bab 60

1.4K 30 0
                                    

pintu dibuka dan terpampang wajah pak ndak.huril agak terkejut bila tetamu misteri tersebut pak ndak.

di meja makan mereka bersembang.adeen ceritakan segalanya dekat huril.pada ketika itu, tiada lagi panggilan pak ndak.

"so orang yang selama ni ayah cari adeen lah ye?? huril pun tak terfikir lansung pasal benda ni." ujar huril.pak ndak mengangguk.

"ohh ya ayah, tak lama lagi ayah akan timang cucu!!!" beritahu adeen.petang tadi adeen dan huril pergi klinik untuk pengesahan dan keputusannya memang positif.huril mengandung!

"la iya ke...alhamdulillah.sedar-sedar dah boleh pegang cucu."kata pak ndak.mereka semua tergelak.

"itulah tu...adeen bersyukur sangat dalam masa sehari adeen dapat tahu berita gembira.adeen dapat baby dan satu lagi adeen dapat ayah adeen balik."ucap adeen.tangan pak ndak digenggam.rindu dia akan insan itu.

"errr kamu nak kasi tahu mummy ke tentang ayah ni?"tanya pak ndak.

"adeen kalau boleh nak rahsiakan dulu hal ni..adeen rasa kalau beritahu pun mesti dia akan halang adeen dari jumpa ayah.tak halang dia akan ugut ke, macam perkahwinan adeen dan zurin."
zappp!!! tanpa sedar adeen terlepas cakap.

"perkahwinan adeen dan zurin??? mummy ada aturkan menantu baru ke?? dia tak sukakan huril?" tanya pak ndak.bekas isterinya itu bukan boleh ditebak.

adeen pandang huril dan huril pandang adeen.

"ye...mummy ada aturkan orang lain untuk adeen.zurin nama perempuan tu.tapi adeen tak berkenan lansung dengan cara dia.adeen tahu perempuan tu cuma mahukan harta adeen je.mummy memang bencikan huril.tapi errr mummy tak tahu yang huril ni sebenarnya menantu
dia."terang adeen.ayat akhir adeen buatkan pak ndak terbatuk.

"maksudnya perkahwinan kamu ni dirahsiakan dari semua?"

"yup..tapi daddy seorang yang tahu."kata adeen.

"habistu macam mana dengan perkahwinan kamu nanti? kamu nak teruskan ke atau nak bagitahu benda sebenar?" pak cuba mengupas lagi.

"adeen akan tutup rahsia ni dan adeen akan kahwin jugak dengan zurin.mummy dah ugut adeen untuk kahwin dengan zurin kalau tak dia akan ambil apa yang ada dekat adeen termasuk kerja adeen.sebab tu la sekarang ni adeen tak kerja.mummy dah halau adeen dari syarikat tu.tapi ayah, bab kerja tu adeen tak kisah lansung.yang adeen kisahnya mummy akan batalkan projek yang daddy manage dekat pahang tu.projek tu di bawah mummy.adeen tak nak la musnahkan harapan daddy.jadi nak tak nak adeen memang kena ikut jugak arahan mummy." huril dipandang.buah hatinya itu dia saja dari tadi.

"semuanya salah ayah...ayah rasa mummy buat macam tu sebab dia trauma dengan kisah lalu..."balas pak ndak.

"benda yang lepas biarkan berlalu ayah..ayah jangan la asyik salahkan diri ayah saja.adeen tak nak ayah stress sebab ni."pak ndak tersenyum.

"apa-apa pun yang berlaku, ayah nak kamu buat keputusan dengan betul..."ujar pak ndak.

keep it secret!Where stories live. Discover now