HARI ini aku rasa lain daripada yang lain. Papa kata dia lambat balik ada urusan kat office dan abang pula nak lepak dengan kawan. Jarang sangat aku satu orang kat rumah malam malam ni.
Tiba tiba iphone6 plusku berbunyi dengan nyaring sekali untuk minta diangkat. Aku pun mengangkat panggilan tersebut.
"Assalammualaikum" - Aran Qey
"Waalaikumsalam" - Aku
"Awak dah bersiap ke? Saya dah nak sampai ni" - Aran Qey
"Dah siap ni, saya tunggu awak ambil saya je" - Aku
"Okay awak. Tunggu tau." -Aran Qey
"Okay awak" - Aku
Talian pun terus dimatikan..
Aku pun kembali termenung memikirkan apalah yang si Aran Qey ni nak tunjukkan. Pelik sangat hari ini sebab abang dan daddy lewat balik lepastu Qey ni pulak nak tunjukkan something. Macam ada sesuatu je malam ni.
"Hm bagus aku tunggu kat luar senang sikit nak tengok dia dah datang ke tak" Getusku di dalam hati.
"Haha, dah sampai pula dia ni. Aku baru je keluar" Kataku seorang diri sambil ketawa kecil. Aku pun terus mengunci pintu dan pagar lalu beredar pergi ke kereta Aran Qey. Macam biasa Aran Qey akan membukakan pintu untukku.
"Silakan masuk my angel" Arah Aran Qey dengan senyuman manisnya.
"My Angel la sangat hahahaha" Aku pula yang tersipu malu.
Setelah sampai di destinasi yang ingin dituju. Aran Qey meminta kebenaran untuk menutup mataku. Aku hanya membiarkan saja dia menutup mataku menggunakan sapu tangan itu.
"Awak tunggu sini kejap ye" Arah Aran Qey lembut.
"Okey.. Jangan lama tahu" Balasku dengan nada perlahan.
Aran Qey menyuruh Qirain Kirasha menunggunya di kereta kerana ingin memberi syarat kepada tetamu dan keluarganya yang berada di rumah itu.
"Guys, ira dah ada kat kereta tu. Qey nak minta tolong korang semua agar beri kerjasama okay" Semua yang di sana tidak sabar menanti kedatangan Qirain Kirasha.
"Semua senyap okay, supaya tak kantoi korang pun ada kat sini hehe" Arah Aran Qey tegas.
"Cepat la Qey bawa ira masuk tak sabar dah ni" Datin Arainah sedikit merungut.
"Alaa Qey tengah nerveous ni mama" Balas Aran Qey pula.
"Banyakkan istigfar nak, pergilah bawa ira masuk kesian ira tunggu lama lama kat sana" Arah Datin Arainah sambil tersenyum lebar dan memeluk anaknya.
"Okay mama" Aran Qey pun terus beroleh pergi ke tempat kereta yang diparkingnya untuk membawa Qirain Kirasha masuk ke dalam.
"MANA Qey ni takut pula aku dah la gelap"Kataku seorang diri.
"Cari saya ke? Hehe saya dah datang ni" Aran Qey menbuat muka nakal walaupun Qirain Kirasha tidak dapat melihat wajahnya.
"Errr awak dengar ke saya cakap tadi?" Tanyaku lalu tersengih.
"Ye dengar tapi awak tak nampak apa apa kan?" Tanya Aran Qey pula.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Romansa[In updating] SLOW UPDATE. [[First Story Romance by @kyranah]] Dia belajar di luar negara 6 tahun. Tanpa pengetahuannya ibu bapanya telah bercerai. Balik sahaja ke Malaysia dia terkejut dan amatlah sedih setelah mengetahui bahawa ibu bapanya telahpu...