bab 58

1.4K 29 0
                                    

sambil menunggu huril siap untuk ke tempat kerja, adeen menelefon pak ndak.

"asalamualaikum pak ndak..."
pak ndak menjawab salam di talian.

"saya nak tanya pak ndak ni...bila pak ndak boleh datang potong rumput rumah saya ni.err saya tak marah pak ndak tau..saya cuma nak tanya....kalau pak ndak tak sihat tak ape...nanti-nanti je.bila-bila masa pun boleh.saya cuma nak pastikan je."terang adeen.hendak mendesak kasihan la pulak...biasa la orang tua, tenaga tak macam dulu dah.rasa serba salah pulak nak minta tolong pak ndak.

"apa?? jumpa..pagi ni..boleh je.tapi dekat mana?" terkejutvjugak adeen bila pak ndak ajak jumpa.macam ada hal mustahak saja.

"ok lah kalau macam tu.kejap lagi saya hantar huril, terus saya pergi dekat pak ndak.ok pak ndak ye..asalamualaikum..."

"siapa tu?" tanya huril.jarum peniti disemat di atas tudung supaya tudung yang dipakai terbentuk elok.

"pak ndak...dia ajak abang jumpa kejap lagi."kata adeen.

"kenapa?"

"entah la..dengar macam mustahak."

"ohhh"

"huril jangan lupa bawak bekal yang abang masak tau..abang buat breakfast special untuk huril.special dan berkhasiat for mummy to be" pipi huril adeen kucup sekilas.huril rasa dihargai gila bila adeen buat semua tu.perempuan mana yang tak suka bila lelaki yang dia cintai caring pasal diri dia.

"and one more think, masa huril mengajar nanti jangan lupa ajar anak abang sekali.dia pun nak pandai jugak." poyo betul la adeen ni.

"poyo tak habis-habis"sambil berkata huril menggeleng kepala.suaminya itu makin lama makin poyo.tapi dia sayang..hihikss.
********************************

cantik sungguh permandangan tasik dekat sini.dengan cahaya matahari pagi menyembah tasik.sungguh indah.trek berjongging kosong saja.cuma ada beberapa orang yang berjoging.maklumlah bukan hari minggu.

adeen dan pak ndak duduk di sebuah kerusi rehat yang menghadap betul-betul ke arah tasik.port yang sempurna dan teduh.pelik jugaklah adeen bila pak ndak nak jumpanya di sini.duduk tak duduk nak pergi taman.tak ke pelik tu.

"ada apa pak ndak nak jumpa saya.macam ada yang mustahak je.." tanya adeen.adeen sedar dari tadi pak ndak asyik memerhati wajahnya saja.kejap pandang alis matanya, kejap pandang hidungnya.

"errr pertama sekali pak ndak nak minta maaf sebab pak ndak tak dapat pergi rumah kamu untuk potong rumput dan keduanya pak ndak minta maaf sebab curi masa kamu sikit."

"ok..saya tak kisah pasal hal rumput tu.saya faham pak ndak pun kadang-kadang letih.so bila-bila pak ndak ada masa, pak ndak pergilah...okey sekarang ni kenapa pak ndak curi masa
saya!." tanya adeen sambil tergelak.pak ndak pun turut tergelak sekali.dia mengharapkan pemuda di depannya ini adalah keturunannya.

"pak ndak nak tanya sikit.."

"tanya apa tu." mata pak ndak adeen tatap dalam.macam ada sesuatu yang nak disampaikan.

"siapa nama ayah kamu?"tanya pak ndak.jantungnya berdegup maha hebat untuk menunggu jawapan dari mulut adeen.

"sufi..."jawab adeen.

"ouhhh" terasa hampa sekali.adeen bukan anak lelakinya.di manakah anaknya sekarang.jika ada depan mata memang dia akan peluk dan minta maaf.persoalannya mahukah anaknya terima dirinya.semestinya tidak.siapa saja yang mahukan orang yang telah merosakkan sebuah kebahagiaan.

"ehh pak ndak sufi tu nama daddy saya."pak ndak terus memandang adeen.

"nama daddy"tanya pak ndak.

adeen akan keliru bila paggil ayah.tanya la ayah ke, daddy ke babah ke, jawapannya tetap sufi.maklumlah dah dari kecil membesar dengan seorang bapa bernama sufi.nama ayah kandungnya jarang sikit dia beritahu.beritahu pun untuk tujuan penting saja.

"iya nama daddy...pak ndak jangan la keliru saya ada dua orang ayah.daddy saya sekarang ni dia ayah tiri saya.psttt tapi version baik gila.hihihi"terang adeen.

"ohhh...mana ayah kandung kamu?" makin berdebar jantung pak ndak.

"ayah kandung saya dah bercerai dengan mummy sejak saya kecil lagi.saya tak pernah tengok muka dia lagi pun.kasih sayang seorang ayagmh saya dapat daripada daddy.dia dah macam ayah kandung saya pak ndak.mummy berpisah sebab...."cerita adeen.adeen telah bercerita tentang ayah kandungnya pada pak ndak dari mula sampai habis.

pak ndak pov.

jadi betullah dia anakku...sedih sangat bila dengar adeen cakap macam tu.sebab aku dia tagih kasih sayang dari orang lain.aku rela jika dia tidak terima aku.aku rela jika dia benci aku seumur hidupnya.

"adeen masih terima dia kalau dia masih ada?"

adeen mengalih pandangn ke arah pak ndak.dia tersenyum.

"ya...saya akan terima dia.semua orang buat salah pak ndak..baik atau buruk dia tetap ayah adeen.adeen selalu jugak jejak dia tapi tak dapat sampai hari ni.susah nak dapat maklumat pasal dia.mummy lansung tak membantu...ohhh tentang nama ayah saya tu...nama dia Tahir.nama saya Muhammad Adeen Asyraf Bin Mohd Tahir." air mata pak ndak terus menitis.adeen di peluknya erat.terpinga-pinga adeen.kenapa ni???

"err kenapa ni pak ndak..saya ada buat oak ndak sedih ke?" tanya adeen.namun pelukan pak ndak dibalas.

"nama pak ndak,Tahir adeen...Tahir!!"laung pak ndak namun tidak terlalu kuat.

adeen pov

"nama pak ndak Tahir adeen...Tahir!!"tersentak aku.berderau darah aku bila pak ndak cakap macam tu.

fikiranku terus teringat akan cerita-cerita huril tentang pak ndak sebelum ni.betullah.ada banyak persamaan antara jalan hidup kami.kenapa aku masih lagi tak perasan sejak dia mula tanya pasal ayah kandung tadi??

"ayahhh..."panggilku.keluar habis air mata jantanku.aku tak kisah orang yang lalu lalang disitu tengok keadaan kami.ya allah aku rindu akan lelaki ini.akhirnya doaku termakbul jugak!! syukur!!

"ayah minta maaf pasal pekara yang lepas nak."

"adeen tak kisah yang penting ayah dah berubah.ayah dah tak macam dulu lagi."pipinya aku cium.

"terima kasih adeen."
aku mengangguk.

"ayah jangan pergi jauh lagi dah...ayah hidup la dengan adeen.."pintaku.

"tak..ayah takkan ulang benda yang sama....."

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

keep it secret!Where stories live. Discover now