bab 83(baby gender👶)

2K 27 0
                                    

huril menhempas badan ke atas sofa.penat! tadi dia dan adeen pergi buat check up baby.

"ala monyok nye muka abang.nak huril seterika sikit ke barus elok balik."

"seronok la tu dapat baby boy."

"hehe of course lah.tu la, abang letak lagi harapan tinggi nak baby girl last-last boy."

adeen mengambil tempat sebelah huril.tongkatnya diletakkan sebelah sofa.

"sebenarnya abang tak kisah pun lelaki or perempuan.cuma ye lah, lelaki ni lebih rapat dengan mak dia.kalau perempuan dia lebih manja dengan ayah dia."

"rileks la.bukannya sekali je huril nak mengandungkan anak abang, banyak kali tau.nanti ada la rezeki baby girl pulak.ke abang nak bini lain yang mengandungkan?" gurau huril.

"eii germnya aku!! tak ada ribut tak ada angin, tiba-tiba sebut perempuan lain pulak.huril memang tak percayakan cinta abang ke?" pipi huril dicubit.

"hahaha..bukan tak percaya tapi saja.seronok bila abang asyik ulang i love you dekat huril."

"banyak la dia!"
********************************
hari ni huril dah start kerja semula.nak ikutkan memang lama dia cuti.kalau lagi lama karang kena buang pulak.

"bye assalamualaikum!" pipi adeen dicium.adeen yang sedang tidur terjaga.

"hurmm waalaikummusalam.bye.hati-hati naj buat apa pun.awak tu dah tak banyak hari dah."

"yup!"adeen memandang huril yang kian menjauh.bukan dia tak pernah minta huril berhenti kerja,dia pernah tapi huril yang tak nak.gajinya cukup sangat nak tanggung dia dan keluarga kecilnya nanti.mungkin itu impian huril dari kecil kut.nak jadi seorang pendidik, jadi buat apa nak halang.

huril sampai ke tingkat bawah.
"ha huril nak pergi kerja dah ke?"
tanya datuk sufi.

"ye daddy.harini huril dah start kerja."

huril bersalaman dengan datuk sufi.datin nora muncul.

"datin harini saya masuk kerja dah.so saya mungkin tak dapat buat kerja macam selalu.err kalau saya ada masa lapang memang saya akan buat tau."datin nora hanya mencebik.

"baguslah..kurang sikit aku terserempak dengan kau.."

"okeylah saya pergi dulu daddy, datin."
baru beberapa tapak melangkah, huril kembali menghadap datin nora dan chup!
sebuah ciuman ikhlas dihadiahkan.lepastu apa lagi, terus huril cabut.hhahaha.

"ishh geli tahu tak.geram betul la aku dengan perempuan tu.asyik nak menempek virus je..eii!!" bebel datin nora.

datuk sufi tergelak.huril..huril kamu memang degil.lagi dimarah lagi dibuat ye.tak takut pulak gu cium singa.daddy harap hati mummy kamu ni lembut la.

"yang awak tergelak-gelak ni dah kenapa??"

"saja..suka tengok dia dan awak macam tu."

"eishhh"
********************************

datin nora masuk ke dalam bilik adeen.anak terunanya ehh bukan teruna dah.anak lelakinya itu dipandang dengan rasa kesal.memang dia marahkan adeen sebab adeen tipu dia, tapi keadaan adeen sekarang ni buatkan hatinya terguris.

"kamu dah makan."langsir diikat.adeen terkejut melihat mummynya masuk ke bilik.bukan senang datin nora nak masuk bilik adeen tambah-tambah lagi datin nora masih tarik muka dengannya.

"urmm belum.tapi adeen tak rasa nak makan lagi.tadi huril dah tanya tapi adeen tak nak." terang adeen.takut datin nora ingat huril tak sediakan sarapan untuknya pula.

"hurmm...ni kaki kamu makin okey ke? kalau fak okey lagi, mummy boleh tempah rawatan khas untuk kamu."

"so far okey..makin membaik adalah...huril banyak tolong."

bagai nak meletus kepala datin.pergi sana huril pergi sini huril.apa yang perempuan tu buat sampai dapat pujian macam ni.

"mummy adeen ingat nak mandi kejap.nanti kita borak lain ehh."
sesunguhnga dia hilang idea untuk bercakap.sebab itu dia gunakan mandi sebagai alasan untuk dia berborak dengan datin nora.

"ha ye lah."
adeen menuju ke bilik mandi.

datin nora memandang keliling bilik.dia bangunn dan mennilik keadaan bilik.almari baju dibuka.

terpampang baju huril dan adeen yang bergantungan.majoritinya baju adeen la..baju huril cuma ada beberapa helai je.tu pun kurung lusuh dan baju baju blouse yang lain.yang di lipat hanya t shirt biasa.nak cari baju huril yang berjenama susah la.

"baju ke plastik sampah ni? kolot!
kalau dah jenama pasal malam tu memang tak sesuai lansung letak dalam almari ni." omel datin nora.dressing table pulak dituju. dan hasilnya kosong saja.ada la beberapa alat kosmetik atas tu.itupun lipmate, bedak johnson dan foundation.

"ini je ke yang dia ada? sengkek betul.patut la mekap pun macam badut, ni je yang dia ada rupanya.dia ingat dia umur berapa nak pakai bedak johnson? tak faham la, kenapa adeen gilakan dia sangat."

datin nora menarik laci meja solek itu.benda pertama yang dia nampak adalah buku check up huril.tangannya berat untuk ambil buku tersebut.dia tak mahu, tapi dalam masa yang sama dia nak tahu jugak perkembangan bayi dalam perut huril itu.dia kini keliru.

"hah ambil je la.."
datin nora membuka buku tersebut.setiap muka surat dibeleknya.kini baru dia tahu yang usia kandungan huril mencecah 5 bulan setengah.selama ni dia lansung tak ambil tahu.

tiba di muka surat terakhir pemeriksaan, datin nora berhenti dan menatap lama muka surat tersebut.ada sekeping gambar hitam putih.ya, gambar baby scan dan baby itu adalah cucunya.
belakang gambar itu ada tertulis baby boy.timbul rasa tidak sabar untuk bertemu si kecil itu.kuat datin nora menafikannya kuat lagi niatnya yang satu itu muncul.akhirnya buku tersebut ditutup.
dia harus segera keluar dari bilik ni.

holla!! lately ni malas sikit sebab tu update sendu sikit😚
tnks kepada yang sudi membaca dan sudi vote..sayang sayang ketat sendat padat gila yang selalu vote tu..psstt saya tahu tau sapa yang selalu vote tu...kalau nak mention nama pun boleh.setia sungguh dia.lepas ja update, mesti naik notifiction dari dia.sayang awak muah😘

ohh ya vote sikit sebagai hadiah saya dapat DEKAN semester ni😁.ingat senang ka nak survive dalam architecture ni, susah bhaii😵😵...
kalau anda vote saya sambung phd terus😂😂😂

keep it secret!Where stories live. Discover now