Bab 11

123 1 0
                                    

ARASH sedang menjawab panggilan telefon ketika Miya tiba di pejabatnya. Dia yang menyedari kehadiran gadis itu memandangnya buat seketika. Hanya dengan bahasa isyarat, Miya sudah faham maksudnya. Lantas dia mengambil tempat di sofa khas untuk tetamu.

Sementara menunggu Arash selesai dengan urusannya, dia membelek majalah yang ada di atas meja kopi. Terasa pelik pula apabila ada majalah Mingguan Wanita bersama-sama majalah berkaitan seni bina dan majalah korporat yang lain. Takkanlah lelaki itu tersalah beli? Miya tersenyum sinis walau hati tetap tertanya-tanya.

Tidak lama kemudian Arash sudah bangun dan menuju ke sofa. Miya terpaksa memaniskan wajah ketika lelaki itu melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

"Maaf, saya terlewat." Miya cepat-cepat memohon maaf. Sedikit bergetar pada suaranya, macamlah ini kali pertama dia berhadapan dengan anak bosnya. Padahal jejaka itu siap pernah kena marah dengannya!

"Tak apa. Tuan Bakri ada beritahu apa-apa?" Lama Arash memerhati Miya. Perasan yang gadis itu sedikit kekok berhadapan dengannya.

"Tak ada. Dia cuma berpesan pergi ke sini selepas mesyuarat dengan klien."

Arash masih memerhati Miya. Kali ini dia bersandar sambil melonggarkan tali lehernya yang sedikit ketat. Sengaja mahu melengah-lengah masa.

"Ada projek baru nak bincang ke?" Miya terpaksa bertanya. Dia berasa amat tidak selesa apabila dirinya jadi tatapan lelaki itu sejak tadi.

"Hmm... memang ada projek baru. Saya ada tugasan untuk awak." Arash mengeyakan.

Miya segera meletakkan kembali majalah yang dibelek dan membetulkan duduknya. Bersedia memasang telinga dan menanti tugasan yang akan Arash beritahu nanti.

"Tugasan ini seumur hidup awak atau seumur hidup saya, mana yang datang terlebih dahulu," sambung Arash lagi, seakan membaca klausa dalam perjanjian pula.

"Apa maksud tuan? Saya tak faham." Miya berasa semacam apabila lelaki itu berkata begitu. Janganlah dia buat hal lagi. Doanya dalam hati.

"Sebelum saya teruskan perbincangan ni, saya nak beritahu awak awal-awal." Arash berhenti seketika lalu menarik nafas.

"Okey..." Miya bersuara sekadar memberi respons tanda dia sedang memberi tumpuan.

"Saya nak beritahu what I want to achieve together..."

Miya mengerut dahi. "Sekejap, tuan nak cakap pasal apa sebenarnya?"

"Pasal saya dan awak la."

"Saya masih tak faham."

"Membangunkan syarikat adalah tanggungjawab CEO. Menguruskan syarikat adalah tugas COO," ujar Arash.

Miya bertambah geram. Apa yang dia merepek ni? Semua itu tidak kena mengena dengannya.

"Tapi kalau nak membangunkan mahligai Zain Arash, ianya adalah tugas saya dan awak," sambung Arash.

Miya buat muka tidak faham.

"Senang cerita, saya nak 'berkolaborasi' dengan awak," jelas Arash. Pendek, tetapi amat bermakna.

"Kolaborasi?" ulang Miya. Kata-kata Arash seakan melekat terus dalam mindanya.

"Yup, saya nak kita berkolaborasi. Bahasa tepatnya berkongsi hidup." Arash berterus terang sahaja. Malas hendak berkias-kias lagi.

"No!" Miya cuba mengawal debaran di dada. Berdating pun tidak pernah, alih-alih ajak kahwin? Sah lelaki ini kurang siuman.

Akad Dua HatiWhere stories live. Discover now