CEPAT sangat masa berlalu. Dua hari sudah pun berlalu. Sekarang aku kemaskan pakaianku untuk diletakkan ke dalam beg aku bersiap sedia kemaskan beg supaya tidak kelam kabut nanti. Mummy tiada di rumah dia keluar sekejap ingin ke Supermarket. Aku pun terfikir ingin pergi ke bilik mummy. Aku pun beroleh ke bilik mummy dan membuka pintu biliknya.
"Wah cantik dan kemas la bilik ni" Getusku di dalam hati.
Aku pun beroleh ke meja solek. Macam Queen pula mummy ni haha. Tapi aku ternampak satu album kami sekeluarga tapi apasal gambar daddy macam kena koyak je. Sedih..
"Aik mummy ada diary. Hm nak baca la sikit. Sorry mummy ira baca. Lagipun ira ni anak mummy jugak kan." Aku berkata di dalam hati.
Hidup ini tidak pernah lari dari dugaan.
Aku redha dengan dugaan yang diberi.
Setelah hidup bertahun bersamanya dan mempunyai 2 orang anak. Sungguh aku tidak boleh menerima penceraian kami.
Sumpah aku masih seperti dulu dan masih menyimpan perasaan sayang dan cinta tetapi perasaan benci kian mendalam. Tapi aku redha. Mummy minta maaf ira dan Qarl kerana terpaksa menerima dugaan penceraian antara mummy dengan daddy. Walaupun kita tidak tinggal bersama mummy tetap ibu kamu sampai bila bila. Sayang mummy dengan ira dan Qarl tidak pernah hilang. Mummy faham kamu sangat sedih tapi apakan daya semua ada hikmah kenalah terima dugaan yang diberi ini. Air mata jugalah yang sentiasa menjadi penemanku apabilaku sedih. Aku yakin semua ada hikmah disebaliknya.Aku baru membaca muka surat yang pertama. Ya allah aku sangat sedih dan air mataku mula menitis setitik demi setitik. membaca ayat yang terdapat di diary mummy dalam muka surat yang pertama. Betapa tabahnya mummy. Dialah wanita yang kuat aku pernah jumpa. Aku tidak sampai hati untuk membaca muka surat yang seterusnya. Aku pun mengambil iPhone6 plusku dan snap muka surat yang pertama di diary mummy yang telah aku baca itu supaya aku boleh baca lagi jikalau aku mahu.
Tiba tiba pintu diketuk menandakan mummy sudah balik. Aku pun cepat cepat meletakkan kembali buku diary itu ditempat tadi dan menutup pintu bilik mummy.
Tok tok tok tok ..
Aku pun membuka pintu.
"Eh mummy dah balik. Mari ira tolong angkat barang tu" Kasihanku melihat mummy mengangkat barang yang banyak itu bersendirian.
"Thankyou sayang" Datin Khatejah senyum melihatku.
"My pleasure mummy." Aku memberi senyuman sambil mengangkat barang yang di beli itu.
Selesai sahaja mengemas barang mummy mengajakku ingin memasak Cake Choclate Strawberry Yummy. Kami berdua pun menyediakan peralatan apa yang patut untuk digunakan dalam membuat kek. Setelah siap aku pun menyimpan kek itu ke dalam bekas kontena untuk dibawa bersama dan beri kepada abang dan daddy.
Sampai sahaja ke rumah aku pun pergi ke bilikku untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Sebelum bergegas pergi ke bilik mandi tiba tiba iPhone6 plusku berdering sangat nyaring minta diangkat. Aku pun menyambut panggilan itu.
"Hello"-Aku
"Hai assslammualaikum." -Aran Qey
"Waalaikumsalam. Ye ada ape call saya?" -Aku
"Hm takde saje je borak2 hahahaha"Aran Qey
"Hm awak ni esok kan boleh jumpa" -Aku
"Hehe okay. Cuma nak tanya awak sihat ke?" -Aran Qey
"Alhamdulilah sihat. Awak?-Aku
"Oh. Alhamdulilah sihat jugak. Okey la byeee awak" -Aran Qey
"Ok" -Aku
Setelah talian dimatikan aku pun pergi ke bilik mandi. Setelah siap aku terus menunaikan solat lalu aku silentkan iPhone6 plusku agar tiada gangguan semasa aku sedang khusyuk solat.
