bab 3

2.8K 70 0
                                    

"dengar sini huril..selama kamu dekat vila ni, mak tak nak tengok kamu mengulat.walaupun mak seorang je orang gaji dan bukan kamu tapi kita orang perempuan kena tunjuk yang kita rajin.nanti kalau kamu terperap saja dalam bilik ni apa pula kata datuk."
aduh tersekat kebebasan aku dekat sini.tabahlah wahai huril.kejap je.lepas kau dapat kerja kau blah dan bawa mak kau sekali.

"iya..mak jangan risau la.sepanjang huril ada di sini, huril akan tolong mak buat kerja.kalau mak tak mahu buat terus pun tak apa.biar huril yang jadi orang gaji dan mak pula jadi mam besar.hehehe"mak menjeling aku.

"kamu cakap kena buat tau..mak tak berapa layan sangat dengan cakap-cakap kosong ni."aku tergelak.ahh indahnya bila dapat lihat senyuman mak.damai saja rasa.
********************************

baju-baju semua penghuni dalam vila ni aku kutip dan aku basuh.err tapi tak termasuk baju aku dan mak la.mana mahunya datin singa tu campur baju dia dengan baju kami.
pinggan aku cuci dan aku tiarapkan satu persatu.

ya allah tudung ni..makin aku tunduk makin ke depan.geram betul.

aku menarik sedikit tudung ke belakang.tangan sebelah lagi aku pegang pinggan yang dipenuhi buih sabun.sedang aku tarik tudung tiba-tiba...

pangg!!
berkecai pinggan kaca yang berjenama itu.

"bunyi apa pulak ni..hoii kau buat apa tu hah?"suara datin nora kedengaran dari jauh.

ah sudah bala datang.

"apa yang...ya allah pinggan aku.heii perempuan kau tahu tak pinggan tu berapa harga dia huh?"aku menggeleng perlahan.kalau ikut hati aku, memang aku jegilkan balik mata dekat datin singa tu.tapi sebab mak, aku usir jauh-jauh.

"harga dia kalau jual engkau pun tak lepas tau.aku ingatkan bila ambil anak boleh mudahkan kerja-kerja dalam rumah ni, padahal menyusahkan lagi adalah.mak dengan ank sama saja bebal!dah kau tercegat apa lagi kutip la!!"

aku mula memandang mukanya.ok huril sabar...

"tolong jangan cakap mak saya macam tu datin.kalau datin nak sentuh atau sakitkan mak saya tolong jangan buat.datin lepaskan dekat saya ."tebal mukaku bila aku terpaksa menurunkan ego.

aku mula mengutip serpihan kaca yang berkecai tadi perlahan-lahan supaya tanganku tak terluka.

pap!!

"aduh sakit datin.jangan pij...arghh sakit"aku menjerit nyaring lantas menarik tanganku.aku lihat tapak tanganku.serpihan kaca tadi melekat dan menusuk ke dalam telapak tanganku.jujur aku cakap sakitnya ya amat sampai mengalir air mata aku.

"sakit sangat ke huh? tu la buat kerja lembab sangat.aku buat macam tu nak kasi kau tu pantas sikit buat kerja."hamburnya sambil menunding kepalaku.

"ya allah...mummy apa yang mummy buat ni."adeen tercengang melihat situasi kami.dengan keadaan pinggan pecah..darah menitik ke lantai.

"apa lagi..budak ni la buat masalah..pecahkan pinggan mummy.adeen pun tahu kan pinggan tu harga dia berapa.dah lah..kalau adeen rasa baik sangat nak tolong pergilah..beri muka dekat dia dengan mak dia macam daddy buat.huh!"datin nora mula beredar.

adeen panik melihat keadaan darah di lantai dan tangisan huril.sakit sangat la tu sampai menangis macam tu.kalau tidak memang susah nak tengok huril menangis.

"mari bangun.saya letak ubat."aku menarik sedikit tangan huril tapi dia menepisnya.nampak sangat dia benci aku juga.

"jangan degil boleh tak..karang tangan tu kena jangkitan baru tahu."aku cuba memujuk

"biarlah..kau pergilah buat kerja kau"hamboi belagaknya.
aku terus menarik tangannya untuk lihat dengan lebih dekat dan memang nampak menyakitkan.tangok pun dah sakit apatah lagi terkena.

"jom saya bawa awak pergi klinik"aku tetap bertegas.

"tak nak...tak nak lah"tangannya aku tarik sehingga ke kereta.kereta aku pandu menuju ke klinik.entah kenapa aku rasa risau gila dengan tangan dia tu..rasa panik bila tengok dia menangis sebab sakit.
******************************
sambil menunggu giliran untuk ambil ubat, aku mula berbual dengan huril.

"awak tak buat ceritakan?"tanyaku untuk kepastian.dah macam drama pula cerita dia.tapi kalau betul apa yang dia cakap, mummy memang kejam dalam melayan mereka.

"mak aku tak ajar cakap tipu"
nah setepek kena dahi kau adeen.
sanggup mummy pijak tangan huril! mana hati perut mummy.

keep it secret!Where stories live. Discover now