Geram.
Rasa nak curah minyak goreng yang tengah panas menggelegak ni dekat jantan ni.
"Kau tak nak balik? Fine then. Duduk mereput dekat sini. Aku suruh mama datang sini jemput kau,"
Kecik besar kecik besar aku tengok jantan besar gajah ni.
"Silakan. Ada saya kisah?"
Kali ni aku tengok Razlan seakan tersentak dengan aku.
"Hang dok sini sampai bila Razlan?"
Fitri menyampuk dari belakang. Serius kau kena berterima kasih dekat Fitri. Kalau tak memang kau aku goreng dalam kuali ni. Biar jadi cucur gajah.
"Tengoklah. Sampai orang ni nak balik la kot,"
"Kan saya dah bagitau saya takmau balik. Nak balik, pi la balik,"
"Kau ni..."
"Saya tengah dok goreng cucoq ni. Minyak tengah panaih elok ni,"
Aku ketuk kuali dengan sudip. Aku memang redha dah ni kalau masuk berita muka depan.
Razlan berundur.
"Aku cakap mama, kau tak nak balik lagi. Nak settle apa yang patut. Bulan depan aku datang ambil. Aku balik dulu. Panas rumah ni,"
"Halah, macam dekat rumah tu ada aircond,"
Aku nampak Razlan bersalaman dengan mak sebelum dia pulang. Bagus. Aman dunia aku.
"Kak Dian, bulan depan dia kata nak mai ambik, kak mau ka?"
"Tak mau lah. Akak nak dok sini. Sampai mati,"
Fitri diam seribu bahasa. Aku hidangkan cucur udang dekat atas meja makan.
"Mak! Siap dah. Mai makan,"
"Razlan balik dah tu,"
"Biaq pi kat dia la mak. Dok main ugut-ugut nak suruh mak dia mai sini. Macam la mak dia nak mai rumah macam reban ayam ni,"
"Hmmm,"
Aku tahu mak sugul dengan situasi aku dengan Razlan. Tapi apa boleh buat. Aku dah betul-betul tawar jati dengan dia. Sangat-sangat. Bahagia yang dah lama hilang.
"Ibu! Ayah mana?" jerit Luthfi dari pintu dapur.
"Ayah dah balik. Mai makan dulu. Basuh tangan tu,"
"Alaaaa. Tak sempat nak jumpa ayah,"
Luthfi dah menyebik nak menangis. Aku dah sebak. Nak balik, tapi anak tak jumpa dulu. Terus balik.
"Ayah busy. Kelam kabut balik sebab ada orang cari tadi. Dia suruh paksu pelukkan Luthfi untuk dia. Mai sini,"
Fitri peluk erat-erat Luthfi. Anak aku yang seorang ni senang dipujuk. Peluk, dan suap makanan. Clear.
....
Selesai solat, aku berteleku di sejadah. Muhasabah diri. Mungkin apa yang berlaku ni, ada hikmah dia. Tuhan nak uji aku dan anak-anak. Tuhan nak uji Razlan yang abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah.
Aku dapat rasa yang hati aku makin keras. Aku usap dada sambil baca Al-Insyirah. Senjata aku sejak dari dulu. Tapi kebelakangan ni aku lupa nak amalkan. Mungkin sebabkan tu, hati aku keras. Aku mula melawan semua.
Bukan fitrah aku melawan orang. Bukan perangai aku suka mentakitkan hati orang. Mak ajar aku untuk banyak bersabar. Tapi sabar tu makin lama makin dihakis.
...
"Mak, orang keluar kejap. Nak jalan-jalan,"
"Hah. Elok-elok. Budak-budak tu pun hilang pi mana entah,"
"Fitri bawak depa pi jalan pekan. Fitri tak habaq kat mak ka?"
"Hah ya. Lupa dah. Nyanyuk tua-tua ni,"
"Tua bergetah tak pa. Hahahaha. Pi dulu mak,"
"Ya lah,"
Diri aku rasa kosong waktu ni. Jiwa aku hilang. Hilang semangat.
"Dian! Nampak laki hang haritu. Hang tak ikut balik ka?" tegur Mak Cik Liah. Nampak saja makcik bawang seorang ni.
"Dak. Dia balik sorang. Ada gheja. Kami jalan dulu na,"
"Hah. Ya lah. Sejak-sejak dok KL, menyembang pun takmau,"
Ikut hang la Mak Cik Liah oi. Aku tinggal Mak Cik Liah terkebil sorang. Malas nak layan.
Aku nampak sekolah aku dulu. Terus memori aku dengan Jay menyerbu masuk. Sebak dada. Mungkin aku rindu.
"Eh. Abang Din! Jaga sekolah lagi ka?"
Abang Din, pak guard sekolah dari zaman aku sekolah. Dah bercucu apa sekarang ni.
Abang Din tenung aku sebelum dia dapat cam muka aku.
"Apa nama hang ni. Alaaa. Hat dok main baseketbol dulu ni. Alaaaa,"
"Dian, Abang Din,"
"Haaa. Dian! Sihat ka? Anak berapa dah?"
"Tiga dah, bang,"
"Alhamdulillah. Hang dok sini ka la ni?"
"Aah. Anak saya sekolah sini la ni,"
"Ya ka. Nak masuk dalam dak? Pi jalan-jalan. Lama tak mai kan. Tengah cuti sekolah ni tak dak sapa kat dalam,"
"Boleh ka?"
"Apa pulak tak boleh. Pi la. Abang kat sini ja. Tak dapat nak teman masuk,"
"Takpa. Takpa. Saya masuk sat na,"
"Hah. Pi pi,"
Sekolah masih sama. Bangunan saja bertambah. Aku menuju ke court basketball. Masih sama.
Aku duduk di bangku besi tepi court. Sayunya hati. Kalau aku dapat putarkan balik masa. Kalau aku dapat luahkan apa yang terbuku. Air mata aku mengalir. Berat aku rasa.
"I miss you,"
Suara yang dah lama aku tak dengar. Suara yang sama. Cuma garau seiring umur. Tapi masih aku dapat kenal. Aku toleh ke kanan.
Dia yang duduk di bangku sebelah. Dia yang aku rindu. Tapi rindu yang tak boleh aku pupuk. Rindu yang terlarang selagi aku diikat. Selagi aku dibiar tergantung dengan tali di kaki.
"Awat menangis? Saya rindu awak,"
Jay.
YOU ARE READING
DIAN
RomanceKisah hidup yang tak sentiasa indah. Tapi selepas hujan, pelangi selalu ada. Sentiasa.