bab 71(kebahagiaan akan terhenti?")

1.6K 30 0
                                    

hampir sejam huril dan pak dak menunggu di ruangan menunggu kecemasan.wafa dah balik sebab keluarganya datang.setakat ini tiada sebarang info yang diberitahu oleh doktor.

"huril...sabar banyak-banyak okey.istighfar dan doa pada dia.minta semuanya berjalan dengan lancar."nasihat pak ndak.kasihan dia lihat huril.dari tadi tak mengalirkan air mata, entah makan pun tidak huril tu.kurus je.

"huril rasa bersalah sangat ayah.dah berminggu huril tak cakap dengan adeen.huril tsk...huril merajuk dari dia dan lari duduk rumah wafa.tiap hari adeen akan pujuk huril tapi entah la, huril degil.huril ego!" mengaku huril.bila keadaan dah jadi macam ni, dia pula yang menderita.sudah la banyak dosa yang dia buat, kalau tak sempat minta maaf macam mana? astaghfirullahaladzim..

"belajar dari kesilapan...itu yang terbaik" ujar pak ndak.

bunyi derapan tapak kaki yang semakin kuat itu menyentak perbualan huril dan pak ndak.
kering darah huril bila melihat figura tersebut.

datin dan daddy!!!

datin nora masih tak sedar kewujudan huril.panik sangat gamaknya.

"huril...awak sempat tak jumpa adeen tadi? ke dia accident sebelum jumpa awak?" tanya haziq.pertanyaan haziq buatkan datin nora memandang ke arah huril dan pak ndak.wanita itu terkejut melihat huril pak ndak.kenapa lelaki itu ada disini?

pertanyaan itu disimpan, huril lebih penting.kenapa haziq boleh tanya soalan sedemikian pada huril.adakah anaknya ada apa apa hubungan istimewa dengan perempuan miskin tu?!

"jumpa?? anak aku accident sebab nak jumpa dengan kau?!?! kau cakap dengan aku betina, kau ada apa-apa ke dengan anak aku."
tudung huril terus direntap.

"argg sakit datin.tolong la lepaskan saya..sakin sangat arghh!!"

"aipp sudah la nora oi..sudah!!datuk sufi menarik tangan datin nora.keadaan akan bertambah teruk jika menantunya cedera.tambahan pula huril sedang sarat mengandung sekarang ni.

"perempuan macam kau memang patut diajar.kau yang rampas adeen dari zurin kan??! baik mengaku la perempuan jalang."

"jangan kau sakitkan dia nora.dia tak bersalah?!? sampai macam ni sekali kau berdendam?!??" kata pak ndak sambil meggepung huril.

"kau diam!! sebab kau la aku macam ni!!"laung datin nora.

"sakit datin lepaskan saya!! tsk..tsk.."rayu huril.sudahlah badannya lemah sebab tak makan dari semalam, hari ni kena hentam pulak.memang hidupnya tak putus dengan dugaan dari dulu lagi ke?

"ni perut kau ni? dalam ni anak siapa?! cakap dengan aku! anak siapa ni...cakap!!!"perut huril ditampar kuat.sesekali tangan datin nora naik mencekik lehernya.

"dia anak saya dengan tskk...tsk adeen.."jawapan huril membongkarkan semuanya.tiada lagi perkahwinan rahsia mereka dan mungkin tiada lagi kebahagiaan buat mereka.

"kau memang tak guna! kau dah buat apa dekat anak aku sampai dia tergilakan perempuan jalang macam kau! sebab tu la aku benci orang miskin macam kau! luar nampak suci tapi dlam kotor.." terus ditolak kuat huril sehingga huril rebah.huril hanya sempat menampan menggunakan sebelah tangan saja..sikunya pula terhentak pada lantai.biarlah dia sakit, asalkan kandumgannya selamat.bukankah itu perjanjiannya dengan adeen.

"ya allah huril!! kau memang melampau nora!! huril bngun nak, mari" ditarik huril.

"awak tengok apa awak dah buat! tak berhati perut lansung awak ni.mana hilang ehsan awak...saya ni dah lama bersabar dengan awak rapi perangai awak tetap rak berubah."kata datuk sufi.

"awak tak lalui apa yang saya lalui.awak tak tahu.entah-entah awak pun sama nak ambil kesempatan macam dia jugak!!" sememangnya datin nora bagai dirasuk.kata-katanya lansung tak ditapis.

pangg!!
"saya rasa menyesal ada isteri macam awak..." terus datuk sufi beredar..

"abang!! abang!!" dikejarnya datuk sufi dari belakang.

"ayah rasa huril kena check up sekarang.takut ada kesan apa apa dekat bayi" huril hanya mengangguk.tak berdaya dia untuk mengeluarkan kata.

keep it secret!Where stories live. Discover now