bab 32

1.9K 43 0
                                    

"macam mana projek dekat johor tu adeen? ada apa-apa yang tak kena ke?"tanya daddy.

"okey....tak ada apa-apa masalah."jawabku.bilik pejabat daddy aku perhati.kemas.

"kamu tak mahu cari rumah sendiri ke?" asal daddy tanya macam ni.dia nak halau aku ke?

"apa maksud daddy?" tanyaku.

"iya la kalau ada rumah sendiri privacy sikit." di cakap pasal privasi pulak.

"adeen rasa ok je duduk vila tu.tak terganggu pun privasi adeen." tipuku.bab privasi tu yang tak betul sikit.iyalah nak
manja-manja dengan huril kena tengok keadaan dulu.

"mungkin kamu rasa ok tapi isteri kamu tak." tersentak aku dengan ayat yang keluar dari mulut daddy.dia dah tahu?

"da..dad..daddy tahu?" tergagap aku bertanya.sejuk satu badan aku.

"sudah...dua hari lepas lagi daddy dah tahu.kamu tak pandai jaga line." daddy ketawa kecil.

"daddy tak marah? err..mummy tahu jgak ke pasal ni?" jangan la mummy tahu!

"mummy kamu tak tahu pun.daddy saja yang tahu.nak marah pun benda dah jadi.lagipun daddy faham sangat kenapa adeen kahwin senyap-senyap.by the way, pandai kamu cari bini.daddy memang setuju kalau dia yang jadi menantu." kata-kata daddy buatkan aku senyum lega.
nasib baik kantoi dengan daddy.

"thanks daddy sebab faham.adeen cinta dan sayang sangat dengan huril.adeen tak nak perempuan lain.tambah lagi calon dari mummy.memang minta simpang la.." bergabung ketawa kami.walaupun dia bukan ayah kandungku, tapi aku anggap dia macam ayah sendiri dan salah satu orang terpenting dalam hidup

"ha pasal ayah kamu, ada apa-apa
perkembangan ke?" aku hanya memggeleng.daddy bangun menepuk bahuku.

"sabarlah adeen.suatu hari nanti kamu jumpalah penghujungnya.kalau tak jumpa pun, mungkin ada hikmah yang akan datang."
ujar daddy.

"ya daddy...thanks again sebab bagi semangat." daddy mengangguk dan keluar dari bilik.

jam aku tilik.nampaknya dah tiba masa aku ambil huril.aku tersenyum.aku harap dia suka surprise yang aku rancang.
******************************

aku sampai di hadapan tadika tempat huril kerja macam biasa.dia sedang bersembang dengan seorang pak cik sampai tak perasan kehadiran aku.memang wajib la dia tak perasan sebab hari ni aku naik kereta lain.naik kereta baru.kereta ni aku beli untuk huril.

aku membuat keputusan untuk keluar dan menjemput huril.kalau tak sampai esok pun tak habis lagi mak cik sorang ni sembang.

"ehh ab...err adeen.bila sampai.maaf tak perasan.oh ya pak ndak ni adeen.kawan saya." huril cuba menyesuaikan diri dengan panggilan selain abang.pak cik yang sebelahnya bangun berdiri.

"saya adeen.kawan huril." aku memperkenalkan diri dan menghulurkan salam.

"oh adeen ye..adeen panggil saja pak cik pak ndak.hah ni, pak ndak pergi dulu ye..ada kerja sikit nak buat dekat laman belakang tu." aku mengangguk.
pakndak berlalu pergi

"kenapa abang turun kereta tadi..tak suka la nanti orang tengok..nanti diorang suka gosip." cebik huril.

"kalau abang tak turun bila huril nak sedar."kataku selamba.

"sorry la...huril tak perasan kereta abang."

"memang la huril tak perasan sebab hari ni abang naik kereta lain." kami berhenti di hadapan sebuah produa axia.

"kereta siapa ni?" tanya huril keliru.kunci aku hulurkan padanya.

"it yours.i bought for you.ehh cepat la drive." kataku.mukanya masih kelihatan bingung.kami masuk ke dalam kereta.

"serius abang kasi huril." masih tak percaya.

"iya la...orang dah bagi tu ambil la.banyak tanya pulak.abang beli ni sebab abang nak mudahkan kerja huril." kataku sambil merapikan rambut.penampilan kena kemas.

"tapi huril tak minta pun." lailah..dia bunyi lagi.

"sebab huril tak minta la abang kena beli dan bagi.tunggu huril minta sampai bila pun takkan minta." dia tersenyum.wahai isteriku kau sungguh manis!

"terima kasih.."

"sama-sama" kereta mula bergerak.

keep it secret!Where stories live. Discover now