauh. Sebab dikaki aku ada gari. Gari derita yang dah berkarat, yang dah sebati dengan aku. Yang kalau aku nakkan bahagia tu, aku kena potong kaki yang digari. Mungkin kudung dan tempang selepas tu, tapi kalau itu yang boleh buat aku bahagia, aku sanggup.

....

"Besok abang balik kampung, ambil Dian dengan anak-anak,"

"Buat apa? Dian takmau balik. Dian nak duduk sini,"

"Kalau aku cakap balik, balik je la! Yang kau pergi cakap yang bukan-bukan dengan mama tu dah kenapa?? Tak pasal-pasal aku kena ambil kau balik,"

"See? Bukan abang pun yang nak kami balik, tapi mama yang nak. Nak buat apa lagi? Tak habis-habis nak seksa Dian dengan anak-anak lagi??"

"Kalau kau tak balik, mama tak nak bagi aku job dekat company!"

"Apa kaitan Dian dengan company mama?? Apa kaitan Dian tak balik dengan abang tak dapat job?"

Okay. Aku dapat agak.

"Oh. Okay. I go it. Nak gunakan Dian lagi? Tak cukup 19 tahun buat Dian merana? Habis semua benda abang dengan keluarga abang tarah Dian, kikis Dian, sampai dah takdak apa dekat Dian. Nothing, abang. Nothing!"

"Kau jangan cakap banyaklah! Kemas barang. Dah! Orang cakap sepatah, bukan nak ikut," Klik.

Razlan matikan panggilan. Aku picit kepala. Sakit. Aku penat!

"Ibu, ayah ke call tadi?"

Noah berdiri di depan pintu. Muka nampak sugul.

Duhailah anak.

Aku mengangguk. Noah duduk dan menyembam mukanya di peha aku.

"Ibu, boleh tak kalau ibu dengan ayah bercerai je? Noah tak tahan tengok ibu asyik menangis, kena sabar dengan perangai ayah. Noah mintak ibu janganlah bertahan dengan ayah sebab kami,"

Aku usap kepala anak teruna aku. Rasa macam baru semalam aku gendong Noah. Rasa sebu dalam dada.

Anak yang sepatutnya kami semai dengan benih kasih, benih cinta, yang kami patut manjakan tanpa sebarang drama air mata, tapi sekarang meronta di dalam. Terkurung dengan perasaan kasih akan ibu, derita akan ayah.

Aku biarkan soalan Noah tanpa dijawab. Sebab aku sendiri tak tahu apa jawapan tepat untuk soalan itu.

DIANWhere stories live. Discover now