Mesej Jay aku baca berulang kali. Aku keliru. Keliru sekeliru-kelirunya. Aku biarkan mesej dia tak berjawab. Sebab aku tak tahu nak jawab apa. Sumpah tak tahu.
Aku letak handphone aku di tepi bila Razlan berjalan di hadapan aku menuju ke dapur. Ah. Agak lapar je turun. Kalau tak, 10 bulan duduk dalam bilik. Eloklah tu. Aku yang bela laki. Bukan laki bela aku anak-beranak. Nasiblah Dian. Dapat laki pemalas macam ni.
"Dian, nak balik duduk dekat kampung tak?"
Aku pandang Razlan. Laki aku ke ni?
"Abang tanya ni jawab je la,"
"Boleh ka?"
"Nak balik, balik je la. Nanti abang belikan tiket bas,"
Aku angguk. Aku malas dah nak ambil tahu apa agenda dia suruh aku balik kampung. Janji aku boleh balik jumpa mak. Aku terus bangun menuju ke dalam bilik, kemas baju. Baik buat cepat-cepat sebelum Razlan ubah fikiran.
...
"Assalammualaikum mak. Tengah buat pa?"
"Waalaikumsalam. Tak buat pa aih. Dok tengok tv. Awat?"
"Dak. Nak habaq, besok Dian dengan anak-anak balik kampung,"
"Hai, raya lambat lagi kot. Buang tebiat pa balik besok?"
"Saja. Rindu mak,"
"Hmmm. Ya lah. Sampai pukul berapa? Nanti mak suruh adik hang pi ambil dekat stesen bas,"
"Dalam pukul 6 pagi macam tu. Kami naik bas malam ni pkul 10,"
"Okay. Okay,"
"Okay. Nak habaq tu ja. Besok jumpa, kita kopek bawang lain,"
"Ya lah hang,"
"Assalammualaikum,"
"Waalaikumsalam,"
....
Sepanjang di dalam bas, aku banyak termenung. Tak dapat nak tidur. Banyak benda yang bermain di fikiran aku. Aku nak mulakan hidup baru dekat kampung nanti.
"Budak-budak punya pertukaran sekolah, abang dah setelkan. Dorang sekolah dekat kampung nanti,"
"Okay,"
"Dian tak nak tanya apa-apa ke?"
"Nak tanya apa lagi? Abang dah buang kami. Dian terima ja lah. Lagi okay, ceraikan Dian teruslah senang,"
"Kau dah kenapa asyik sebut pasal cerai?? Nak sangat ke tak berlaki??"
"Ada laki pun serupa macam tak ada laki. Kurang sikit dosa masing-masing,"
"Ah! Kau balik la duduk sana sampai aku panggil balik,"
Aku buka mesej-mesej Jay. Sebak aku rasa. Rasa yang aku tak dapat nak tafsirkan.
Sampai di stesen bas, aku nampak Fitri, adik aku yang bongsu berdiri di tepi parking bas sambil terjenguk-jenguk mencari kami.
"Paksu!!" Luthfi menjerit-jerit di dalam bas. Aku tekup mulut Luthfi bila ada penumpang yang menjeling ke arah kami.
"Haaa! Sampai dah! Turun-turun!"
Pemandu bas menjerit dari hadapan. Anak-anak aku berlari memeluk paksu mereka. Lama tak jumpa.
"Kak Dian sihat?"
"Lagu ni la. Kui tembun, tak nampak ka?"
"Hahaha. Alhamdulillah. Jom-jom,"
"Lama dah ka tunggu kat sini?"
"Sat ja. Jom lah. Mak tak sabaq dah tu,"
Aku perhati sekeliling. Jalan yang pernah aku dengan Jay lalu. Sekolah lama aku. Gelanggang tempat Jay dan aku lepak. Tali air di bendang. Banyak rupanya kenangan aku dengan Jay. banyak dari aku dengan Razlan.
"Satgi tengah hari kita pi tengok sekolah budak-budak ni na,"
"Sekolah?"
