Bab 3

10 0 0
                                    

Aku teringat pertama kali Jay datang ke rumah.

"Dian! Ni member hang dok tunggu depan pintu!"

Indah, kakak sulung aku menjerit dari pintu depan. Berlari aku dari dapur menuju ke pintu. Sebab aku berlari, aku mana ada kawan pernah datang rumah!

"Jangan kasaq sangat! Carik jugak kebaya hang satgi!"

Mak pulak menjerit dari dapur.

Tercengang aku di depan pintu melihat 'member' aku tersengih-sengih di tangga. Dengan berbaju melayu warna biru gelap, lengkap bersampin.

Biar betik hang ni, Jay??

"Ajak kawan masuk tu. Segak kawan hang, Dian,"

Aku turun dari tangga dan memandang Jay atas bawah.

"Awak buang tebiat ka apa ni?"

"Awat? Pelik ka? Pakcik saya yang belikan,"

"Dak la. Okay ja. Okay. Okay,"

Hensem!

"Jom naik,"

Jay mengangguk. Mungkin sebab selalu bergaul dan membesar dengan Melayu, perangai dan kelakuan pun Melayu sangat. Lebih Melayu dari Melayu aku rasa.

Mak datang dari dapur sambil menatang dulang berisi cawan dan air sirap ais. Terliur pulak aku tengok air tu.

"Kawan Dian nama apa? First time ni Dian bawak kawan datang rumah,"

"Nama saya Jay, makcik,"

"Jay? Nama penuh apa? Jamal ka? Jahari ka? "

"Dak. Jirakit Puttichai Maethakawin,"

"Tu dia nama panjang. Siam ka? Makcik ingat Melayu tak sat. Allah. Hensem macam Hani Mohsin,"

Tersengih Jay bila dengar mak puji.

"Hehe. Takpa makcik. Biasa dah dengaq orang panggil saya Melayu. Kat sekolah pun kadang-kadang kerja kena marah dengan cikgu sebab tak bagi salam betui-betui. Hehehe,"

"Kan. Kira bukan makcik sajalah yang rasa macam tu kan. Hahaha. Makan lah. Yang ini ja mampu sedia. Tak mewah,"

"Banyak la ni. Makcik buat sendiri ka kuih?"

"Buat sendiri la. Takat makan kami anak beranak,"

Aku perhatikan Jay yang tengah meneliti kuih tat nenas gulung yang sama besar dengan ibu jari kaki.

"Besaqnya,"

Tak sempat aku bercakap, mak dah mencelah.

"Kalau hat besaq tu, Dian la punya kerja. Orang gulung haluih-haluih, dia pi bantai besaq tapak kaki dia,"

Aku tepuk dahi. Jay dah terkekek-kekek ketawa. Dia sumbat tat nenas yang sebesar alam tu ke dalam mulut. Penuh!

"Seh..dap.." Komen Jay sambil menutup mulut dengan tangan. Takut tersembur.

"Jay, makan pelan-pelan la. Kang tercekik kang. Jenuh,"

Jay tersenyum. Selesai beraya di rumah, aku mintak izin mak nak berjalan-jalan dengan Jay di bendang.
Baru aku perasan, kebaya aku dan baju melayu Jay, sama warna. Aku tersenyum sendiri.

"Awat?"

"Takdak apa lah,"

"Mesti sebab baju kita sama warna kan?"

Aku mengangguk. Aku dengan Jay berjalan seiringan, tanpa bercakap banyak. Macam tu lah seharian aku dengan Jay, sama ada di sekolah, ataupun lepak bersama. Tak banyak bunyi. Cengkerik lagi banyak bunyi.

Di umur 14 tahun, aku rasa bahagia.

...

- Dian okay? Bahagia?

Bahagia?

Aku bangun dari katil, aku pergi ke bilik Noah dan Luthfi, dan tidur bersama mereka. Lagi tenang aku rasa dari berada sebilik sekatil dengan lelaki yang dah buat aku lupa apa rasa bahagia.

