Bab Akhir

6 0 0
                                    

Aku mulakan hidup baru di kampung. Dengan mak. Anak-anak dah mula seronok kerana dah tak perlu tukar-tukar sekolah. Sekali sekala, bekas ibu mertua aku datang menjenguk cucu-cucu dia. Umtuk yang ini memang aku tak halang. Sebab sampai mati hubungan dorang takkan putus.

Cuma Noah dan Humaira lah yang rasa kekok bila tiba-tiba nenek yang jahat macam Mak Lampir dah jadi nenek mithali.

Jay... Sehingga sekarang dia masih memujuk aku untuk hidup dengan dia. Terima dia semula. Tapi hati aku sendiri dah mati untuk terima lelaki lain dalam hidup ni.

Aku tahu dia masih mengharapkan kasih sayang dari bekas isteri dia. Aku masih berhubungan dengan Jay sebagai seorang sahabat. Tak lebih dari tu. Dan takkan mungkin lebih.

Tak lama kemudian, aku terima berita yang Razlan dah berkahwin lain. Dengan anak kawan usrah mama dia. Berpurdah. Mula-mula aku risau, rosak anak orang kalau kahwin dengan Razlan. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik tu. Pada asalnya Razlan setuju untuk berkahwin semula disebabkan harta. Rupa-rupanya harta yang dimaksudkan adalah bakal isteri dia sendiri. Dan sekarang Razlan dipaksa ikut bapa mertua dan abang iparnya keluar sebagai tabligh. Aku hanya mampu berdoa moga berkekalanlah.

Adik Razlan, Fadlan yang dah lama menghilangkan diri pun dah munculkan diri semula. Linda datang ke kampung untuk menjenguk kami. Masa awal berjumpa, Linda nampak lain. Nampak sinar bahagia di muka dia.

"Kak Dian!" Linda lari keluar dari kereta dan memeluk aku erat.

"Congrats, Kak Dian. Congrats!"

"Awat pulak congrats ni?"

"Sebab dapat lepaskan diri dari dorang. Linda salute dengan Kak Dian. Kak Dian berani!"

"Oh. Haha. Taklah. Sepatutnya lama dah kena buat lagu ni. Mai masuk dulu. Kita sembang dekat dalam,"

Lama aku berbual dengan Razlan dan Linda. Mengimbau kenangan pahit manis semasa kami masih sebumbung.

"Kak Dian tak dak plan nak cari bapak baru ke dekat budak-budak tu?" ujar Linda sambil mengenyitkan mata.

Aku hanya mampu tersenyum.

"Rasa tak lah kot. Takmau dah la menikah lain. Kalau boleh, Kak Dian nak jaga mak sampai bila-bila,"

Fadlan hanya mengangguk perlahan.

...

Selesai Asar, aku termenung kosong di depan rumah. Handphone aku berdering.

Jay.

"Hi Dian,"

"Hi,"

"Jom teman saya jalan-jalan kejap,"

"Huh?"

"Saya dekat depan awak ni,"

Aku pandang ke depan, aku nampak Jay di hujung jalan masuk ke rumah sambil melambai.

"We need to talk,"

"Okay. Sat,"

Kami berjalan beriringan di tepi tali air.

"Dian,"

"Hmm?"

"Saya dah nak balik Australia,"

"Oh. Cuti habis dah ka?"

"Dak. Saya dapat kerja baru. Yang lama, saya resigned. Sebab ingat balik sini nak bawak awak dan anak-anak pergi sana sekali nanti,"

"Jay..."

"I know. I know. Tu plan saja. Saya nak jumpa awak ni sebab nak habaq yang saya dah nak balik sana. Dengan keluarga saya. Saya nak kahwin balik dengan ex-wife saya. Lusa pi daftar,"

"Oh really?! Congrats Jay!"

"Hehe. Thanks. Saya nak ucap terima kasih dekat awak ni, sebab sedaqkan saya masa saya bukan diri saya. Masa saya hanyut dalam kenangan. Betui kata awak. Saya masa tu dok keliru lagi antara cinta dengan simpati. Turns out apa yang saya rasa selama ni adalah simpati. Saya yang nak mintak simpati dari awak time saya tengah kosong dulu. Saya ingat saya boleh isi awak dalam ruang kosong tu,"

"Tapi saya salah. Awak yang sedaqkan saya. Terima kasih, Dian. Sebab jadi sahabat waktu saya 'hilang' dulu,"

Sahabat. Tu yang sebenar-benarnya siapa Jay kepada aku. Sahabat.

"Terima kasih dekat awak jugak. Sebab sudi jadi sahabat saya. Jujur saya habaq, kalau awak tak muncui dalam hidup saya dulu, saya mungkin dalam takuk yang sama. Masih mengenang nasib. Terima kasih, Jay,"

Aku dan Jay sama-sama merenung ke arah matahari terbenam. Tak semestinya 'terbenam' itu buruk. 'Terbenam' itu kadang-kadang titik permulaan. Permulaan ke arah yang baru. Supaya nanti bila 'terbit', akan ada sinar baru. Terbit sinar baru yang membawa kepada kebahagiaan hakiki selepas dari 'terbenam'nya derita semalam.

Dian.
Signed off.

DIANWhere stories live. Discover now