bab 92

3.1K 33 1
                                    

huril dah boleh balik.setiap hari dia berpantang, setiap hari itu jugaklah dia dilayan macam permaisuri.bukan dia minta tapi datin nora yang melayan dia macam tu.

"huril makan banyak-banyak ye.bagi badan tu ada tenaga.sedap tak mummy masak?"tanya datin nora.

"mestilah...ni first time tau huril makan air tangan mummy.sedap sangat."

"ye lah selama ni asyik makan penampar je kan?" dua beranak itu tergelak.

"amboi seronoknya gelak.tak ajak adeen pun.nak gelak jugak."ujar adeen.

"sibuk betul! kamu tu kena main jauh-jauh.ni hal orang perempuan." kata datin nora.

"memang tak teringin pun nak masuk.adeen nak ambil anaqi je.kan anaqi kan? kawan dengan papa ehh? alolololo" adeen mengangkat anaqi ke pangkuannya.sjerus saja adeen mengangkat anaqi, terus menangis budak itu.tadi dia diam saja tidur.kena sentuhan papa dia, terus termimpi ngeri.

"aipp jangan la nangis..anaqi...anaqi kawan dengan papa kan?" lagi kuat anaqi menangis.
huril dan datin nora gelakkan adeen.

"tu maksudnya, dia cuba menolak sehabis yang boleh untuk kena dukung dengan papa." usik datin nora.hidupnya kini kembali bersinar.kalau lah dari awal dia sedar, pasti dah lama dia rasa bahagia macam ni.

"ye la..mak tok dia yang betul.nah."adeen menghulur anaqi pada datin nora.

"dia nangis tu sebab lapar kut.nak susu ke sayang mak tok ni?" dicium pipi anaqi.

"sini huril susukan dia."anaqi berubah tangan.

huril mendodoikan anaqi terlebih dahulu sebelum menyusukan dia.
huril baru nak selak bajunya ke atas tapi terhenti.dia rasa adeen tengah tengok dia.

"ha adeen kamu tak boleh tengok.malu dah huril tu." membahang pipi huril.mak mertuanya ni pun kenapa straight sangat.

"la kenapa tak boleh tengok pulak? dia isteri adeen kut."

"tahu...tapi nanti jadi bukan-bukan pulak.tahu tak jauh lagi perjalan kamu.kalau tengok-tengok macam ni then terkandas sekerat jalan macam mana?" cakap datin nora.

adeen masih blur.terkandas apa pulak ni?

"hailah bapak budak ni.kamu tu nak kena puasa.tambah-tambah lagi huril ni operate pulak haritu lagi lama la ambil masa.ambil masa untuk 'bergabung'."
penerangan datin nora buatkan huril tersedak air liur.

'ya allah malunya bila mak mertua masuk campur hal macam ni.sudah la aku baru ngan dengan dia, lagi bertambah awkward la jawab dia.'

"ouhh....cakap la bagi straight terus.ni berkias pulak.alah setakat macam ni tak goyang la mummy.iman adeen setebal kulit durian."

"iya la tuh!"
********************************
lampu sisi terpasang.bahagianya huril rasa sekarang.dulu mereka berdua di katil.sekarang dah bertiga.si kecil tu akan berada ditengah-tengah.

"thanks sebab sudi mengandung anak abang..." ucap adeen.

"ada lagi ke yang sudi nak mengandung anak abang?" putar huril.saja dia mahu bergurau.

"hahaha...sensetif eh?"

"ialah...silap-silap boleh
meroyan." ujar huril.

adeen bangun dan berbaring belakang huril.huril dipeluk dari belakang.

"kenapa abang nak sia-siakan huril setelah kita susah payah bina kebahagian? kalau abang nak tinggalkan huril, dah lama abang buat.abang mungkin kahwin dengan perempuan lain time dah terkantoi dengan mummy tapi abang tak buat.abang percaya pada huril berbanding perempuan lain.huril abang yang kental, ganas, manja, cantik dan menggoda.huril pakej lengkap, bodoh kalau abang cari yang lain." bisik adeen di telinga huril.

"thanks lalui susah senang bersama....huril sayang dan cintakan abang sepenuh hati huril." huril menatap mata adeen.

"jangan tengok abang macam tu sayang.terlajak nanti..."

"nak tengok jugak...hurmmm!" huril mencebik gedik.

"nakal huril ni kan? ingat senang ke nak puasa ni.dulu sebelum kahwin mungkin la...sekarang pantang kena jeling abang on tahu.betul la orang kata benda tu buat sekali pasti nak lagi!"

huril mencubit peha adeen.

"ingat huril maggi ke? tag line tu bunyi macam iklan tv."

"hahaha"

dalam mereka berbual, huril teringatkan seseorang.seseorang yang buat hiduonya kucar-kacir.

"abang tahu tak zurin macan mana dan dekat mana sekarang ni.abang rasa dia akan kacau kita lagi?"

tentang zurin adeen dah lama buat report.takkan nak biar dia terlepas macam tu je.kesalahan yang dia buat melibatkan nyawa tahu.telefon? tak pernahnya dia angkat.kalau dulu setiap hari adeen dapat call daripada zurin.

"abang dah buat report.abang hadap dia kena tangkap.tak kena tangkap pun, biarlah bala timpa dia.bukan abang nak doa tak baik-baik tapi biar dia rasa sakit tu macam mana.benda-benda tu semua boleh bagi pengajaran dekat dia."

"hurrmmm...huril harap dia berubah.jadi manusia pulak.asyik jadi setan je..."tambah huril.adeen tergelak.

"huril ni nak doakan dia ke nak mengutuk dia?"

"entah la..huril geram bila fikir apa yang dia buat dekat huril."
adeen memeluk bahu huril.menyalur kekuatan pada sang isteri.

"hiril nak tahu tak, perempuan tu bukan blah macam tu je.dia kebas duit mummy dulu baru dia blah."

"serius?!?"

"yup.banyak la jugak dalam 50k something...."

"50 k??? betina tu nak buat apa? bukan ke dia kaya ke? kenapa nak kikis duit sampai macam tu.macam tak pernah jumpa duit!" soalan huril bertalu-talu.geram dibuatnya.

"woo sabar sayang! hahaha..memang dia anak orang kaya tapi itulah, bila dah terlampau kaya lupa diri pulak.sebab tu dia jadi tamak.gila harta."

"hurmm..."

"dah tidur.meh abang tepuk huril.tidur ye sayangg...." lagak adeen macam layan budak 2 tahun.

"okey papa...muah!" pipi adeen dicium.

keep it secret!Where stories live. Discover now