"Ibu,"

"Sorry2. Ibu tidoq dengan Noah Luthfi ya malam ni,"

Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. Risau Razlan yang di pintu, tapi rupa-rupanya anak perempuan aku, Humaira, yang bersiri di depan pintu.

"Awat Ibu tidoq sini?"

"Mai sini, Humaira. Kita tidoq ramai-ramai dekat sini,"

Humaira berbaring di sebelah. Tak lama kemudian, Humaira dan Luthfi dah terlelap. Tinggal Noah yang masih lagi belum tidur.

"Ibu, ibu bahagia tak sekarang?"

"Awat tanya lagu tu?"

"Entah. Noah tengok, nenek orang lain tak garang pun macam nenek kitorang,"

"Garang? Nenek baik kan?"

"Hmmm,"

Mungkin soalan yang aku bagi dekat Noah tu, salah. Sebab Noah rasa disisihkan sejak dari kecil.

"Korang ingat duduk rumah aku, goyang kaki? Menyusahkan kau orang tahu?!"

Terkedu aku bila tengok Noah dan Humaira pada waktu itu yang baru berusia 7 dan 5 tahun, dipaksa untuk membasuh kereta di garaj. Hanya kerana mereka ber ibu kan aku, menantu yang tak sama taraf.

Razlan memang buat tak kisah dengan apa yang jadi di depan mata. Aku dihina, dicaci maki, langsung tiada reaksi. Yang aku pelik, ibu mertua aku ada satu kumpulan kawan-kawan yang terdiri daripada datin-datin mengaji al-Quran di rumah dia. Tetapi, masih lagu aku dicerca miskin hina.

Betullah, baca tanpa amalkan isi. Macam tu lah jadi. Dia fikir kain kapan dia nanti, diperbuat daripada kain Pucci Itali, keranda daripada kayu mahogani, segala harta yang dia banggakan, disumbat masuk dalam kubur. Chandelier 10 kaki yang jadi penerang dalam kubur.

Pffftt.

Kalau bukan sebab aku berpegang dengan kata mak, "Mak mertua tu macam mak kita. Hormat macam mana hang hormat mak", memang tak hingin aku nak menjunjung perintah ibu mertua aku tu.

Pernah satu ketika aku suap Noah dan Humaira makan, ibu mertua aku menjerit macam kena sampuk syaitan.

"Kau masak dalam rumah ni?! Busuk kau tau! Kau masak makanan kampung kau dalam rumah ni, nanti kawan-kawan aku datang cakap rumah aku bau kampung!"

"Eh sedar sikit! Kau tak layak langsung duduk dalam rumah ni! Kau bawak anak-anak kau masuk dalam bilik sekarang!"

"Kinah! Ambil benda-benda ni semua, basuh bersih-bersih!"

Kinah, pembantu rumah Indonesia ibu mertua aku yang perangai dua kali lima dengan majikan. Kaki mengampu, kaki report. Makanan yang aku tengah suapkan dekat anak-anak aku, dia ambil dan buang di dalam tong sampah.

Apa salah rezeki Allah dibuang macam tu rupa?

"Tercongok apa lagi?! Pergi berambus dari sini! Malu aku nak mengaku menantu. Selekeh!"

Tanpa bercakap banyak, aku kendong Noah dan Humaira naik ke atas. Mujur aku ada sediakan roti Gardenia di dalam bilik. Boleh buat alas perut anak-anak aku. Seakan faham dengan keadaan, Noah dan Humaira tak merengek sedikit pun.

...

- Saya bahagia. Awak?

- Hmmm.

- Awat?

- Saya rindu anak-anak.

- Anak-anak takdak dengan awak ka?

- Dengan ex-wife. Ex-wife saya block saya dari jumpa dengan anak-anak.

- Mana boleh dia buat macam tu?!

- Mungkin kalau saya mati, saya boleh selalu ada dengan depa. Mati satu-satunya cara. Itu yang saya pikir selama ni.

Mati bukan satu-satunya cara, Jay. Bukan.

DIANWhere stories live. Discover now