Bab 11

138 6 0
                                    

          AKU terlena selepas bermain game. Aku terlupa yang aku bukan bersendirian tadi. Aku pun menoleh ke sebelahku di mana tempat yang diduduki oleh Qey.

"Eh mana Qey ni, macam mana aku boleh tertidur ni sedangkan Qey ada sini waduh" Aku berkata seorang diri lalu menampar dahiku perlahan.

Pintu pun dengan tiba tiba terbuka. Qey datang dengan membawa makanan untuk dirinya dan untuk ira.

"Eh ira dah bangun?"  Qey ternampakku dan dia sedang menyimpan makanan di meja bersebelahan dengan katilku.

"Ye baru je. Sorrylah awak saya tak sangka boleh pula tertidur hihi" Aku sengih senget.

"Takpelah. Awak tu kan sakit kenalah banyak berehat." Aku hanya senyum kepadanya.

"Eh ni saya ada belikan awak makanan. Mesti awak laparkan"  Qey tersenyum dan menghulurkan makanan kepadaku. Aku pun membalas senyumannya dan mengambil makanan yang telah dihulurkan oleh Qey itu.

"Alah awak ni susah susah je. Simpan simpanlah duit awak tu." Aku merungut.

"Alah awak ni tak susah pun la. Bukannya mahal pun lagipun, inikan dikira macam sedekah jugak kan?"  Qey berkata lembut."

"Oh yelah. Mari kita makan sama sama. Saya pun dah lapar ni hehehe" Aku ketawa kecil. Kami pun menikmati makanan itu dengan penuh selera.

Selepas mereka habis menjamu selera. Qey pun mengambil bekas makanan ira dan makanannya untuk dibuang ke tong sampah. Qey pun pergi kembali duduk di tempatnya di kerusi lalu bermain dengan telefonnya manakala ira pula sedang meneguk air mineral. Tiba tiba pintu itu dibuka. Qey dan ira serentak melihat ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang. Terpampanglah wajah Qarl Kirl disitu apabila pintu dibuka. Tiba tiba Qarl Kirl tersenyum manis. Senyumannya seperti ada maksud.

"Eh sorry kacau daun"  Qarl Kirl yang semakin menghampiri Qey dan ira lalu dia pun duduk di sofa yang disediakan. Qey pun beredar dari duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil ira dan pergi ke sofa yang diduduki Qey.

"Hey bro"  Qey bersalaman dengan Qarl Kirl dan mereka saling berpeluk.

"Macam mana semua okey ke?"Qarl Kirl bertanya kepada Aran Qey.

"Hm ya okey. Betul cakap kau bro lama lama okey hahahaha."  Qey senyum sambil menepuk bahu Qarl.

"Hahaha kan aku dah cakap. Aku kenal dia lah. Kalau kau ada apa apa masalah bagitau aku je." Qarl Kirl ketawa. Ira yang mendengar perbualan mereka langsung tidak faham, padahal topik perbualan mereka itu ialah dia.

          SUDAH hampir seminggu aku ditahan di wad. Seminggu jugalah aku tidak pergi ke kerja. Tapi hari hari aku berjumpa dengan boss aku. Faham fahamlah hahaha.

"Awak dah siap kemas barang awak ke?" Tanya Qey yang hanya melihat aku yang sedang menzipkan begku.

"Ya dah siap ni" Aku bersiap sedia ingin balik ke rumah.

"Saya dah bayar bil awak ni dan ni ubat awak. Ikut arahan kat sana berapa kali sehari nak makan okey."  Qey mengeluarkan sebuah resit dan memberiku. Aku mengambilnya lalu resit itu bertukar tangan.

"What? saya dah banyak susahkan awak" Aku terkejut tambah tambah lagi rasa bersalah. Banyak sangat dah dia tolong aku.

"Takpe, saya ikhlas. Awak janganlah risau" Terlihat wajahnya yang ikhlas.

"Yelah, jom lah gerak. Tak sabar nak balik rumah ni" Dah la bosan duduk hospital kalau 3 hari takpe ni 1 minggu.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now