Bab 16

100 1 0
                                    

JAM di dinding menunjukkan pukul sebelas pagi. Miya masih sibuk menyiapkan kertas kerja yang perlu dihantar pada hari ini juga. Sejak masuk ofis, dia langsung tidak berehat langsung.

Semalam, pengurus projek sudah bertanya tentangnya. Dia pula terpaksa memberi alasan yang Arash mahu dia siapkan projek di bawah seliaannya terlebih dahulu. Terpaksalah dia bohong sunat gara-gara tugasan tidak masuk akal lelaki itu.

Ketika Miya meregang badan akibat duduk terlalu lama, dia perasan Syikin yang tersenyum-senyum menghampirinya. Andai sudah begitu reaksinya, pasti ada sesuatu.

"Ni apahal? Nak membodek aku ke?" Sengaja Miya mahu mengusiknya.

"Sajalah nak buat amal jariah dengan sebuah senyuman," jawab Syikin kemudian tertawa.

"Tak payah kelentonglah. Kau nak apa sebenarnya?" tanya Miya. Minah kecoh ini jarang ke tempatnya melainkan ada hal penting atau gosip terhangat.

"Yang kau garang semacam ni apasal? Relaks la, aku bukannya nak makan orang!"

"Ya ke? Mana ada aku garang? Jauh sekali nak marah-marah kat kau." Miya segera menafikan.

"Dah kau tak tengok cermin, memanglah tak perasan," ujar Syikin.

"Whatever!" balas Miya yang tidak mahu memanjangkan isu itu. Asalnya dia hendak bergurau dengannya, penyudahnya dirinya pula yang sentap.

"Miya," panggil Syikin apabila gadis itu menyambung kerjanya.

"Hmm..."

"Tadi Kak Min pesan suruh kau pergi ke pejabat Arash ambil surat."

"Eh, itu tugas aku ke?"

"Tak nak surat kenaikan pangkat kau?" tanya Syikin.

"Peliknya! Masa bila pulak surat kenaikan pangkat staf sini, Arash pun kena sain jugak?" Miya bertanya balik. Sebelum ini, ketika menerima surat pengesahan jawatannya pun, hanya Tuan Bakri yang tandatangan.

"Itu aku tak pasti. Ni kira berita gembira. Baik kau cepat pergi ke sana," suruh Syikin.

"Lepas lunchlah aku ke sana," putus Miya. Surat kenaikan pangkat saja pun, bukanlah urgent sangat. Ambil pada hari esok pun boleh saja.

"Kau ni, rezeki tu. Cepat kau pergi, cepat tahu berita gembira tu."

"Alah, surat tu bila-bila pun boleh ambil." Miya berdalih seolah-olah tidak teruja langsung dengan surat kenaikan pangkat itu. Padahal ia berita yang sangat ditunggu-tunggu setiap staf.

"Suka hati kaulah!" ujar Syikin kemudian beredar menuju ke kubikelnya.

'Eh, minah ni! Aku yang dapat surat, dia pulak terlebih sibuk,' desis Miya.

Tiba-tiba telefon di mejanya berbunyi. Dia segera mengangkatnya.

"Miya... bila nak ke pejabat Arash? Bos dah tunggu tu. Takkan nak akak beri kad undangan baru nak datang?" Tanpa salam, Kak Jasmin telah membebel.

"Kak Min ni... yalah, saya datang sekarang jugak." Miya berasa segan dengan teguran wanita itu.

"Macam tulah. Good girl!" ucap Kak Jasmin sebelum meletak telefon.

Miya terpinga-pinga. Apa yang good girl? Terasa pelik pula dengan bicara wanita itu.

Tiba di tingkat tiga Wisma Bakri, tiba-tiba dada Miya berdebar-debar pula. Dia melangkah perlahan menuju ke bilik Arash.

"Tuan panggil saya?" Sedikit bergetar pada suaranya. Apa tidaknya, hari ini terpaksa berbahasa dan menyapa Arash dengan panggilan tuan. Kelmarin, dia berawak sahaja dengan lelaki itu. Memang susah dia hendak berurusan dengan anak bosnya ini.

Akad Dua HatiWhere stories live. Discover now