"Saya tak mimpi kan?"
"Dak. Saya dah balik,"
"For good?"
"For good,"
Air mata aku makin laju mengalir. Rasa nak aku luahkan semua yang ada dalam hati.
"Jangan menangis. Saya dah balik. Saya dah dekat sini. Dekat dengan awak,"
Dekat tapi jauh. Jauh dari segala-galanya.
Aku bingkas bangun bergerak keluar dari situ."Dian,"
"Saya.. Saya masih ada suami. Anak-anak. Jay.. Suami,"
Aku terus tertunduk dan terduduk sambil menangis. Kesal dengan diri sendiri. Kesal dengan diri sendiri yang masih hidup dalam kenangan lama. Kesal dengan diri yang mengharap kasih dari orang jauh. Kesal dengan diri yang biar diri sendiri hanyut dalam kenangan sehinggakan rindu yang selama ini yang dipendam dan diharapkan, muncul dengan tiba-tiba. Pada waktu yang tidak dijangka.
Jay melutut di depan aku.
"Jangan menangis, Dian. Saya dah balik. Saya sanggup tunggu awak. Lama mana pun, saya sanggup,"
"Tapi saya tak boleh,Jay. Tak boleh. Lupakan saya macam mana kita dulu,"
"Macam mana saya nak lupakan kalau selama ni saya hidup, saya bertahan dengan kenangan kita?"
Lagi laju air mata aku sampai aku rasa tersedu-sedan sekarang. Kenangan kita. Kenangan berpuluh tahun dahulu, Jay. Apa aku dah buat ni?
Aku bingkas bangun dan berlari keluar dari laman sekolah. Sayup terdengar suara Jay memanggil nama aku tapi aku tak peduli. Aku tak nak hidup dalam kenangan walaupun jauh dalam lubuk hati, itu yang aku harapkan.
Sambil aku berjalan pulang ke rumah, dalam saat itu jugak aku nekad. Nekad untuk berpisah dengan Razlan. Dan Jay. Walaupun secara zahirnya, aku tidak dengan Jay, tapi hati aku. Tali merah yang mengikat hati aku dengan Jay, harus aku potong. Demi kebahagian aku. Dan anak-anak.
Tanpa sedar, aku lajukan langkah aku sehingga ke rumah.
"Mak! Mak!"
"Kamu pasai pa dok menjerit mak mak tu? Mak kat dapoq ni hah!"
Aku ke dapur dan aku terus sampaikan apa yang di fikiran aku sejak tadi.
"Mak, besok Dian nak pi mahkamah,"
"Kamu nak saman sapa pulak, Dian? Kena sampuk dek jin bendang ka apa dia ni?"
"Dak. Serius ni. Besok Dian nak pi mahkamah. Dian nak pi tuntut fasakh. Dian tak mau dekat Razlan dah. Dian dah tak sanggup nak hidup dalam dosa. Dian tak mau dah. Mak, tolong Dian.."
Aku menangis teresak2 di kaki mak. Untuk sekian kalinya aku rasa lemah depan mak. Tapi aku kena kuat. Untuk semua. Mak tepuk belakang aku.
"Takpa. Kalau itu keputusan Dian, mak ikut saja. Besok kita pi," Aku menangis di riba mak.
Selesai solat isyak, aku capai handphone dan ada notification dari Whatsapp.
Jay.
- Dian, kenapa awak lari dari saya tadi? Awak dah tak nak dekat saya dah ka? Saya balik semata-mata nak jumpa dengan awak. Saya rindu sangat-sangat.
Aku mengeluh.
-Jay, yang awak rindu tu bukan saya. Tapi bekas isteri awak. Awak masih sayangkan dia. Saya ni sekadar tempat umtuk awak mengadu nasib. Jangan keliru antara cinta dan simpati.
- Saya tahu beza cinta dan simpati, Dian. Perasaan yang saya ada untuk awak ni, cinta. Cinta yang saya pendam dari dulu.
- Tu bukan cinta. Bukan cinta. Maafkan saya, Jay. Saya tak mampu nak bagi cinta yang awak harapkan. Awak harapkan pada orang yang salah. Saya masih bersuami. Haram bagi saya mengharapkan cinta, apatah lagi terima cinta dari yang bukan siapa-siapa. Cukuplah takat ni. Maafkan saya kalau saya bagi awak harapan. Tak terniat saya nak bagi harapan dekat awak.
Kali ni, betul-betul selamat tinggal Jay. Terima kasih dengan semua kenangan. Aku kena berpijak pada bumi yang nyata. Pada bumi Tuhan yang satu. Aku takut dosa yang terampun ni, bumi Tuhan ni nanti yang akan menghimpit aku di alam sana nanti. Sehingga bertemu dua rusuk kiri dan kanan. Tak tertanggung azab.
....
Prosiding berjalan dengan lancar. Peguam syarie kenalan Fitri banyak membantu aku dalam proses tuntutan fasakh dari Razlan. Dan waktu yang sama, Allah bukakan dan lembutkan pintu hati ibu mertua aku yang selama ni keras seperti batu. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.
"Mama nak mintak maaf sangat-sangat dekat Dian. Mama tau dosa mama selama ni memang tak terampun. Banyak dosa yang mama dah buat dekat kamu dengan anak-anak kamu. Banyak sangat. Maafkan mama, Dian,"
Ibu mertua aku menangis sambil memeluk erat aku. Aku tanpa respon hanya biarkan pelukan tua itu. Hati aku dah mati untuk terima dia semula. Tapi pada masa yang sama aku bersyukur, Allah temukan dia dengan pintu taubat sebelum Izrael memberi salam.
Selepas beberapa lama, akhirnya Razlan seruju untuk menceraikan aku dengan talak satu. Di depan hakim jugak aku terus sujud syukur. Syukur untuk semuanya.
"Beria sujud syukur bagai. Bahagia sangatlah aku dah ceraikan kau ni? Boleh lah nak menjalang dengan jantan kiri kanan?"
Aku hanya lemparkan satu senyuman yang cukup bahagia kepada Razlan. Persetankan dengan bahasa dia yang memang niat menyakitkan hati. Tiba-tiba ada satu tamparan hinggap ke pipi Razlan.
Mak!"Aku bagi anak aku kat hang dulu, suruh hang jaga elok-elok. Bagi dia cukup makan, cukup pakai, cukup rasa cinta sayang semua. Tapi hang buat anak aku macam kuli hang! Hang dera dia luaq dalam, hang seksa dia macam-macam. Aku selama ni pendam ja sebab pikiaq Dian. Kalau tak pikiaq dia ka, aku rasa lama dah aku jerumuih kepala hang dalam tali ayaq belakang rumah nuh! Hidup kot lah nak beradab macam manusia, makin lama makin macam binatang!"
Razlan terkejut dengan tamparan mak sampai terjegil biji mata.
"Hang jegil pa? Nak aku boh lagi ka??"
"Razlan! You are being rude right now. Let them be. Saya mintak maaf, kakak. Saya mintak halalkan segala makan minum Razlan selama dia jadi menantu kakak. Maafkan saya selama ni saya bongkak. Maafkan saya kakak,"
Razlan ditarik pergi oleh mama dan papa. Aku dapat rasakan ketidakpuashatian dalam tenungan dia. Seakan-akan mengugut. Tapi biarlah.
I'm freeeeeeeeeeeeeee! Alhamdulillah!
YOU ARE READING
DIAN
RomanceKisah hidup yang tak sentiasa indah. Tapi selepas hujan, pelangi selalu ada. Sentiasa.