Dah hampir 3 bulan anak-anak aku bersekolah di sini. Dah serasi dengan kehidupan dekat sini. Aku bersyukur walaupun anak-anak aku dibesarkan dekat bandar, tak ada sikit pun perasaan riak 'Aku budak bandar apa kelas main dengan korang budak kampung'. Sebab kalau ada, memang aku seligi kepala sorang-sorang. Pernah satu hari, Humaira menjerit-jerit dekat halaman rumah. Luthfi main lumpur. Berkerak anak aku dengan lumpur sambil tersengih. Allahu anak. Ibu yang orang kampung pun tak bergelumang dengan lumpur bendang.
Razlan? Seminggu sekali tak pun sebulan sekali baru dengar khabar. Tu pun sebab minta aku bank-in duit. Anak-anak langsung dia tak tanya khabar sihat atau tak. Noah dengan Humaira mungkin faham dengan apa yang berlaku sekarang, yang aku risaukan Luthfi.
"Ibu, ayah mana?"
"Ibu, video call la ayah,"
"Ayah dah tak sayang kita ke?"
Aku tak tahu nak jawab macam mana soalan yang last tu. Sebab aku tak rasa dia pernah sayang kan aku. Anak-anak, wallahualam. Allah saja tahu apa dalam hati dia yang tengah hitam sekarang.
...
- Saya sanggup tunggu, Dian. Lama macam mana pun saya sanggup.
- Saya still bini Razlan lagi. Saya tak tau bila Razlan nak lepaskan saya.
- Takpa Dian. It takes time to let go people. Especially people that they love.
- Used to love. Ataupun tak pernah langsung. Saya tak tau.
- Saya berpisah dengan bini saya dengan cara yang teruk. Teruk sampai dia tak bagi saya tengok anak-anak. Dia hina saya depan orang masa kami masih suami isteri. Badan saya, penuh parut kesan dia cakar. Orang keliling cakap saya takut bini. Saya tak takut, tapi saya takut dia sakit, luka kalau saya melawan. Tak sanggup nak tengok dia sakit sebab saya sayangkan dia.
- Teruk!
- Saya tak salahkan dia. Saya salahkan diri saya. Saya tak pandai cari duit. Saya tak pandai nak jaga makan minum dia. Last, dia cari laki lain. Laki yang dapat bagi dia semua benda yang saya tak dapat nak bagi.
- Mana boleh dia buat lagu tu! Tu nama dia curang! Dia masih isteri awak, tapi dia dok contact dengan laki lain!
Pappp! Aku seakan tersedar. Aku mengata bekas isteri Jay, tapi sebenarnya tu aku! Tapi... Tapi Jay baik! Bekas isteri Jay curang dengan lelaki yang baik! Aku tak curang. Aku nak rasa bahagia yang dah lama aku tak rasa.
Tak salahkan?
- Dian, I need you in my life back. I really need you. Saya nak bina hidup baru dengan awak. Saya nak beli rumah dekat kampung kita. Dekat rumah kita nanti, saya nak buat basketball court. Saya nak bina balik kenangan kita.
Kenangan kita.
...
"Mak mertua kamu tak call tanya khabaq kamu, Dian?"
"Dak pun. Orang rasa dia lagi suka. Mati ka hidup ka, bukan dia peduli pun. Janji tak kacau harta dia yang berkoyan tu,"
"Haish. Apa pi habaq lagu tu. Tak baik,"
"Dah tu nak habaq lagu mana lagi? Kami anak beranak merana, dia boleh buat tak tau. Yang dia tau, maki. Maki macam orang miskin yang lagi hina ni tak dak hati, tak dak perasaan. Elok la depa anak beranak. Perangai sama!"
Aku tak tahu mana kelembutan, kesabaran yang aku ada selama ini pergi. Hari ni, depan mak, aku hambur semua. Sabar aku dah menipis.
"Kita doa banyak-banyak, Dian. Doa bagi depa jadi orang yang baik. Mak tau hang susah dekat sana. Mak tau sangat. Tapi mak tak sampai hati nak tanya kamu lebih-lebih. Mak tau kamu takmau mak susah hati,"
"Mak tau?"
"Mak tau. Dari start mak mertua kamu mai rumah time merisik dulu, mak tau dah perangai dia macam mana,"
Aku kerut dahi tak faham.
"Dia pijak rumah kita macam lantai rumah kita ni kotoq sangat. Menginjit dia jalan. Mak hidang ayaq, langsung dia tak jamah. Geli dengan cawan buruk kita. Tapi mak pendam, sebab mak tau, kalau mak halang, kamu confirm sedih sebab kamu sayang Razlan,"
Ni baru first time aku dengar mak cerita pasal hal ni. Allahuakbar. Naluri mak. Mak tahu perasaan aku selama ni. Aku peluk mak sambil menangis.
"Orang dah tak tahan, mak. Dah tak tahan sangat. Apa dosa orang dengan depa? Salah ka kita miskin? Salah ka kita orang kampung?"
Mak tepuk perlahan bahu aku.
"Takpa, Dian. Allah sayang orang yang bersabaq ni. Dia tak pernah uji kita lebih dari apa yang kita mampu. Sabaq na,"
Hari itu, aku menangis puas-puas dalam pelukan mak.
YOU ARE READING
DIAN
RomanceKisah hidup yang tak sentiasa indah. Tapi selepas hujan, pelangi selalu ada. Sentiasa.