AKU membuka mataku perlahan lahan lalu memegang kepalaku yang terasa sakit. Mataku kini terbuka luas menandakan aku boleh melihat dihadapanku yang adanya jam dinding menandakan pukul 9:30 pagi. Aku hairan aku tidak berada di dalam bilikku tetapi berada di hospital.
"Mustahil aku kat hospital ni" Aku berkata seorang diri lalu mataku menoleh ke arah sebelahku. Terlihat Qey yang sedang tidur dengan membaringkan kepalanya di kedua dua belah tangannya yang bersilang dan wajahnya menghadap sebelah kiri yang membolehkan aku melihat wajahnya.
"Hm awak dah bangun?" Tanya Qey tiba tiba dengan nada yang baru sedar dari tidur.
"Kenapa saya kat hospital ni? kenapa awak ada kat sini?" Aku sedikit keliru dan hairan.
"Awak pengsan di lif kat office. Jadi saya terpaksa la angkat ... " Qey tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana telah dipotong olehku.
"Jangan cakap awak angkat saya please." Mendatar sahaja suaraku bercakap.
"Hm saya tak buat apa apa pun kat awak ira. Saya just angkat awak dan bawa awak pergi hospital itu je" Qey jujur.
"Awak keluar sekarang!" Dingin sahaja suaraku.
"Awak saya minta maaf." Qey merayu.
"Keluar sekarang sebelum aku teriak. Bagi aku masa untuk rehat" Aku mendengus kasar kerana tidak boleh menerima tubuhku telah diangkat sewaktu aku pengsan. Ya allah berdosakah aku?
"Baiklah awak. Takecare." Qey membuka pintu dan terus beredar dari situ. Baru sesaat Qey keluar dari bilik itu, dia terserempak dengan Qarl Kirl sahabat baiknya yang baru datang dan menegurnya.
"Eh bro awal juga kau nak balik ni. Kau ada kerja ke?" Qarl Kirl pelik melihat wajah Qey yang sedih.
"Taklah. Ira suruh aku keluar bagi dia rehat" Suara Qey sayu.
"Alaaa bro lek lah. Biasalah perempuan hahaha" Qarl Kirl tersenyum dan menepuk bahu Qey perlahan.
"Ira tanya kenapa dia kat hospital dan kenapa aku ada kat sini. Aku pun jawablah dia pengsan di lif kat office. Jadi aku cakap terpaksa la angkat dia bawa ke hospital Lepastu dia marah dan suruh aku keluar so aku keluar je la." Qey memberi penerangan.
"Ira tu tak suka lelaki bukan muhrim sentuh dia, kan berdosa tu.. Maybe dia tak biasalah tue. Sabar je la lama lama ira okay lah tue. Don't worry be happy okay! Nanti dia kan bakal isteri kau jugak haha." Qarl Kirl senyum lalu mengenyitkan matanya.
"Haha Amin. Okeylah bro. Aku gerak dulu. Cau." Qey terus beredar dari situ.
"Okey cau" Qarl Kirl pun terus beredar pergi ke bilik wad yang di mana adiknya ditempatkan.
Qarl Kirl dalam perjalanan ingin menuju ke wad di mana adiknya ditahan. Setelah sampai dia pun membuka pintu itu dan masuk ke dalam. Terlihat aku yang sedang termenung.
"Ira" Panggil Qarl Kirl.
"Eh abang dah sampai, ira lapar lah" Aku merengek manja.
"Eleh, nah abang ada belikan makanan favourite ira ni" Qarl Kirl memberi bungkusan makanan itu kepadaku. Aku pun mengambil bungkusan makanan tersebut dan memakannya.
"Emmm sedapnya. Thankyou abang" Aku berkata manja lalu tersenyum memandang abang yang turut membalas senyumanku.
"My pleasure sayang." Qarl Kirl melihatku yang sedang menikmati makanannya.
"Daddy mana?" Tanyaku
"Kejap lagi daddy datanglah tu" Jawabnya.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Romance[In updating] SLOW UPDATE. [[First Story Romance by @kyranah]] Dia belajar di luar negara 6 tahun. Tanpa pengetahuannya ibu bapanya telah bercerai. Balik sahaja ke Malaysia dia terkejut dan amatlah sedih setelah mengetahui bahawa ibu bapanya telahpu...