Bab 3

149 1 0
                                    

SETELAH menunaikan solat isyak, Miya melayari internet pula. Bersantai di ruang tamu lebih selesa berbanding terperap dalam bilik. Selain dapat memandang keindahan alam melalui balkoni, dapat juga menghirup udara segar.

Sesekali berangan mendiami megapuri seronok juga. Hilang segala gundah di hati, terbang semua masalah yang menghimpit. Namun semua itu akan menjelma semula pabila terbitnya mentari. Begitulah kitaran hidup yang perlu dilalui demi kelangsungan hidup dan mendewasakan diri.

Sebaik terlihat photo-photo kereta yang dihantar rakannya, baru Miya teringatkan kereta Volvo antik siang tadi. Terasa pelik pula lelaki itu tidak menghubunginya. Berdasarkan suaranya, berbudi bahasa jugaklah orangnya. Bagaimana rupanya tidak dapat pula dia bayangkan. Tapi kalau sukakan kereta antik, gayanya tentu sahaja macam orang dulu-dulu!

Tanpa berlengah, jari Miya pantas menyemak panggilan masuk daripada lelaki itu. Kemudian dia terus menghubunginya untuk memastikan kunci kereta tersebut telah selamat diterima.

Beberapa kali juga dia mencuba, namun masih tidak berangkat. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefonnya kemudian sahaja. Sementara itu, dia bercadang mahu menyimpan nombor telefonnya. Takut terpadam tanpa sengaja pula. Seketika dia berkira-kira sendiri hendak letak nama orangnya.

Tiba-tiba datang idea nakalnya. Sebentar tadi dia turut terbaca rakannya memuat naik status berkenaan nama-nama yang disimpan di telefon. Berbagai gelaran diberikan kepada rakan tertentu untuk melindungi identiti mereka dari diketahui orang lain.

Miya tersenyum sendiri setelah menaip nama gelaran untuk jejaka itu. Jejakalah sangat! Alah, tiada siapa yang tahu melainkan dirinya. 'Dah susah sangat nak dihubungi, nasib kaulah!' desisnya.

Ketika Miya asyik melayari Facebook, teman serumahnya sudah tercegat di hadapannya.

"Pinjam telefon," pinta Ain tiba-tiba. Dia yang baru keluar dari bilik telah menadah tangan.

"Nak call siapa?" tanya Miya sambil menyerahkan telefonnya kepada gadis itu.

"Mak aku. Bateri telefon habis pulak, tadi terlupa cas," beritahunya.

Balik kerja tadi, dia terus mandi dan bersolat maghrib. Kemudian sambung menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada hari esok. Walaupun esok pagi boleh sahaja disiapkan di pejabat, Ain memilih membuatnya di rumah sahaja.

"Okey..." Miya memberi tumpuan pada kaca televisyen pula.

Perbualan Ain dengan emaknya cuma sebentar sahaja. Setelah bertanya khabar dan beritahu yang dia akan pulang pada hujung minggu hadapan, dia segera menamatkan perbualan. Cadangnya sebelum tidur nanti dia akan menghubungi semula emaknya. Sedar emaknya rindu dan mahu berbual panjang dengannya.

Belum sempat Ain menyerahkan telefon kepada Miya, tiba-tiba ada panggilan masuk pula. Sepantas kilat mata Ain menjeling pada skrin. Terpapar nama si pemanggil 'Tikus Mondok.'

Miya yang terdengar segera mengambil telefon dari pegangan Ain.

"Siapa tu?" tanya Ain, kehairanan. Bulat matanya menanti jawapan daripada gadis itu.

"Shy..." Miya segera memberi isyarat agar Ain menutup mulut. Nanti tidak pasal-pasal dia kantoi pula.

"Waalaikumussalam..." Miya menjawab perlahan salam yang diberi.

"Awak call saya, ya? Sorrylah tadi tertinggal telefon kat kereta," beritahu si pemanggil.

"Asyik tertinggal aje! Mula-mula kunci, kemudian telefon. Lepas ni entah apa pulak," bebel Miya, macamlah telah kenal rapat dengan lelaki itu.

Akad Dua HatiWhere stories live. Discover now