prolog

7K 84 0
                                    

kek hasil tangan budak lelaki itu mendapat pujian walaupun hanya diperbuat daripada tanah.biasalah main masak-masak, memang wajib ada kek tanah.

"huril, mak awak kata kek yang saya buat ni cantik.mungkin sebab saya letak banyak flowers kut, tak pun kek saya dua tingkat, ataupun saya ni terlalu kreatif."kata-kata dari budak lelaki itu menambahkan lagi amarah huril.

"eleh aku punya lagi cantik dari kau!"provok huril.

"tapi mak awak kata kek awak nampak biasa-biasa saja.tak macam kek yang saya buat"budak lelaki itu tidak mahu mengalah.memang ternyata keknya lebih indah dilihat berbanding kek yang huril hasilkan.jadi kenapa dia nak menidakkan fakta.oh budak lagi, mana tahu beralah.

pap!!
kek yang dihasilkan budak lelaki itu jatuh di atas tanah.
huril dengan sengajanya menepis kek budak lelaki itu..

"opsss tejatuh!!
huh padan muka kau.sekarang kau tengok, kek kau yang kononnya cantik sangat tu dah berkecai..hancur lebur!"berlagak sangat ambik kau!

apa lagi, menangislah budak lelaki itu.mak som aka mak huril mendekati mereka.

"ya allah huril kenapa buat adeen macam ni.menangis dah budak ni.nakal sangat huril ni, jangan sampai mak rotan huril"

alah sikit je pun.bukannya aku tumbuk dia pun, aku rosakkan kek dia je.tu pun menangis.melebih betul la anak orang kaya ni.dah la tua dari aku pulak tu.sepatutnya dia yang buli aku, bukan aku yang buli dia.aduh lembik lembik..

"apa yang kecoh-kecoh ni som?"ha sudah ibu singa dah sampai.mati kau hurillll.

"ni budak dua orang ni bergaduh pulak.tapi biasalah budak- budak.err..saya minta maaf datin sebab anak saya dah buatkan adeen menangis."rayu mak som.kalau tak dirayu macam tu mungkin dia akan dibuang kerja oleh kerana masalah yang terlalu kecil.

"aku dah agak mesti kerja anak kau.berapa kali aku cakap jangan kasi anak kau jumpa anak aku.aku tak suka.anak kau banyak ajar anak aku buat benda yang tak elok.kau tengok sekarang main tanah pulak.selama ni adeen tu jangan kata pegang, tapak kaki dia ceceh tanah pun tak boleh tahu!" mak aihh...sampai macam tu dia benci aku dan sampai macam tu dia jaga anak dia.cannot brain lah.

dan mak aku masih melutut merayu di kaki datin nora.haihh sampai bila la hidup kami nak macam ni.hidup sebagai hamba kepada orang yang macam diorang ni.mak, bila huril dah besar, huril bawa mak keluar dari tempat kejam ni.tekad huril.

"huril cepat minta maaf dekat adeen dengan datin"arah mak som.dia sanggup melutut dan merayu asalkan tidak dibuang kerja.mana dia nak cari duit untuk besarkan huril memandangkan dia ibu tunggal.

aku menghulurkan tangan pada adeen untuk memohon maaf.begitu juga dengan datin nora.
********************************

hari ni aku terpaksa keluar dari kediaman datin nora dan datuk sufi.aku sendiri pun tak mengerti sama ada aku terpaksa keluar, dipaksa keluar atau dihalau.diahalau mungkin.sebabnya aku terlalu nakal dan pembawa pengaruh yang tidak baik pada adeen.bayangkan pada usiaku yang hanya 7 tahun, aku perlu berpisah dengan mak aku sehingga aku besar, dan alasannya aku terlalu nakal.aku redha.mugkin dengan tinggal bersama bapa saudara aku di luar negara dapat mencerahkan lagi masa hadapanku.

"huril... duduk dekat sana nanti jaga diri tahu...jaga solat..dengar cakap pak su kamu, dan yang penting sekali tolong jangan nakal.ubah perangai kamu tu faham."huril hanya mengangguk mendengar bait2 pesanan dari mak som.

"okey mak..mak jangan sedih tau..nanti kalau pak su cuti panjang dia kata nak balik malaysia.jadi huril boleh jumpa mak semula.ermm mak...huril minta maaf sebab huril nakal-nakal.huril nakal sebab huril nak tunjuk protes dekat mummy adeen tu.dia layan mak macam apa ntah.mak jangan risau huril berjaya nanti, benda pertama huril nak buat ialah bebaskan mak dari tempat kejam ni."habis saja ayat yang ditutur huril, dua beranak itu saling berpelukan dan menangis.ibu mana yang gembira bila berjauhan dengan anak, tambahan pula usia huril ketika ini baru 7 tahun.masih memerlukan perhatian dan kasih seorang ibu.

keep it secret!Where stories live. Discover now