Usai membuat apa yang patut. Aku pun mengambil satu plastik berisikan bekas kontena di dalam ada kek itu. Aku pun pergi ke bawah ingin memberi kek yang aku buat bersama mummy dan juga ingin berborak bersama abang dan daddy yang sedang berada di ruang tamu. Aku pun turun ke bawah lalu mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan abang dan daddy duduk berhadapan denganku.
"Eh daddy Aran Qey datang melamar tadi kan?" Qarl Kirl yang ingin mengusik adiknya. Dato' Qalid Ab hanya diam dan tersenyum faham akan maksud Qarl Kirl itu.
"Ish abang ni takyah la nak sebut2 nama dia. Kitorang takde apa apa pun" Aku hanya menahan geram.
"Yela tue. Abang taknak dengar eh kalau korang tiba tiba nak kahwin. Takde apa apa konon. hahahahahhhaha" Qarl Kirl tersenyum seperti kerang busuk dan ketawa terbahak bahak.
"Abang! Sudah sudahlah tu malas nak dengar nama dia. Ira nak borak dgn abang dengan daddy. Yang abang sibuk sibuk cakap pasal dia ni apa hal?" Mendatar sahaja nadaku lalu mencubit pahanya sekuat kuatnya.
"Eeeee sakit lah ira ni" Qarl Kirl mengosok perlahan pahanya yang telah dicubit itu.
"Padan muka siapa suruh bluekkkkk" Aku mengeluarkan lidahku tanda mengejek.
"Nah ini kek ira buat dengan mummy tadi sebelum ira balik sini" Aku terus membuka penutup kontena itu. Abang dan daddy mengambil kek itu lalu menyuapkan ke dalam mulut mereka.
"Daddy ira nak cakap something kat daddy ni. " Aku tersenyum. Daddy pun membalas senyumanku dan wajahnya seperti penuh dengan tanda soal.
"Ye ira apedia?" Tanya Dato' Qalid Ab lembut.
"Ira cadang nak buka cafe dan butik boleh ke? " Aku bercakap dengan penuh berharap.
"Wah ira ni dah pandai fikir nak ada business ke? I'm so proud of you sayang." Dato' Qalid Ab menunjukkan wajahnya yang bangga.
"Hehe ye daddy. Lagipun memang impian ira pun nak buka Cafe dan Butik ni." Aku berkata lembut dan senyum.
"Eleh nak jadi business woman konon haha jangan jadi boss yang garang nanti pekerja berhenti. Kesian baru kerja satu hari dah berhenti sebab boss garang hahaha" Qarl Kirl menyakat adiknya itu dengan ketawa terbahak bahak.
"Eh abang ni kenapa ira tak cakap dengan abang. Abang diam ah! Malas nak layan" Aku berkata dengan nada marah kerana hari ni aku takde mood. Biasalah bulan tue datang hahaha faham faham lah ye perempuan.
"Hmm yela tak best la sakat adik time time adik bendera merah ni hm. Yela abang diam" Kata Qarl Kirl acah acah merajuk. Aku hanya tidak menjawab dan mengedahkan saja.
"Eh daddy sorry sorry. Abang ni kacau. Bolehkan ira nak buka ni?. Kalau boleh ira nak buka bulan depan lah. So ada tiga kerja lah ni untuk ira uruskan. Yang pertama projek untuk AQ Holdings tue. Kedua cafe dan last butik." Terangku kepada daddy.
"Kalau itu yang ira nak. Daddy okey je. Nanti daddy bagi duit." Dato' Qalid Ab berkata dengan lembut.
"Yeha! Okey daddy. This is why i love you also I'm so grateful have dad like you. Always supporting me and always there for me!" Aku tersenyum bangga dan mencium pipi daddy.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Romance[In updating] SLOW UPDATE. [[First Story Romance by @kyranah]] Dia belajar di luar negara 6 tahun. Tanpa pengetahuannya ibu bapanya telah bercerai. Balik sahaja ke Malaysia dia terkejut dan amatlah sedih setelah mengetahui bahawa ibu bapanya telahpu...