Bab 14

118 7 0
                                    

          SIBUK sangat bekerja aku terlupa untuk melihat jam. Alamak! Aku dah terlebih 10 minit untuk pergi ke office Qey dan makan bersamanya. Aku pun cepat cepat beredar dari bilik officeku dan pergi ke bilik officenya.

Tok tok tok...

"Masuk" Aku pun masuk terlihat Qey sedang duduk di tempat yang kami selalu makan bersama bekal yang berada di atas meja dan sedang bermain dengan iPhoneXnya.

"Er awak sorry saya lambat. Saya terlupalah nak tengok jam, saya fokus sangat buat kerja" Qey hanya senyum melihat wajahku yang seperti kelam kabut sahaja.

"It's okay. Saya faham, jomlah makan saya dah lapar dah ni tunggu awak" Qey terus membuka bekalnya itu.

"Kenapa awak tak makan je dari tadi, tak perlu kot nak tunggu saya" Aku pula berasa serba salah kerana dia sanggup tunggu aku sedangkan dia dah lapar.

"Takpe awak. Berjam jam pun saya sanggup tunggu. Demi awak hehehe" Qey ketawa kecil.

"Eleh mengada" Aku memberi muka menyampah kepadanya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutku.

"Macam awak kan?" Qey tersenyum nakal.

"Ish! Mengarutlah awak ni" Geram aku dibuatnya.

Tanpa bunyi pintu itu diketuk, tiba tiba datang seorang perempuan yang memakai dress separa paha. Aku dan Qey berpandangan dan mengerutkan dahi. Apasal pula dia datang kat sini?

"Hai Qey how..." Kata Sofea terhenti apabila melihatku.

"Eh bukan you ke haritu dengan Qey?" Soal Sofea menanti jawapan daripadaku untuk kepastian.

"Yes me" Tenang sahaja aku menjawab soalannya.

"You dan Qey dasar penipu! Tunang konon?" Sofea melihatku dari atas hingga bawa. Makin meluat aku melihat gayanya. Aku hanya diam biar Qey saja yang menjawabnya.

"Awak buat apa kat office i ni? Ketuk pintu pun tak." Qey mendengus kasar dengan perangai gedik perempuan itu.

"Tak salah kan i nak lawat you? I tahu la you belum tunang. Lagipun i nak tanya ni you dengan perempuan ni ada hubungan ke? Sampai teman you makan siap bawa bawa bekal lagi huhh.."Sofea menjelingku sekilas. Aku diam dan hanya menjadi pemerhati.

"Kalau nak lawat pun tak payah lah datang sampai kat office i dan kalau i ada hubungan dengan dia sekalipun bukan urusan you lah! Pergi berambus!" Qey hanya menahan geram, ingin saja dia menampar sofea itu nanti jadi lelaki dayus pulak pukul perempuan, sabar jelah.

"Sampai hati you Qey! Pasal betina ni lah sebab you berubah kan! Dulu you tak pernah layan i macam ni!" Teriak sofea bagaikan orang gila.

"Ira tiada kena mengena you jangan nak masukkan dia! You yang berubah, sejak you cakap you suka i, you makin gedik sampai nak goda i ! Kita ni kawan just kawan sampai bila bila kawan! Banyak lagi lelaki lain kat luar sana faham tak!" Qey teriak sekuatnya menahan geram dan mukanya mula merah merona.

"Okey takpe Qey, i pastikan yang you takkan bahagia dengan betina ni! Okey bye!" Terlihat wajah Sofea seperti tersenyum sinis dan beredar dari situ.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now