Bab 3

52 3 0
                                    

PAGI itu seperti yang dijanjikan, Bella dan Melia berjumpa di restoran cina dan menikmati makanan. Melia sudah agak Bella mahu memberitahu sesuatu kepadanya, jadi dia menunggu Bella bersuara.

  "So Bella, why do you want to see me suddenly bestie? Kau nak tanya apa ni?" Melia bertanya bertubi-tubi membuat Bella pening mahu menjelaskannya.

  "Aku tengah serabut lah sekarang. Actually my dad tell me that I have to work at his best friend's company, Mornio Holdings as CEO assistant. Besides his friend already hired me and I had to start work next week. Sebab tu aku nak jumpa kau Mel. I want to know if I should work there or not?" terang Bella panjang lebar mentang boleh speaking.

  "Macam nilah, Bells. Aku tak tahu kau patut kerja kat situ atau tak. Yelah ni untuk masa depan kau jugak. Takkan kau nak menganggur je dah graduate ni? So why not right?" ulas Melia cuba membantu Bella membuat keputusan. Dia tahu Bella memang agak sukar mahu membuat sesuatu keputusan.

  "Haih... entahlah Mel, aku betul-betul tak tahu  Lagipun macam mana kalau CEO Mornio Holdings tu tak nak terima aku kat situ? Takkan aku nak malukan diri sendiri? Tapi tu lah... kau tahu kan papa aku tu. Kalau dah itu keputusannya then we have to follow it anyways. Sebab tu aku pening gila." luah Bella lagi lalu menyedut chinese teanya itu.

  "Owner company tu siapa ek?" Melia meminta kepastian. Mana tahu dia kenal ke sedangkan dia memang tak kenal pun. Bella merupakan sahabat ketika kecil sehingga sekarang jadi dia berusaha untuk membantu sahabatnya.

  "Dato' Liam Adzil. CEO baru company tu pulak anaknya. Tapi aku tak kenal dan aku tak tahu rupa anak Dato' tu macam mana. Harapnya janganlah yang perangai sombong. Aku memang pantang gila kalau anak orang kaya yang sombong dan berlagak." ujar Bella yakin. Dia memang tak suka kalau orang sombong.

  "Well that's fine, Bells. Just kau doalah banyak-banyak supaya CEO tu baik hati dan peramah. Tak gitu kan?" usik Melia sambil tergelak apabila wajah Bella mula berubah cemberut mendengar nama yang sengaja disebutnya.

  "I hate that name lah Mel! Kau tahu kan tolong stop sebut nama tu... aku geli bila dengar." hamburnya tidak puas hati. Haihh nasib....

  "Apa-apa jelah. Ni aku nak tanya kau Bela... kau dengan Almi tu macam mana?Okay ke tak?" tanya Melia lagi. Sudah lama juga dia tidak mendengar khabar Almi, boyfriend aka tunang Bella yang dikenali sejak sekolah menengah.

Bella hanya mendiamkan dirinya apabila nama Almi disebut. Hubungannya dengan lelaki itu sudah tidak seperti dahulu dan semakin renggang.

Jika diajak keluar, ada sahaja alasan yang diberikan oleh Almi kepada Bella seperti menjauhkan diri. Sedangkan mereka sudah bertunang bulan lepas. Tarikh perkahwinan mereka pula hujung bulan hadapan. Namun, persiapan masih belum selesai gara-gara Almi selalu mengelak untuk membuat persiapan perkahwinan mereka.

Sehinggakan Bella mula berasa sangsi terhadap keikhlasan Almi untuk memperisterikannya. Minggu lepas, tunangnya itu tiada kerana outstation. Entah betul entah tidak. Naik serabut Bella dibuatnya.

  ""Pasal tu aku tak tahulah Mel. Almi macam dah lain. I mean dia dah tak sama macam sebelum ni. Kau tahukan wedding kitorang next month?!Anne yeah... preparation untuk majlis tu pun tak siap lagi. Wedding cards belum tempah, baju nikah dan sanding dah siap, hantaran masih ada yang tak beli. Serabut aku. Dan beberapa minggu lepas well mungkin dua or tiga bulan lepas Almi dah macam distant betul dengan aku. Bila aku ajak dia beli barang untuk majlis tu dia selalu mengelak dan bagi banyak alasan. Hari tu dia kata outstation. Entahlah..." rungut Bella masam. Dia sudah naik angin dengan sikap tunangnya itu yang hanya lepas tangan, seolah-olah majlis mereka itu tidak membawa kegembiraan kepada lelaki itu.

 "Seriously Bella? Asal dia jadi macam tu ha? Tiba-tiba je sibuk bebenor mengalahkan menteri-menteri negara. Kau ni betul percaya ke Almi tu pergi outstation?" duga Melia memandang Bella menyebabkan Bella terfikir akan kebenaran yang terselit dalam kata-kata sahabatnya.

  "Apa yang kau cakap ni Mel? Mestilah aku percayakan Almi... tunang aku kot. Bukan orang asing," bidas Bella agak tidak senang.

  "Aku mintak maaf kalau apa yang aku cakap tadi buat kau tersinggung. Sebab aku cuma agak je. Tapi I don't think it's true, Bella." jelas Melia cuba menenangkan sahabatnya. Dia tahu Bella sudah mula sangsi terhadap Almi. Dia membiarkan sahabatnya melayan perasaan.

Bella terdiam. Dia mula berfikir adakah benar apa yang dikatakan Melia? Apa mungkin Almi sudah mula berubah? Jika dia fikirkan tentang apa yang dah berlaku dua tiga bulan lepas... tidak mustahil juga. Namun Bella hanya menepis perasaan negatifnya dari bersarang di mindanya.

I Love You My BossWhere stories live. Discover now