SEBULAN KEMUDIAN...
Majlis pertunangan dan akad nikah Bella dan Edwin berlangsung serentak. Mereka sudah membuat perjanjian bahawa mereka akan berlakon seperti pasangan bahagia di hadapan keluarga mereka.
Malam itu, Bella berasa gelisah kerana dia terpaksa berkongsi bilik bersama Edwin. Dia tahu ikatan perkahwinannya dengan lelaki itu hanya di atas kertas sahaja. Hakikatnya mereka seperti orang asing.
Edwin perasan perubahan Bella namun tidak diendahkan. Baginya itu adalah permulaan agendanya untuk menyeksa Bella. Dia harus menceraikan gadis itu secepat mungkin.
"Kenapa tak tidur lagi? Nak jadi burung hantu ke?" Edwin menegur namun hanya dibalas dengan kebisuan.
"Saya tak mengantuk lagi. Kalau bos nak tidur, tidur jelah. Saya nak tidur bilik lain." Bella bangun dan keluar dari bilik itu. Niatnya mahu tidur di bilik tetamu. Edwin hanya memerhatikan.
Keesokan hari setelah solat subuh, Bella membantu Datin Esma menyediakan sarapan pagi. Edwin pula sedang bersiap untuk ke pejabat.
"Ed, takkan dah nak masuk office? Kan Ed dengan Bella baru kahwin dan tengah bercuti?" Datin Esma memandang Edwin yang sedang mengunyah mi goreng udang yang tersedia.
"Ed banyak kerjalah kat office tu mama."
"Kot ye pun takkan sampai tak pergi honeymoon? Sekurang-kurang pergilah tempat yang dekat-dekat. Kesian Bella." ibunya tidak senang dengan alasan Edwin. 'Pengantin baru kenalah pergi honeymoon.' getusnya.
"Nak buat macam mana, ma. Ed kena fokuskan kerja kat office tu. Mana sempat nak honeymoon bagai. Nanti kalau ada masa kami pergilah. Tak pergi pun tak apa kan, Bella?" Bella memandang Edwin dan mengangguk perlahan.
'Apa masalah dia ni? Pergi honeymoon je. Bukan lama pun. Ke dia memang tak nak?' fikirnya.
"Okaylah. Ed pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Bella, mama nak tanya ni. Ed ada tak buli Bella kat office?" tanya Datin Esma berhati-hati.
Bella terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan ibu mertuanya. Serba salah dirasakan sama ada jujur atau tidak perlu menjawab.
"Emmm... Bo... eh.. Ed okay je mama. Dia tak buli Bella pun. Kalau setakat kena marah tu biasalah." 'bukan setakat marah je Datin, siap dengan pakej tampar lagi.' sambungnya.
"Kalau macam tu baguslah Bella. Mama pun bukan apa takut si Ed tu buli Bella." kata Datin Esma lalu mengemas meja makan. Dato' Liam sudah pergi ke kelab golf.
"Baik mama. Bella okay je." tambah Bella lagi dan membantu ibu mertuanya mengemas rumah.
'Haih... apalah nasib aku ni. Family in law baik, yang aku tak berkenan langsung tu anak diorang.' monolognya.
Petang itu Edwin tiba di rumah. Dia melangkah masuk ke dalam dan terlanggar Bella yang sedang leka melipat baju.
YOU ARE READING
I Love You My Boss
Romance"Eh kau ni kenapa sesuka hati nak masuk office lambat?" - Edwin "Bos ingat saya sengaja ke nak masuk lambat? Kalau bukan sebab bekas CEO di company ni kawan baik papa saya, jangan haraplah saya nak kerja kat sini. Baik saya kerja kat company papa sa...