"Haah. Budak-budak ni sekolah dekat sini start Ahad ni,"
"Kak Dian,"
"Takda apalah. Kami still laki bini lagi,"
"Tapi awat..."
"Nanti Kak Dian cerita lain. Ada budak-budak ni,"
Aku perhati Noah dari cermin sisi. Banyak termenung. Maafkan ibu, Noah.
Sampai di rumah, aku terus peluk mak. Rindu yang aku pendam aku rasa dah sama dalam dengan Jurang Mariana dah. Lama aku peluk mak.
"Ni padia beg banyak-banyak ni?"
"Jom kita naik dulu. Nanti Dian cerita. Noah, Humaira, tolong paksu angkat beg letak dalam bilik,"
Aku bawak Luthfi masuk dalam bilik. Penat agaknya di dalam bas, Luthfi terus tertidur di atas katil. Tak lama kemudian, Noah dan Humaira dah join Luthfi.
Aku mengacau kopi di dalam cawan.
"Awat ni?"
"Aah. Awat ni kak? Kak Dian ada masalah ka dengan Abang Lan?"
"Entah. Dia tiba-tiba suruh kami anak-beranak balik kampung. Siap dah setelkan urusan pindah sekolah anak. Dian tak tau apa-apa pun,"
"Takkan tak tanya dia kenapa?"
"Ikut dia la mak. Dia nak buang kami pelan-pelan dah la kot,"
Aku perasan yang mak perhatikan aku. Tak puas hati dengan jawapan yang aku bagi.
"Mak tau hampa ada masalah. Tapai mak takmau tanya banyak. Mak harap hampa setel lah dengan cara yang elok. Demi kebaikan anak-anak,"
"Masalah tu dari pihak dia, mak. Dian dengan anak-anak, mangsa. Dah banyak kali Dian minta dia lepaskan Dian. Tapi dia takmau. Dian dah tak larat nak tanggung dosa. Macam-macam dosa. Dosa Dian sendiri pun Dian taktau terampun ke tak, ni Dian nak tanggung dosa dia pulak,"
"Dia buat apa kak?"
Aku hanya tunduk memandang cawan.
"Satu ja mak nak habaq Dian. Selagi dia suami kamu, dia lah penentu syurga neraka kamu. Lagi kamu bersabaq dengan dia, makin tinggi darjat kamu nanti. Mungkin dekat dunia, kamu rasa kamu teraniaya dengan semua benda yang dia buat, yang keluarga dia buat. Takpa. Anggap tu urusan depa dengan Tuhan. Kita ni, doa banyak-banyak. Mintak dekat Tuhan. Moga Tuhan kabul doa kita. Tunjuk kita jalan yang betui. Takdak satu pun hamba Dia sesatkan,"
Sebu dah jadi gunung dalam dada aku.
"Dia tunjuk jalan elok dah bagi dekat kita. Kita ni yang kena mintak banyak-banyak dekat Dia. Mintak jangan bolak balikkan hati, jangan pesongkan kita dari jalan Dia. Mintak dekat Dia moga bagi hidayah jugak dekat keluarga laki kamu. Doa yang baik-baik. Biaq orang bagi taik, kita balaih bunga dekat dia,"
Yang dekat 'taik' tu, hilang terus sebu aku. Mak ni..
"Padia mak main taik-taik ni? Takdak perumpamaan elok sikit ka? Taik yang mak petik,"
"Hat tu ja senang nak bagi kak hang paham. Dia mana paham bahasa bunga-bunga, lembut-lembut ni. Dah la. Hang pi berehat dulu. Fitri ikut mak. Kita pi nat (pasar) sat,"
Aku masuk ke bilik, aku perhatikan anak-anak aku. Tenang. Aku buka mesej Jay dan aku balas.
- Awak rasa awak boleh tunggu saya dak?
Aku tak tahu apa yang aku tengah buat sekarang ni.
YOU ARE READING
DIAN
RomanceKisah hidup yang tak sentiasa indah. Tapi selepas hujan, pelangi selalu ada. Sentiasa.