bab 44

1.8K 39 0
                                    

ting tong! ting tong!
bunyi loceng itu mematikan perbuatan adeen dan huril.

adeen menuju ke arah pintu.dia melihat dari lubang kecil pintu rumahnya.

what mummy?!?!! zurin pun ada sekali?!?! bala apa la nak datang ni.

kaki pantas melangkah ke arah huril.

"huril mummy datang.dia datang dengan zurin.sekarang ni abang nak huril menyorok dalam bilik huril.kalau boleh, huril masuk terus dalam almari tu." cemas adeen mengarah.macam nak mati saja gayanya.

"takkan sampai masuk dalam almari?!?!?" tanya huril.loceng masih berbunyi.

"mummy abang tu, kalau boleh loji taik rumah ni pun dia nak tengok tau! ehh dah la cepat menyorok.abang nak kutip barang-barang huril" huril terus bertindak.almari biliknya dibuka dan di masuk ke dalam.

bermastautin dekat dalam ni la kau huril...kalau almari ni macam dalam cerita narnia tu takpe la jugak.ini semut masuk pun mati lemas.

adeen mula membuka pintu selepas dia selesai mengutip barang-barang huril.berpeluh dahinya.

"amboi bukan main lama bukak pintu.buat apa?" tanya datin nora.

"adeen workout sikit tadi.tak dengar bunyi loceng sebab pakai earphone." adeen mencipta alasan.harap tak kantoi.

"ouhh" balas datin nora.kakinya dan zurin melangkah masuk.

"wauu besarnya rumah you honey.tapi sayang tinggal sorang.kalau you kahwin dengan i, i boleh isi kesunyian rumah ni." zurin mula menunjuk perangai gediknya.

"tak payah la...i tak rasa sunyi pun" jawab adeen.mata adeen memerhati mummynya.

"alamak buat apa pulak dia delat dapur tu? dah la pinggan makan belum habis basuh.

"err mummy lapar ke? tak pun dahaga? err biar adeen buatkan apa-apa eh?" tanya adeen panik.macam mana tak panik, mummynya tengah lihat mangkuk mushroom soup yang dia dan huril makan tadi.dah macam detective dah lagaknya.

"tak apa mummy baru lepas makan dengan zurin tadi.ni kenapa sampai ada dua.kamu makan guna dua mangkuk ke?"
adeen meneguk air liur.terasa gelap dunianya.

"ehh tak lah! sebenarnya masa adeen tengah makan tadi
tiba-tiba ada lalat masuk.sebab tu adeen buang dan adeen ambil bekas lain." adeen menghembus nafas lega bila mana datin nora mengangguk.

baru adeen nak lega, jantungnya mula berdebar.pintu bilik master bedroom terbuka.zurin kau memang bawa bala betul! adeen pantas berlari ke dalam biliknya.

"you buat apa dalam bilik i.keluar la! tak malu ke?!?" arah adeen.

"ala nanti bilik ni jadi bilik i juga.betul tak? so biar la i survey dulu.mana la tahu ada yang nak kena tambah.." kata zurin.

adeen pov

"ala nanti bilik ni jadi bilik i juga.betul tak? so biar la i survey dulu.mana la tahu ada yang nak kena tambah.." mendidih je darah aku dengan minah ni.

"keluar sekarang" arahku.sesekali mataku memandang ke arah alamari baju.sabar sayang...

"no!" kata zurin.sekarang pintu balkoni dibuka.

"keluar la zurin."

"ishhh kejap la...honey, cepatla nikah dengan i.i tak sabar tau nak duduk rumah mewah macam ni."
ujar huril.tangan aku dia pegang namun segera aku tarik.

"zurin, you jangan sampai i penampar you tahu.i lama dah bersabar." aku mengharap sangat dia keluar.kalau mummy masuk sekali macam mana? bukan ke bala tu!

"yelah yelah..i keluar.tak sporting lansung! auntie zurin nak tidur sini jugak boleh??" jerit zurin setelah keluar dari bilik.ayat last dia tu buat aku rasa nak maki je perempuan ni.

"la kenapa tak boleh pulak.auntie lagi suka tau."jawab mummy.

apa yang nak jadi ni!?! aku rasa nak kepala ni macam nak pecah!

"auntie suka, tapi adeen tak.zurin nak buat macam mana tuan rumah tak izin." sambil dia cakap sambil dia jeling kearahku.bencinya!

"ala...adeen ni pun satu.kenapa tak kasi" ujar mummy.

"tak apalah mummy.zurin memang tak nak stay pun.ada kerja sikit" rasa cerah terus dunia aku bila zurin cakap macam tu.

"betul?" tanya mummy.

"betul.ok lah bye!!" pipinya dilagakan dengan pipi mummy.
bila dia lalu di depan aku, jarinya mencuit manja daguku.

"bye honey"

"ishh" aku menepis.pintu aku tutup perlahan.

"apa yang kasar sangat dengan zurin tu.cuba la berlembut sikit!"
ujar mummy.

"adeen rimas tahu tak dengan dia.ni mummy nak stay sini
betul-betul ke?" tanyaku.
please say no mummy.

"hamboi halau nampak."

"tak halau tapi tanya." berdebar aku tunggu.

"ha ah..mummy nak stay sehari saja.malam esok mummy balik.saja la nak rasa rumah baru.nak tengok kamu ni boleh berdikari sampai tahap mana." aku hanya menggosok belakang leher.malam ni tak bebas lagi kami.

keep it secret!Where stories live. Discover now