bab 12

2.1K 54 0
                                    

bunyi guruh yang kuat buatkan adeen tersedar dari keterlanjuran.dadanya terus ditolak oleh huril.
huril dengan pantas berlari keluar dari bilik adeen.

"astaghfirullahaladzim...apa yang aku dah buat tadi.kenapa aku boleh terlanjur macam tu sekali."mengucap panjang adeen.terasa hinanya diri dia sekarang.dia bukanlah jenis lelaki yang menghancurkan wanita, tetapi pelindung kepada wanita.dia sendiri pun tak tahu apa yang merasuk dia sehingga dia bertindak demikian.

air wudhuk diambil.adeen mahu memohon keampunan daripada tuhan yang esa.
****************************

sungguh aku rasa macam perempuan murah! kenapa senang sangat aku rebah kepada maksiat.nak marah adeen pun tak guna juga sebab benda tak akan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan.macam mana aku nak hadap adeen lepas ni.mesti dia ingat aku perempuan jalang.aku malu! malu dengan adeen, malu dengan diri sendiri dan paling malu dengan Allah!

mungkin kerana ayatnya yang satu itu buatkan insan seperti aku lemah.jujur ke apa yang adeen katakan tadi.dia cinta aku?
********************************

sejak dua tiga hari daripada kejadian yang memalukan tu, aku cuba mengelak daripada bertembung dengan adeen.bila dia turun makan, aku masuk bilik, bila dia balik kerja, aku pura-pura sibuk..macam-macam aku buat untuk tak bersua muka dengannya.

sedang aku mengemop lantai dapur tiba-tiba tanganku ditarik hingga ke dalam stor.pintu stor ditutup rapat dan dikunci.

adeen?!
apa yang dia nak? dia bawa aku ke sini sebab nak kasi benda yang sama jadi lagi ke macam mana?

"tepi la adeen aku nak keluar."suara aku perlahankan.

"huril...asal susah sangat nak nampak muka awak huh? saya tahu awak marahkan saya, tapi tolonglah jangan buat macam ni.kita dicuss baik-baik."katanya sambil menghadang pintu.

"tak ada apa yang nak kena bincang pun.."jawabku mendatar.kalau boleh aku tak nak berdua-duaan dengan dia macam ni.pecah jantung aku ni.simpton pecah jantung, berdebar dan rasa berbunga semua ni aku alami sejak hari adeen bergurau nak kahwin dengan aku.

"huril wait! saya minta maaf sangat-sangat pasal hal haritu.jujur saya cakap saya tak kuat bila dengan awak.perasaan untuk miliki awak terlalu kuat."bersunguh-sungguh dia minta maaf.aku terpaksa turunkan egoku.

huril kau kena maafkan dia.sebab apa, sebab kau pun dua kali lima je dengan dia.

"dah la...semua tu bukannya salah kau seorang, aku pun sama.kalau aku menolak boleh la kau minta maaf macam sekarang ni.ini tidak aku pun terikut sama." fuhh malunya nak nak cakap! adeen tersenyum.

"thanks huril.saya harap sangat awak tak anggap saya jenis lelaki yang macam tu.terima kasih sebab sudi maafkan saya.
oh ya...about those words memang ikhlas saya ucap...saya tak tipu.sumpah!"
ligat otakku mememikir apa yang dimaksudkannya.oh aku dah dapat.automatik pipiku merona merah dan panas.

"yang mana ehh?" saja aku pura-pura tak tahu.

"alah yang...yang tu lah" alamak malu-malu pula.sepatutnya aku yang perlu malu.

"yang mana??" masih mengusik.entah kenapa aku rasa bahagia gila.

"yang i love you tulah..memang ikhlas saya cakap....saya cintakan awak huril.saya dah fall in love dengan awak sejak hari kita main ice skating tu lagi.awak ada rasa yang sama macam yang saya rasa?" ucap aden romantis.dapat aku lihat kejujuran dalam anak matanya.

aku terus terdiam.aku sebenarnya keliru dengan perasaan sendiri.kalau cinta tu mungkin tak rasa lagi tapi perasaan sayang yang teramat memang ketara sekali.buktinya, kalau adeen balik kerja mesti aku akan bancuhkan jus guava dekat dia..kalau dia sakit sikit mesti aku rasa risau..errr itu lebih kepada sayang kan? bukan cinta betul tak?

adeen pov

"yang i love you tulah..memang ikhlas saya cakap....saya cintakan awak huril.saya dah fall in love dengan awak sejak hari kita main ice skating tu lagi.awak ada rasa yang sama macam yang saya rasa?" berpeluh aku tunggu jawapan dari huril.cepat la huril oii, berdebar jantung saya ni.

"belum..aku belum ada rasa cinta dekat kau lagi.tapi kalau sayang tu memang melimpah ruah." sayang pun sayang lah.daripada tak ada lansung! aku tersenyum.

"be my girl.saya akan tunggu sampai perasaan cinta awak tu datang.boleh tak?" dia tersenyum.

"kau lamar aku dalam stor?"
aku tergelak.

"ini je yang sempat."ujarku.senyuman masih dikekalkan.biasalah orang bahagia.

"tapi macam mana dengan mummy kau..dia mesti tak suka.mak aku pun tak kasi aku kawan rapat dengan kau..dia takut kita terjatuh cinta.tapi dah terjatuh dah pun! lagipun aku dah janji tak nak ada apa-apa feeling pun dekat kau" soalan huril buatkan aku mengeluh panjang.

"keep it secret..pasal perjanjian tu nak buat macam mana...dah namanya jodoh "kataku.

"yakin benar jodoh..tapi sampai bila kita nak rahsiakan benda ni?"tanya huril.

"sampai benda ni terkantoi sendiri."tenang aku menjawab.terkebil-kebil mata huril.

"so how? will you be my secret love?" huril tersenyum.

"i will" tercetus ketawa kecil dari mulut masing-masing.

keep it secret!Where stories live. Discover now