bab 65

1.4K 25 0
                                    

lagi seminggu lagi dia akan kahwin dengan zurin.walaupun hati berat tapi di terpaksa.tambahan pula, huril tengah marahkan dia.adeen pening dengan huril, isterinya itu setuju atau tak dia kahwin dengan zurin? macam mana dia nak kahwin dengan zurin kalau dengar nama zurin dengan adeen pun dia dah nak meletup.

kepingan gambar huril dipandang.comel betul huril dalam gambar tu.gambar masa huril dah besar dan gambar masa mereka kecil semuanya ditatap dengan senyuman.

"abang rindu huril."ujar adeen.

dia macam tak percaya bila huril angkat telefonnya semalam.pada mulanya dia teragak jugak nak telefon, maklumlah dah pagi buta tapi tak sangka huril angkat.rupanya huril angkat sebab dia ingat kawannya.

semasa bersembang pagi tadi dia tak selitkan satu isu pun pasal hal rumah tangga mereka.dia tak nak huril rasa tertekan.strateginya haruslah tawan hati huril dulu baru minta maaf dan perjelaskan semuanya.

mana nak cari dia ni? jap semalam masa dia jawab call dia ada sebut nama wafa.siapa wafa tu? tak silap aku wafa tu kawan kerja dia.

hati adeen berat menyatakan yang huril tinggal degan wafa.sebabnya semalam huril cakap dia sudah tutupkan suis...suis tu mesti rumah wafa punya.
adeen tekad untuk berjumpa wafa.
********************************

tadika al-wildan

"ye ada apa encik?" tanya wawa.dia harap adeen tak kenal dia.

"sorry saya ganggu waktu awak.saya nak tanya nama awak wawa kan?" dengan gelojoh adeen bertanya.dia sudah tak sabar mengetahui hal sebenar.

"errrr....ye saya" mengaku wawa.nak tipu macam mana, dah terpampang name tag dekat tudung.

"saya adeen.husband huril.huril sihat?" pertanyaan adeen menyentakkan wawa.

wawa pov

what?!?! dia tahu? tapi macam mana? matilah aku!!!

"apa encik cakap ni saya tak faham la.."

"huril ada dekat rumah awak kan? please wawa, mengaku la.saya dah penat tau cari dia." rayu adeen.

"ehh saya tak tahu la..okey lah saya masuk dulu...ada kerja sikit."wawa terus bergegas masuk.makin lama dia disitu makin terbongkar rahsia.

"wawa! wawa!"
********************************

"kau tahu dia cari aku dekat tadika tadi.selalunya dia akan datang, tapi dia duduk atas kereta je untuk cari kau.hari ni aku pulak dia cari.aku rasa macam dah hutang ahlong kau tahu."cerita wawa.

"sorry sebab susahkan kau.aku tak tahu benda ni boleh rumit macam ni sampai libatkan kau"

"small matter la...ehh ni kau dah makan ke belum?"tanya wawa.

"aku dah masak tapi tak makan lagi.aku tunggu kau.nak makan sekali." terus huril tersengih.

"alamak sweet la tu" gelakan mereka bergabung.

keep it secret!Where stories live. Discover now