FOKUS menonton televisyen tiba tiba sahaja aku teringatkan iPhone6 plusku yang belum aku buka dari tadi. Aku pun bergegas pergi ke bilik.
Sampai sahaja di bilik aku pun melihat iPhone6 plusku. 20 Missed call daripada "Aran Qey 🌚". Aik kenapa dia call ni.
Setelah itu aku membuka aplikasi whatapps pula. Eh ada tiga chat dari Qey. Aku pun membuka chat itu.
"Assalammualaikum"
"Awak busy ke harini?""Kan harini saya nak tunjukkan something kat awak. 😜"
Hari ini aku fikir nak rest je. Aku terlupa chat Qey semalam disebabkan aku terlalu gembira nak rest, tidur makan tidur makan. Haha xD. Aku pun reply chat Qey.
"Wa'alaikumsalam"
"Tak busy pon"
"Saya terlupalah pasal tu, sorry Qey 🙏🏻"
"Malam nanti okay kita jumpa? 😁"
"Saya nak rest siang hari ni 👻"
Aku pun menutup skrin iPhone6 plusku itu dan memegangnya. Aku menyambung menonton televisyen iaitu drama kegemaranku. Terfikir nak ada suami macam kat drama tu pulak. Kacak,baik,soleh,sweet dan penyayang.
iPhone6 plusku yang aku pegang dari tadi tiba tiba sahaja bergegar menandakan ada chat daripada whatapps.
"Eh mak kau hijau! Terkejut aku hadoi" Termelatah pula kerana sibuk mengelamun. Hampir nak jatuh iPhone6 plus aku. Aku pun membuka chat daripada Qey.
"Ya memang malam ni awak 😂"
"Malam ni lepas isyak 👌🏻"
"Saya ambil awak kat depan rumah awak 😇"
"Jangan lambat sangat bersiap hehe 😂"
Hahaha luculah Qey ni. Selama ni memang lama sangat ke aku bersiap? Apalah agaknya yang dia nak tunjukkan malam ni. Aku pun reply chat whatpps daripada Qey itu.
"Okey awak"
"Mengada la awak ni 😒 memang selama ni saya lambat bersiap ke?"
Tak sampai beberapa minit chat aku terus dibalas.
"Hahaha taklah gurau je tu 😆"
"Janganlah marah 😝"
Lalu aku reply..
"Yelah, tak marah pun"
"Okaylah awak. Jumpa malam ni"
Aku pun off data di iPhone6 plusku lalu menyambung menonton dramaku.
ARAN QEY sibuk mengatur satu majlis kejutan untuk Qirain Kirasha di belakang rumahnya untuk disambut malam ini selepas isyak. Dia juga meminta tolong kepada Lyyna Christyna kawan baik Ira termasuk juga Qarl Kirl kawan baiknya, abang kepada Ira dan terakhir Dato' Qalid ayah kepada Ira dan juga bakal mertuanya (eh eh) untuk design majlis itu bagaimana mengikut citarasa Qirain Kirasha.
"Thankyou korang semua sebab tolong aku atur majlis ni" Semua orang hanya tersenyum. Qey berasa gembira sangat sebab semua yang di atur berjalan dengan lancar.
Majlis tahlil juga akan disambut di luar depan rumah Qey yang telah disusun khemah dan pentas kecil untuk persembahan ahli ahli tahfiz itu.Majlis itu Aran Qey menjemput anak yatim dari Tahfiz Madrasah Al-Nur untuk majlis tahlil dengan solat magrib dan isyak bersama sama.
Apabila semua yang dijemput hadir telah tiba, mereka pun segera bersama sama menunaikan solat isyak. Selepas solat isyak semua anak yatim mengalunkan zikir bersamaan dengan kompang dan alat muzik mereka yang lain. Semua yang lain hanya ikut setiap zikir dan lagu yang dialunkan oleh pelajar tahfir itu. Sungguh merdu didengari.
Selepas itu, mereka semua pun menghidangkan makanan masing masing. Qirain Kirasha tidak ikut bersama kerana untuk diberi kejutan di belakang rumah Aran Qey yang sangat romantik permandangannya. Lagipun Qirain Kirasha bendera merah. hahahahaha.
"Qey, pergi la ambil buah hati kamu tu. Papa dah tak sabar dah ni" Kata Dato' Hj. Kamal teruja.
"Kejap lagi pa, Qey rasa gementar ni" Balas Aran Qey dengan wajahnya yang sangat gementar.
"Alahai kamu ni. Tak perlulah nak gemetar sangat. Banyakkan berdoa" Ujar Dato' Hj. Kamal lembut.
"Eleh gementar konon" Aray Qay menyampuk.
"Hahaha along ni, mestilah gementar. Tak pasal pasal kena reject." Balas Aran Qey dengan wajah yang mencuka.
"Alaa pa tengok ada papa yang satu ni tak gentleman langsung" Aray Qay memerlinya.
"Eee along ni" Aran Qey mendengus kasar.
"Istigfar banyak banyak, insyallah kamu boleh tu. Kamu tu lelaki kena berani okay! Goodluck!" Ujar Dato' Kamal lembut sambil memeluk Aran Qey.
"Nah dengar tu Qey hahahaha" Aray Qay pula mencebik.
"Ish along diam ah" Balas Aran Qey acuh tak acuh.
"Okey Qey jalan dulu. Doakan Qey semoga semua berjalan lancar." Semua hanya senyum dan tidak sabar menanti Qirain Kirasha.
Dalam perjalanan ingin ke luar rumah. Aran Qey ingin berjumpa dengan Qarl Kirl.
"Bro, aku dah nak ambil ira dah ni" Ujar Aran Qey dengan gementarnya.
"Okey baiklah, goodluck bro! Jangan gementar okay!" Balas Qarl Kirl sambil menepuk bahu Aran Qey. Aran Qey hanya senyum dan bejumpa dengan Dato' Qalid yang tidak jauh dari situ sedang bercerita dengan ibunya.
"Daddy Qey dah nak ambil ira ni" Kata Aran Qey.
"Okey hati hati jalan tu, goodluck!" Balas Dato' Qalid lembut.
"Okey daddy bye" Jawab Aran Qey dan berlalu pergi.
Jeng jeng jeng! Tak sabar ke nak baca bab seterusnya hehehehe. Macam manalah agaknya reaksi Qirain Kirasha ye hehe. Sweeeeet sangat Aran Qey ni, dah la bagi suprise jeleous author HAHAHAHA.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Romance[In updating] SLOW UPDATE. [[First Story Romance by @kyranah]] Dia belajar di luar negara 6 tahun. Tanpa pengetahuannya ibu bapanya telah bercerai. Balik sahaja ke Malaysia dia terkejut dan amatlah sedih setelah mengetahui bahawa ibu bapanya telahpu...