Malam itu Bella tiba di rumahnya dan terus naik ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat isyak.
Setelah itu dia berehat dan membaca novel yang dibelinya 3 hari lalu di Berjaya Mega Mall. Sedang Bella khusyuk membaca, telefonnya berbunyi. Tertera nama bosnya, Edwin di skrin. Terus dia menjawab panggilan tersebut.
"Assalamulaikum Bella. Awak buat apa tu? Harap saya tak mengganggu." sapa bosnya agak perlahan dan tidak meninggikan suara.
"Waalaikumussalam bos. Saya tak buat apa pun cuma berehat je. Ada apa ya bos telefon malam-malam ni? Ada problem kat office ke?" Bella melontarkan soalan kepada bosnya itu.
'Dah kenapa bos aku ni? Buang tabiat ke apa call orang malam buta ni? Macam dah tak ada kerja nak buat,' rungutnya dalam hati.
"Oh.. bukan problem kat office. Saya cuma nak tanya khabar awak je. Okaylah macam tu, awak tidurlah. Esok make sure awak datang pukul 9 sharp. Faham?" arah bosnya tegas.
"Okay bos. Saya akan datang pukul 9 SHARP. Good night dan assalamualaikum," ucap Bella lalu mematikan panggilan tanpa menunggu Edwin membalas salamnya.
Bella tiba di pejabat tepat jam 9 pagi. Dia melangkah ke pantry dan membacuh milo bersama nasi lemak yang dibelinya. Semasa dia makan, Faiz (marketing manager) menegurnya ramah.
Setelah selesai, Bella segera ke mejanya dan menyemak schedule Edwin pada hari itu lalu menyiapkan sedikit kerja yang tertangguh.
"Bella masuk ke office saya sekarang," bergema suara bosnya di interkom itu.
"Baik bos."
"Assalamualaikum bos." ucap Bella lalu berdiri di hadapan Edwin.
"Waalaikumussalam. So awak dah check schedule saya? Ada apa-apa yang important?" tanya Edwin sambil memandang Bella yang sedang menyemak jadualnya.
"Dah bos. Hari ni bos ada meeting dengan client syarikat Propesty Holdings pukul 10. Petang pula bos perlu ke tapak projek di area Bukit Ampang pukul 4 petang dan malam ini bos ada acara makan malam bersama CEO Borniz Empire pukul 9.30 malam." terang Bella sambil meneliti jadual bosnya.
"So ada apa-apa lagi?"
"Tak ada bos. Itu saja."
"Okay. Awak boleh keluar dan sambung kerja awak," balas Edwin.
"Baik bos." Bella menjawab sepatah lalu keluar dari bilik Edwin dan menuju ke biliknya yang hanya berselang 3 kubikel saja.
Sedang asyik menyiapkan kerja, Bella tidak sedar jam sudah pukul 12 tengah hari. Dia mengemas mejanya sedikit lalu keluar untuk lunch. Namun dia ternampak kelibat tunangnya, Almi bersama dengan perempuan lain sambil berpegangan tangan.
Bella merasakan hatinya separuh hancur melihatkan perkara itu. Almi kelihatan sangat mesra bersama perempuan itu tanpa mengesyaki bahawa Bella sedang memandang ke arahnya.
'Siapa perempuan tu? Kenapa Almi keluar dengan dia? Nak kata adik perempuan atau kakak dia setahu aku, adik perempuan dan kakak dia dekat Turki. Jadi siapa tu? Pegang tangan lagi. Bukan main mesra.' bisik hati Bella curiga dan sakit.
"Almi? You buat apa kat sini? Siapa perempuan ni?" soal Bella cuba menyembunyikan perasaannya yang sakit dengan tersenyum paksa.
"Err... Bella ni kawan I, Jessie. Jessie ni my fiancee, Bella Aimin." Almi mengintroduce mereka. Ada semacam aura awkward moment di situ.
"So ni lah your fiancee? Are you sure Almi? Macam tak ada perempuan lain," sindir Jessie pedas. Matanya mengerling ke arah Bella seperti menilai dari segi kepopularan saja.
'Apa masalah perempuan ni? Dahlah keluar dengan tunang orang. Memang tak tahu malu. Sombong pula tu.' kutuk Bella dalam hatinya. Ikutkan rasa sakitnya, mahu sahaja berbekas pipi Jessie itu dengan penamparnya namun ditahan.
"Yes Jessie. She's my fiancee. Why you ask that?" soal Almi pula. Bella hanya mendiamkan dirinya sambil memandang Almi.
"Almi, I tak tahu pula you ada kawan perempuan. Selama ni semua kawan you lelaki, tak ada pula I nampak you dengan mana-mana kawan perempuan."
"Sebenarnya, Jessie ni I kenal masa outstation kat Dubai hari tu. Kebetulan pula dia owner hotel yang I duduk." balas Almi. Dia tahu Bella mula meragui kejujurannya.
"Oh...okay. So alang-alang dah kat sini, bolehlah kita discuss our wedding ceremony preparition. Yelah, tinggal dua bulan lagi sebelum majlis tu. Hantaran pun masih ada yang belum beli. Yang lain kad, pelamin, akad nikah, baju, make up, menu semua dah siap. Yang tinggal barang hantaran je lagi. Nak beli sekarang ke Almi?"
"Hmm... bolehlah. I pun tengah free ni. Jomlah," ajak Almi sambil menuruti langkah Bella ke keretanya. Bella pun segera keluar dan mengikuti Almi ke kereta.
"What the hell is that?! How could Almi leave me like this because of his fiancee?!" Jessie mengamuk dan memandang kereta Almi yang meninggalkan restoran korea itu.
©To Be Continue®...
YOU ARE READING
I Love You My Boss
Romance"Eh kau ni kenapa sesuka hati nak masuk office lambat?" - Edwin "Bos ingat saya sengaja ke nak masuk lambat? Kalau bukan sebab bekas CEO di company ni kawan baik papa saya, jangan haraplah saya nak kerja kat sini. Baik saya kerja kat company papa sa...