Bab 9

42 1 0
                                    

  Pagi itu rutin harian Bella berjalan seperti biasa. Namun moodnya amat teruk disebabkan kejadian dia melihat Almi bersama Jessie. Dia turun ke bawah dan melabuhkan punggung di meja makan di kerusi tengah. Abangnya, Izzul Fattah belum turun.

  "Bella, duduk sekejap. We have something to discuss."

  "Ada apa? Macam serius je? Ada orang nak masuk meminang abang ke?" usik Bella tersengih memandang Dato Safiq dan Datin Irish silih berganti.

  "Bukan abang tapi Bella." jelas Datin Irish. Dia memerhatikan reaksi anak gadisnya berhati-hati.

  "What ma? Kenapa pula Bella nak kahwin. Lagipun lagi dua bulan je." Bella sungguh terkejut dengan perkara itu.

  "Yes. Memang lagi dua bulan tapi mama nak Bella kahwin dengan lelaki yang baik." nasihat ibunya lembut sambil mengusap belakang Bella.

  "No ma. Almi lelaki baik. Dan memang Bella akan kahwin dengan dia."

  'Itupun kalau Bella tak nampak dia dengan perempuan lain semalam.' tambahnya di dalam hati.

  "Mama dan papa bukan nak Bella kahwin dengan Almi. Kami dah ada calon pilihan yang lagi baik untuk Bella." kata Dato Safiq. Sungguh dia kurang senang dengan Almi.

  "Kenapa mama dan papa buat Bella macam ni? Papa tak suruh pula Abang Izzul kahwin dengan pilihan keluarga. Siapa pilihan mama?" soal Bella perlahan. Dia cuba untuk tidak berasa kecewa.

  "Abang Izzul tu dah besar. Lagipun dia lelaki. Dia kena stabilkan ekonomi dia dulu. Bella ni perempuan. Umur tu dah 23 tahun, tak elok kahwin lambat. Calon pilihan mama dan papa ni memang baik. Bella kenal dia. Namanya Muhammad Edwin Qaimi bin Dato Liam. Bos Bella dan anak kawan papa." tenang Dato Safiq menjawab sambil menghirup nescafenya.

Ternganga Bella mendengar nama itu. Bosnya? Dia sudah serasa mahu menangis. Mengapa mama dan papanya mahu dia berkahwin dengan bosnya sendiri?

  "Dato Liam dan Datin Esma akan hantar rombongan meminang hujung minggu depan." kata Datin Irish lagi. Dia tahu Edwin jauh lebih baik daripada Almi, tunang Bella.

  "Bel... Bella tak bersedia lagi mama. Dan kenapa mesti dengan bos Bella? This is nonsense." Bella sudah tidak tentu arah.

  'Ini masa depan aku. Kenapa mama mesti nak kahwinkan aku dengan Encik Edwin? Aku tak ready lagi nak fikir pasal kahwin lepas apa yang jadi. Tak lepas aku nampak Almi with other woman!' rengusnya marah. Namun dia hanya mampu berdiam diri.

  "Dahlah ma, pa. Bella dah lambat. Assalamualaikum." Bella menyalami Dato Safiq dan Datin Irish lalu melangkah ke keretanya dan memandu ke syarikat Mornio Holdings.

Setibanya di syarikat itu, Bella terus menuju ke pejabatnya di tingkat 8. Dia melihat bosnya sudah tiba. Dia takut mahu menghadap muka Edwin sebentar lagi.

"Bella, come in my office now!" tinggi suara Edwin mengarah di interkom.

  "Baik bos."

Bella mengetuk pintu dan bosnya menyuruh masuk. Dia berdiri sahaja di hadapan Edwin sambil memegang buku catatan dan jadual bosnya.

  "What is it you want to see me this earlier, boss?" mendatar Bella bersuara. Sungguh moodnya benar-benar hilang.

  'Gila! Aku tak nak kahwin dengan Encik Edwin! Lagipun kenapa parents dia nak sangat aku jadi their daughter in law?' hatinya berasa sangsi dan curiga.

  "You don't have to pretend in front of me, Bella Aimin! Kau tahu tak sebab kau menyusahkan hidup aku!" Edwin menjerit mujur tiada siapa yang mendengar.

  "Apa yang bos cakap ni? Saya tak fahamlah. Bila masa saya susahkan hidup bos? Bos jangan nak tuduh saya bukan-bukan! Saya bukan perempuan yang senang dibuli!" Bella mempertahankan dirinya. Sakit benar hatinya apabila dituduh seperti itu.

  "So kau tak tahulah parents aku nak aku kahwin dengan kau? They must have told your parents right, Bella Aimin?" sinis nada Edwin menyimpulkan hal itu.

  "Memang parents saya beritahu yang diorang nak kahwinkan saya dengan pilihan diorang. Saya agak parents saya nakkan saya dan TUNANG saya, Almi untuk cepatkan perkahwinan kami. Saya tak tahu pun yang mama saya nak saya kahwin dengan bos bila papa sebut nama bos." Bella cuba menyabarkan hatinya seboleh yang dia mampu.

Edwin mendiamkan diri sebelum tersenyum sinis memandang PAnya. 'Kalau macam tu, senanglah aku nak halang mama dari kahwinkan aku dengan dia!' soraknya dalam diam.

  "Kalau kau dah ada tunang, kenapa kau tak halang parents kau dari setuju?!" makin berang Edwin mendengarnya. Mustahil jika Bella tidak menghalang.

  "Like I said, I don't know they want us to get married. And mama saya cakap diorang tak suka Almi. Papa dan mama saya kalau boleh mereka nak saya putuskan pertunangan saya dengan Almi." Bella berdebat selebar yang mungkin.

  'Suka hati kau je kan nak tuduh aku? Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke? Aku lagi tak hingin lah! Apasal aku dapat bos kerek macam kau ni? Kalau aku tahu memang aku halang parents aku dari setuju dengan keputusan yang bodoh dan tak masuk akal ni!!!" maki Bella di dalam hatinya. Kemarahannya benar-benar mahu meletup ketika itu.

  "Whatever. So had I have any appointment today?" soal Edwin.

  "Ada. Lunch ni bos ada meeting dengan Dato Aqif. Petang ni tak ada. Malam ni bos ada dinner dengan Fashia?" ayat terakhir yang keluar dari mulut Bella seperti soalan dan bukan penyata.

Dia tidak menunggu respons dari bosnya dan terus keluar dari bilik itu. Bella kembali semula ke biliknya dan menyiapkan beberapa kerja.

  'Arghh!!! Hantu punya bos!! Dari aku fikirkan pasal dia, baik aku buat kerja. Tapi apasal ramai orang cakap dia famous playboy? Agaknya memang betul kot. Ah lantaklah bos tu. Makin difikir, makin sakit hati aku ni!' bebelnya lagi sambil menulis sesuatu.

   TO BE CONTINUE

I Love You My BossWhere stories live. Discover now