Bab 4

7 0 0
                                    

Kalaulah Razlan secekal Fadlan.

Kalaulah Razlan betul sayangkan aku.

Kalaulah itu. Kalaulah ini.

Dalam hidup aku, kalau banyak main peranan. Peranan yang dapat bagi aku bahagia walaupun kejap dalam imaginasi.

Macam orang gila. Tapi biarlah.
Kalau dah macam tu cara yang boleh aku bahagia.

Fadlan, adik ipar aku yang nekad bawa isterinya, Linda, keluar dari rumah neraka selepas bertalu-talu di 'dera' ibu mertua aku.

Linda ni jenis yang agak kuat melawan. Kan bagus kalau aku pun macam dia. Tiap-tiap hari boleh dikatakan dia akan bergaduh dengan ibu mertua aku ni. Bukan tak hormat, tapi bila selalu di maki, di hina, mana ada manusia cerdik yang boleh tahan. Aku je yang bodoh tahan caci maki ni.

"Kak Dian, melawan la bila mama keji caci maki Kak Dian. Ini Kak Dian senyap je. Lin rasa berbulu bila tengok,"

"Takpa lah, Lin. Mak mertua pun macam mak kita jugak. Kena hormat sama macam kita hormat mak kita sendiri,"

"Tapi, kalau jenis yang perangai macam pelesit tu tak payah lah. Yang jenis ingat harta boleh bawak masuk kubur. Dia ingat emas dia yang berkilo-kilo tu boleh buat ikat kapan dia la kot. Tu yang bongkak macam ape lagi,"

Tergelak aku dengar Linda membebel. Itu kali terakhir aku dengan Linda.

Kemuncak yang membuatkan Rizal bawa Linda keluar dari rumah, bila Linda bergaduh teruk dengan ibu mertua kami, dan ketika Linda lari masuk ke dalam bilik, ibu mertua aku ambil peluang dengan menghempas pintu bilik ke tangan Linda yang di bingkai pintu.

Aku yang kebetulan ada di dalam bilik pada waktu itu, terus menghubungi Fadlan untuk cepat balik.

Aku masuk ke dalam bilik Linda, tengok dia dah tersandar di hujung katil sambil menangis memegang tangan. Jari-jari Linda kebiruan dan aku rasa jari-jari dia patah. Aku cepat-cepat ambil kain untuk membalut tangan Linda. Aku tertunduk menangis.

"Kak Dian, kenapa menangis. Linda okay la,"

"Awat mama kejam sangat? Awat? Hina sangat ka jadi miskin? Hina sangat ka kita?"

"Ala. Kak Dian. Anggap tu dugaan Allah bagi. Sebab Allah sayang kita. Mama jadi macam tu sebab dia nak yang terbaik untuk anak-anak dia. Tapi tu lah. Dia tak sedar yang semua tu takdir Allah. Lagipun, dia patut bersyukur tau Kak Dian kahwin dengan abang Fadlan yang tak hensem tu,"

"Kamu ni sempat lagi. Sakit dak?"

"Sakit sampai tak rasa sakit, kak,"

"Sabaq sat na. Satgi Fadlan sampai. Akak call dia dah,"

Linda mengangguk. Berpeluh dia menahan sakit. Lagi lajulah air mata aku.

"Lin,"

Fadlan berada di depan pintu.

"Kenapa ni Lin?"

"Tersepit pintu, bang,"

"Takkan lah,"

"Iya,"

"Kak Dian,"

Aku tunduk. Sebab aku tak reti nak menipu! Aku tak nak hancurkan hubungan mak dengan anak. Aku takut dosa.

"Kak Dian, tolong cerita dekat Fadlan. Apa dah jadi?"

"Abang. Jangan tanya Kak Dian. Tak pe. Lin cerita,"

Selama ini Fadlan rupa-rupanya tahu tentang apa yang mak dia dah lakukan pada Linda, pada aku. Dah berkali dia ajak Linda keluar dari rumah. Tapi Linda masih bersabar. Kali ni mungkin tahap kesabaran Linda dah hilang, diceritakan apa yang terjadi tadi kepada Fadlan. Rizal

"Kak Dian, tolong tengokkan Linda kejap,"

"Fadlan nak buat apa?"

"Fad nak packing baju kejap,"

Fadlan mengambil beg pakaian, diisi pakaian Linda dan dia.

"Kak Dian, Fad kalau boleh nak bawak Kak Dian sekali keluar dengan kami. Tapi tak boleh. Fad nak Kak Dian cakap dengan abang Lan, bawak Kak Dian keluar dari neraka ni,"

"Fad mintak ampun mintak maaf kalau selama ni Fad ada sakitkan hati Kak Dian. Halalkan segala makan minum Fad dengan Linda. Kirim salam dekat Abang Lan nanti,"

Aku peluk Linda. Aku sememangnya sokong dengan tindakan Fad bawa Linda keluar dari rumah tu.

"InsyaAllah, umur panjang, kita jumpa lagi Kak Dian,"

Aku mengangguk. Sebak nak bercakap. Aku berdiri di birai tangga. Takut untuk turun. Kedengaran ibu mertua aku memekak di bawah.

"Pikir panjang dah nak keluar rumah ni? Once you step out from this house, jangan mimpi aku nak bagi masuk balik,"

"Its okay, ma. Ampunkan Gad, halal makan minum Rizal dengan Linda. Satu je doa Fad, moga mama jumpa hidayah Allah. Moga mama sedar that everything that you did to us, is wrong. Totally wrong.Papa, Fad pergi dulu,"

Fad terus keluar tanpa pandang ke belakang. Nekad.

"Selfish! Ignorant!! Bodoh!! Awak tengok je anak awak keluar?!"

"Biarlah dia. Nanti dia rasa lah hidup dekat luar tu susah macam mana. Nanti baliklah dia merangkak masuk rumah ni minta tolong kita," ujar bapa mertua aku. Memang sama bongkak dengan isteri dia.

Hampir 12 tahun aku tak dengar apa khabar berita dari Fadlan dan Linda. Terus hilang. Pernah aku bertanyakan Razlan tentang Fadlan,

"Entah hidup, entah mati. Lantaklah dia,"

Razlan memang tak pernah ambil peduli tentang hal adik-beradik dia. Bukan takat adik-beradik, bini dengan anak-anak pun dia macam tu jugak.

Razlan dengan hal dia. Pernah dulu, dia taksub dengan ajaran ilmu kebal. Konon kena tikam, kena tembak tak lut, tak luka.

Kebal konon. Izrael kirim salam, mahu tercirit jugak dalam seluar tu. Pfftt.

...

- Death is not the last way, Jay. Banyak lagi benda yang awak boleh buat untuk bagi awak bahagia.

- Dian, anak-anak is my happiness. Tapi saya tak dapat nak dekat dengan kebahagiaan tu. Ayah saya pernah bagitau, jangan dekat dah dengan perempuan tu. Perempuan tak elok kata ayah. Rupa-rupanya di belakang saya, dia main jantan. Curang. Tuhan tak adil dengan saya.

-Tuhan tu Maha Adil, Jay. Mungkin Tuhan nak tunjuk awal-awal yang dia bukan untuk awak. So that awak tak terus sakit. Sebab tu awak berpisah dengan dia.

- I don't know, Dian. Sakit. Sangat. Susah sangat ka nak bahagia? Mahal sangat ka harga bahagia tu?

Harga bahagia.

Berapa banyak yang perlu aku gadai, aku cagar nak dapat bahagia tu?

Soalan kau ni Jay, susah untuk aku jawab.

DIANWhere stories live. Discover now